Monday, February 22, 2010

Pahlawan Tak Bernama - Abdullah Hussain

ISBN: 983-62-9364-7
Dewan Bahasa dan Pustaka

Sebuah kumpulan cerpen pilihan yang ditulis dek Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Di mana terdapat 20 buah cerpen yang ditulis sejak tahun 1970 hingga 1999. Antaranya ialah politik, Pahawan tak bernama, Ingin melihat rambut menantu dan Baboon. Cerpen-cerpen ini dipenuhi dengan sindiran halus sesuai dengan masa ia ditulis.

**5 Bintang- Bahasa-bahasa yang indah bersesuaian dengan status Abdullah Hussain sebagai Sasterawan Negara. Isu-isu yang disentuh bertemakan pelbagai dan dan sarat dengan mesej langsung dan tidak langsung.

P/S: saya suka Politik dan Pahlawan tak bernama juga Nagasaki dan Pertemuan di Kuching.

Pemikiran Dr Mahathir Tentang Islam - Ismail Ibrahim

ISBN: 967-61-1338-7
Utusan Publications and Distributors SDN BHD.

Sebuah buku kecil yang cuba mengupas usaha-usaha berteraskan yang dibangunkan oleh Dr Mahathir ketika memerintah Malaysia. Menurut penulis yang juga merupakan salah seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Dr Mahathir untuk menyediakan kerangka asas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Institut Kefahaman Islam Malaysia, Dr Mahathir melihat pembangunan Islam yang berasaskan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Tetapi menolak dasar ekstrim, radikal dan keganasan yang mana pada pendapat Dr Mahathir hanya akan membawa dan mengakibatkan kelemahan agama dan umat Islam itu sendiri.

Satu buka yang baik untuk dibaca untuk melihat satu sisi pada Dr Mahathir yang sering dinafikan oleh banyak pihak lain.

** 3 bintang: Penjelasan yang berulang-ulang dan bahasa yang agak membosankan menyebabkan buku ini kelihatan kurang energatik.