Thursday, March 5, 2015

Perangai bergantung pada diri sendiri.



Buku yang mengambil pendekatan jelas dengan tajuk yang tidak berselindung atau berpuitis iaitu 'Perangai bergantung kepada diri sendiri'. sepastinya ditujukan khas buat masyarakat Melayu. Apa yang paling menyetuh perasaan ialah walaupun ia telah ditulis sebelum kemerdekaan buku ini masih lagi menampung kapasiti yang besar berhubung masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu. Seandainya orang-orang Melayu tidak berubah atau mengambil pendekatan mengisi setiap perincian yang tersebut di dalam buku ini maka akan selamanya buku ini menjdai buku yang teramat relevan dengan masyarakat Melayu.

Menurut Pendeta Za'ba Orang yang bergantung kepada diri sendiri itu ialah seseorang berbuat sendiri barang apa-apa kerjanya dan menimbang sendiri barang apa-apa halnya serta bersedia menanggung sendiri segala buruk baiknya apa-apa yang dikerjakannya itu.

Untuk memperkukuhkan penyataannya itu Pendeta Za'ba menyulis bahawa di dalam surah Al Ars ayat 1-3 firmannya"Demi masa bahawasanya manusia itu tentulah dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang baik". Penerangan Za'ba disambung dengan menyatakan bahawa perkataan beriman di atas membawa maksud ' maka beriman atau percaya itu nyatalah dimaksudkan bahawa diri orang itu sendiri yang beriman dan percaya, tidak terpakai jika orang lain yang berimankerananya demikian pula tentang mengerjakan amal-amal yang baik itu'.

Pada pandangan Pendeta Za'ba lagi perangai bergantung kepada diri sendiri itu boleh dikatakan akar tunjang atau umbi kepada kejayaan; kerana ialah asas tempat berdiri segala kemajuan naik unutk meningkat kepada kemenangan.

Za'ba menggariskan, sifat atau perangai suka bergantung kepada diri sendiri akan membunuh segala sikap negatif ini termasuklah sikap malas. Ini dikatakan dengan tegas di dalam bukunya; 'perangai itu (sikap suka bergantung kepada dirisendiri) tidak akn memberi nasib semata-mata iaitu suatu tabiat yang selalu menjadikan orang jauh ketinggalan dibelakang, menjatuhkan mutu kemanusiaannya dan merendahkan hal kehidupannya.

Za'ba turut mengaitkan bidalan Melayu dan arab untuk memperjelaskan betapa orang Melayu dahulu mementungkan sikap bergantung kepada diri sendiri dan ia juga diberi penekanan khusu bagi masyarakat Arab yang terpandang oleh orang-orang Melayu sezamannya di atas penguasaan mereka terhadap ilmu agama.

Kata Za'ba; Bidalan Melayu menyebut 'berharap kepada anak, buta mata sebelah berharap kepada orang, buta mata keduanya' turut memetik bidalan arab yang berbunyi 'tidak ada yang boleh menggaru gatal kulitmu, sama seperti kuku tanganmu sendiri, sebab itu buatlah oleh mu sendiri, segala kerja tangggungan diri mu.'

Namun begitu Pendeta Za'ba turut menegaskan bahawa meminta bantuan dan pertolongan bukanlah sesuatu yang salah atau menjatuhkan martabat. Menurut Za'ba "Dalam pada itu tidaklah pula menjadi sifat kekurangan jika kita meminta panduan dan nasihat kepada orang yang lebih akalnya dan yang bijak fikirannya, walau siapa jua asalkan dipercayakan ia sentiasa benar dan tulus ikhlas pada segala perkataannya' kerana dengan jalan demikian nescaya, seseorang dapat menambahkan akal-akal yang lain pada akalnya sendiri. Hanya tidaklah sayugia ia berbuat demikian hingga kepada had yang menjadikan dia kelesa dan lemah. Jika diperbuatnya sampai begitu nescaya hilanglah kesendiriannya dan lucut kekuatannya dan kecergasannya".

Menurut Za'ba pula berhubung dengan bangsa bererti "yang membawa kepada maksud bangsa itu ialah suatu tubuh atau kmpulan yang terjadi daripada perhimpunan diri-diri tungalnya".

Za'ba turt menegaskan kepentingan bangsa keada kemajuan negara. Di mana Za'ba menyatakan "sesuatu negeri dan bangsa menjadi naik atau turun, menjadi maju atau ketinggalan, ialah semua itu terikat sebabnya kepada sifat keadaan diri tiap-tiap seorang tunggalnya yang menjadikan bangsa atau yang memduduki negari. Terutama di antara sifat-sifat itu ialah keadaan bagaimana kuatnya atau kuranganya tiap-tiap seorang meraka itu memegang dan mengamalkan perangai bergantung kepada diri sendiri ini".

Za'ba menjalaskan bahawa tidak ada perbezaan tinggi atau rendah di dalam negara (dikalangan masyarakatnya). Kerana itu beliau menulis "Maka tidaklah ada perbezaan pada perkara ini di antara pekerja yang kecil dan rendah dgn raja yang besar dan memduduki istana dan singgahsana. Bahkan, jika tidak ada orang kecil itu tentulah tidak akan boleh ada raja dan orang besar, dan jika kedia-duannya orang kecil dan orang besar itu tidak ada, maka tidaklah boleh ada bangsa dan negara".

Pendeta Za'ba membuat tuntutan agar setiap entiti di dalam negara untuk berkerja keras dalam membangunkan negar dan menegaskan bahawa kejayaan dan kemajuan hanya akan dicapai sekiranya rakyat berkerja keras dan bergantung kepada diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa. Ini dinyatakan dengan jelas dalam satu ulas yang panjang dari Za'ba.

Kata Za'ba "Maka diri-diri tungal yang berkerja dengan usaha yang kuat dan cergas, apabila banyak bilangannya dalam bangsa itu, tetaplah akan menjadi bangsa yang kuat an cergas. Tetapi sebaliknya diri-diri tungal yang malap dan lembap dan lemah usahanya, apabila ramai adanya, tetaplah pula akan menjadi yang lemah ini, dibunuh buang habis segala kuman-kuman yang cenderungkan mereka menjadi lembap, lembik, lesu dan mengantuk itu. Nescaya tubuh bangsa itu akan tumbuh dengan subur dan siat, tegar dan segar, kuat dan gagah. Dengan keadaan demikian dapatlah ia (bangsa itu) kelak terangkat naik kepada tingkat ketinggian dan kejayaan umum."

Tambah Pendeta Za'ba lagi perbuatan dan pekerjaan yang paling hina ialah mengharapkan pertolongan daripada orang lain, ini ditegaskan melalui pernyataan;
"Maka tidaklah ia (orang yang bergantung kepada diri sendiri) dapat memenuhi kewajipannya dengan menggunakan sepenuh-penuhnya beramal dan berussaha bagi mendapat kemenangan dalam perlumbaan hidup kerana pada apa-apa perkara pun ia sentiasa dengan mudah memikirkan dirinya lemah, tiada berdaya upaya, tiada mampu masuk berlumba, dan tiada percaya akan dapat berjaya dalam perlumbaan itu jika tidak ditolong orang. 'jika tidak ditolong orang'- itulah syarat yang sangat keji dan membawa hina! Fikiran dan perasaan demikian ialah tiada bergantung kepada diri sendiri namanya. Kerana tiada percaya akn kebolehan diri sendiri itu. Kehasilannya hanyalah menjadikan orang yang berperasaan demikian ketinggalan dibelakang; dan apabila banyuak bilangan mereka yang seperti itu, maka bangsa mereka pun jadi ketinggalan pula, merekalah sebabnya menjadikan demikian bersama-sama segala orang lain yang seperti mereka itu juga."

Pendeta Za'ba menyimpulkan bahawa "orang-orang seperti ini membawa kemudharatan kepada bangsa dan negara akibat keengganan mereka untuk berkembang, akibat kurang sifat kepercayaan kepada diri sendiri".

Buku:Perangai bergantung kepada diri sendiri.
Penulis: Pendeta Za'ba
Terbitan: Utusan Publisher
Harga:RM5.00 (Teramat Murah-Mengejutkan!!!)
*buku ini boleh di Minerva Jln Tuanku Abdul Rahman.

The Hunger Games Trilogy


Since university time. it's start then, i crazy about serial novel. The hunger games somehow very scary. i cannot stand scary movie. citer hantu or citer bunuh2. the only hantu movie i can watch is citer hantu cina. My brother call it hantu lompat2. the one yang jumps around looking for human, but will stop if u stick some sort of yellow paper on it forehead ahahaha... or if you stop breathing the hantu cannot find you even if you next to it... araaraa scary.

ai cannot stand also citer bunuh2, which blood spilled here and there. mathilaaa... it is not proper to carry knife everywhere then stab others at will aaarrrrrr.... so no moral!!!

ok  enough. let just cont wt the hunger games. ai bought it on bundle sale at MPH book store. got all three at RM59.90. very good price hmm... because the actual price is RM42.90 per book. Jimat!

there a lot of scary thing in it. i hate the way Cato die in book one in fact i hv to skip few pages, part how the mutts try to kill him slowly that's vicious ok . everyone shud die the way Foxface did ehhh.... anyway hunger games is about survival at very crucial time. when almost everything may not goes you way. but doesn't mean you have to change. just be true to yourself, bit by bit you may change bad to good.

just like what Peeta said 'Capitol cannot change me into beast'

the truth i'm yet finish, just completed book one ahahaha... ai bought them two days ago yeaa... ahahahaha.

Cont....

ok now i completed all three books. the ending is ok. it just the mockingjay some how lost the momentum. unlike book one and two. mockingjay toward the end ohhh...seem like  katniss had enough!!!.

things then expedited like how Peeta sudden recovery (over night). the sharp shooter propos team die one by one left, of coz peeta katniss gale and two capitol folks (forget the names pullox and cessera?) then the parachute bomb killed Primrose. then the capitol collapse immediately. then both president coin and president snow die. then haymicth katniss and peeta sent off to 12. comprised this all in 2 or 3 chapters. too rushing.

The epilogue the explain about happy family peeta and katniss had. the hunger games kept well in panem history book and the end.

too think again the story about post-quater quell and district 13 yg meleret-leret. shud b cut short i guest. i hv no right to say anything but it choked me bcoz the hunger games and the catching fire is very gud.

its just mockingjay ; book three, the way  they finished. sumthing is missing there. katniss's spirit, peeta's clever words, haymitch's advises and plans, gale's anger toward capitol, coin's dirty game and why finnick hv to die? pity annie ahahahaha....

as reader i always hv expectation you know, small things that make you feel gud. other then the mission accomplished, katniss and peeta finally tied a knot. like harry potter and lotr, their put every single character into account.


Tuesday, March 3, 2015

Hadis Mawdu -JAKIM 2015


Gara-gara gangguan ISIS di Malaysia dengan menggunakan pelbagai hadis tipu untuk memperdaya netizen di Malaysia, Jakim mengambil inisiatif untuk menerbitkan satu buku kecil bertajuk Hadis Mawdu.

Menurut buku ini hadis mawdu ialah hadis yang dibuat dan direka secara dusta terhadap Rasulullah S.AW. Yang mana ia di bahagi kepada dua iaitu:
1. Memalsu atau mereka sendiri sesuatu ucapan dan kemudian memperakunya sebagai sabda nabi
2. Memalsukan sesuatu ucapan yang bukan ucapan nabi, seperti ucapan sahabat, tabi'in dan hukama. Atau diriwayatnya dari sumber isra'liyyat dan kemudian menghubungkannya kepada nabi, bagi mendapatkan kepercayaan masyarakat.

Buku ini tidak perlu dibeli, ia boleh didapatkan secara percuma di Jakim atau dimuat turun dari web Jakim, atau ambil saja pautan di bawah :)

Pautan: http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/hadith_maudu.pdf