Friday, December 13, 2019

The Islamic view of Jesus (peace be upon him)

ISBN: 977600508X
Penerbit: Dar Al Manarah
Penulis: Ibn Katheer
Terjemahan: Tamir Abu As -Suood Muhammad

Buku ini ditulis untuk memberi pencerahan mengenai  Jesus p.b.u.h (disebut Nabi Isa a.s selepas ini) dari kacamata Islam. Ia  sesuai untuk bacaan orang Islam dan Kristian untuk memberi lebih pemahaman mengenai insan yang amat tinggi kedudukannya disisi Allah ini.

Islam memandang tinggi pada Nabi Isa a.s sebagai rasul Allah (pesuruh Allah) dan nabi yang akan turun menyelamatkan umat akhir zaman sebelum dunia ini kiamat.

Melalui buku ini diterangkan ayat-ayat Al Qur'an yang mana Allah S.W.T menegaskan berkali-kali bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang manusia, seorang pesuruh Allah yang dihantar untuk memberi peringatan kepada manusia zamannya.

Antaranya di dalam surah Maryam dan Ali Imran Allah S.W.T menerangkan penciptaan Nabi Isa a.s yang dilahirkan tanpa bapa. Tiada apa yang mustahil bagi Allah S.W.T, Jika Allah S.W.T boleh menciptakan bumi dan seisinya, mencipta Nabi Isa a.s tanpa kehadiran seorang bapa adalah amat mudah bagi Allah S.W.T. Malah Allah S.W.T yang menciptakan Nabi Adam a.s tanpa kehadiran bapa atau ibu dan menciptakan Hawa (eve) tanpa kehadiran perempuan.

Turut diterangkan salasilah Nabi Isa a.s yang datang dari keturunan Nabi Yaakub-Nabi Daud-Nabi Sulaiman iaitu keluarga Imran. Ibu Nabi Isa a.s, Maryam adalah anak kepada Imran, saudara Nabi Zakaria a.s. Selepas Maryam dilahirkan beliau telah diserahkan bawah jagaan Nabi Zakaria a.s. Maryam telah dibesarkan dan dididik oleh Nabi Zakaria a.s di Masjid Al-Aqsa dan menjadi seorang yang amat alim dan beriman dikalangan kaumnya.

Buku ini juga menceritakan kasih sayang Allah S.W.T kepada Maryam, hingga setiap kali Nabi Zakaria a.s datang melawat Maryam di tempatnya akan sentiasa ada makanan dan buah-buahan (termasuk yang off season) disampingnya. Apabila ditanya dari mana kamu dapati makanan ini? Maryam menjawab ia daripada Allah S.W.T, Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Kemudian Malaikat Jibrail datang menemui Maryam dan memberi khabar mengenai anaknya Nabi Isa a.s. Selepas Nabi Isa a.s dilahirkan beliau dikurniakan beberapa mukjizat, antaranya Nabi Isa a.s boleh berkata-kata semasa masih bayi, mukjizat inilah yang melindungi ibunya dari menjadi mangsa umpat masyarakat yahudi. Ayat pertama yang dituturkan oleh Nabi Isa a.s ialah "I am indeed a servant of Allah" Nabi Isa a.s juga memberitahu "Allah s.w.t is my lord and your lord, Him therefore serves ye, this is a way that is straight".

Al Qur'an  menegaskan berkali-kali tentang kesucian dan keimanan Maryam adalah tidak diragui. Terdapat juga beberapa riwayat yang menceritakan tentang kebijaksaan Maryam dalam menjawab mereka yang mempertikaikan perihal bagaimana beliau bunting.

Dalam buku ini juga dijelaskan tentang fahaman ahli kitab tentang Nabi Isa a.s:
1. Sebahagian menyakini Nabi Isa a.s adalah anak haram kepada Maryam - golongan Yahudi
2. Sebahagian lagi meyakini Nabi Isa a.s adalah jelmaan tuhan - golongan Jacobites
3. Sebahagian meyakini Nabi Isa a.s adalah anak tuhan - golongan Nestorians
4. Sebahagian mempercayai Nabi Isa a.s adalah salah satu dari tuhan konsep Trinity - golongan Kristian
5. Sebahagian mempercayai Nabi Isa a.s adalah pesuruh Allah - Golongan Muslim

Dalam buku ini juga membincangkan ayat-ayat Allah di dalam Al Qur'an yang  menegaskan bahawa Allah adalah tuhan yang esa (tuhan yang satu). Allah tidak beranak dan tidak diperanakan. Juga disenaraikan maukjizat dab bantuan yang diberikan Allah kepada pada nabi dan pesuruhnya.

Juga diceritakan mengenai kisah Nabi Isa a.s akan diturunkan ke bumi dan menjadi hakim yang adil dalam membantu orang Islam dan membunuh dajjal. Turut diterangkan ciri-ciri atau sifat Nabi Isa a.s seperti yang ceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w supaya dapat dikenal oleh orang-orang Islam.

Ini adalah buku yang sangat baik dan jelas mengenai Nabi Isa a.s. worth reading.

Wednesday, December 11, 2019

Tetralogi Bumi Manusia (Kuartet Pulau Buru)

ISBN : -
Penerbit : Lentera Upentare
Penulis : Promedya Anantar Toer
Kuartet:
1. Bumi Manusia
2. Anak Semua Bangsa
3. Jejak Langkah
4. Rumah Kaca

Buku ini kali pertama saya baca di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Sukar betul membacanya sebab ia menggunakan bahasa Indonesia yang beberapa perkataan Jawa yang memang saya tak pernah dengar. Buku ini tebal juga, tapi cinta saya pada sastera lebih tebal. Jadi saya gagah baca sampai habis. (ahh ini poyo)

Disebabkan kali terakhir saya baca buku ini ialah pada tahun 2002 atau 2003 banyak yang saya sudah lupa hingga pada beberapa tahun lepas saya ke Indonesia dan terjumpa dengan buku ini kedai buku di Pasar Senen. Jadi saya borong keempat-empat buku dari tetralogi ini.

Saya kira buku yang saya beli sedikit berbeza dengan buku yang dibaca di Perpustakaan UMS. Jika di UMS dulu terdapat banyak perkataan jawa, pada buku yang saya beli hampir semua perkataan jawa itu telah diubah ke bahasa Indonesia. Mungkin untuk memudahkan pembacaan. Walau pun ia tetap sukar bagi saya yang hanya  mahir bahasa Melayu ini.

Buku ini berkisar tentang putera seorang Bupati Jawa bernama Raden Mas Minke. Minke diceritakan mendapat pendidikan Belanda dan juga seorang yang amat pandai sastera dan rajin menulis di akhbar-akhbar dan majalah-majalah Belanda. Dia seorang yang sangat mahir bertutur dalam bahasa Jawa, Melayu dan Belanda. Kehidupan minke berubah selepas dia dibawa oleh seorang sahabatnya ke rumah sebuah keluarga Belanda kaya yang tinggal berdekatan dengan tempat mereka belajar. Apabila tiba di sana minke mendapati rumah itu diketuai oleh seorang perempuan Jawa bernama Nyai Ontosoroh. Minke berkenalan dengan keluarga tersebut dan kemudian jatuh cinta dengan anak Nyai Ontosoroh, Anne.

Minke kemudian berkahwin dengan Anne, malangnya kemudianberlaku campur tangan Belanda yang mengisytiharkan perkahwinan mereka tidak sah mambawa Anne kembali ke Belanda. (Kisah disini mungkin terinspirasi dari kisah Natrah yang berlaku di Terengganu dan kisah Nyai pertama di Surabaya yang bangun menentang keluarga tuan Belandanya di mahkamah)  Minke dan Nyai Ontosoroh melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali Anne, namun usaha mereka sia-sia.

Anne akhirnya mati tersiksa di Belanda kerana terlalu rindukan keluarganya di Jawa. Ia memberi pukulan kepada Minke. Namun dia harus berterima kasih pada Nyai Ontosoroh yang kuat dan cekal menghadapi ujian hidup. Ibu mertuanya menjadi tunjang untuk dia kembali berdiri. Dalam buku 1 banyak menyorot kisah kekuatan Nyai Ontosoroh sebagai seorang wanita, perempuan simpanan, ketua ladang dan ibu.

Minke yang kecewa mula mengembara keseluruh Jawa, ini buka mata beliau mengenai penindasan yang berlaku pada peribumi. Dia berkenalan dengan ramai orang dan belajar mengenai kesusahan hidup. Ia mengajar Minke erti keadialan dan menyemarak semangat nasionalisnya. Minke seorang yang terpelajar menggunakan kemahirannnya menulis ke akhbar dan majalah untuk meniup semangat kebangsaan.

Minke turut berkenalan dengan persatuan-persatuan dari luar negara yang berusaha menuntut kemerdekaan dan menghalang penjajahan oleh kuasa Eropah. Minke juga melihat permainan kuasa Eropah dengan memperkenalkan teknologi dan budaya baru kepada peribumi hingga mereka begitu kagum dengan kejutan budaya. Semuanya ditulis oleh Minke bagi menyedarkan rakyat peribumi.

Selain itu Minke juga rajin berpersatuan untuk menuntut kemerdekaan dan mendidik rakyat peribumi. Tindakan Minke tidak disenangi Belanda. Akhirnya Minke ditangkap dan dipenjarakan. Sepanjang dipenjara Minke berkenalan dengan Pangemanan, seorang pegawai Belanda yang ditugaskan untuk brainwash banduan-banduan seperti Minke agar kembali taat kepada Belanda. Namun usaha Belanda tidak berhasil. Sebaliknya Pengemanan menjadi teman yang baik pada Minke dan menjadi pengagum beliau. Kisah Minke berakhir dengan kematiannya di penjara dan kekesalan Pangemanan.

Sinopsis habis. Tapi ini sedikit sahaja dari kisah Minke, buku ini tebal dan ada 4 jilid. Ia menyorot kisah sejarah perjuangan awal peribumi menentang Belanda di Indonesia. Terdapat nama beberapa tokoh pejuang Indonesia dimasukkan dalam novel ini. Kerana kesan novel ini sangat besar dan terlalu berterus terang, ia telah diharamkan oleh Belanda dan Republik Indonesia beberapa kali.Kini ia tidak lagi digam kerajaan. Penulisnya juga telah meninggal dunia.

Zaid




Harry Potter and the Cursed Child

ISBN : 9781338099133
Penerbit: Arthur A. Levine Books

Ini adalah buku Harry paling mahal yang saya beli, lama juga saya tunggu harganya turun, tapi buku ini tak turun harga ia kekal dalam buku kulit tebal dibungkus kertas nipis warna kuning. They should make a paperback version. Hingga saya jumpa buku ini di Big Bad Wolf tahun lepas pada harga RM70.00, pejam mata beli sajalah.

Untuk buku ini saya berikan sinopsis. Buku ini bukan novel biasa sebaliknya ia adalah naskhah screenplay atau bahasa mudah ia ditulis dalam bentuk skrip. Screenplay ini tidak dibawa ke layar perak sebaliknya dipentas di panggung teater.

Dalam buku ini membawa kisah Harry yang telah dewasa, berkerja, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Fokus buku ini bukan pada Harry sebaliknya pada anak kedua Harry, Albus Severus Potter. Albus adalah berbeza dari anak-anak Harry yang lain. Semasa mendaftar masuk ke Hogwart, Albus ditempatkan dalam rumah Slytherin. Malah sahabat baik Albus ialah Scorpius Malfoy. Perkembangan ini menjadikan Albus sering tertekan dan menjauhkan diri dari keluarga.

Harry yang terlalu sibuk dengan pekerjaannya terlepas pandang hal-hal ini. sementelah wujudnya satu ramalan the cursed child, iaitu anak Voldemort yang dikatakan masih hidup dan merancang untuk mengembalikan kuasa Voldermort. Ia menambahkan kesibukan Harry di kementerian. Ramai menuduh Scorpius sebagai anak Voldemort. Ia menyebabkan hubungan Harry dan Draco tidak baik.

Masalah mula timbul apabila Albus terdengar pertengkaran diantara Amos Diggory yang menuduh Harry punca kematian anaknya, Amos mahu Harry berikan padanya time turner supaya dia boleh menyelamatkan Cedric.  Atas dasar kesian dan tidak suka pada Harry, Albus merancang untuk membantu Amos Diggory. Albus menyangka  dengan menggunakan time turner dia boleh menghidupkan kembali Cedric. Dia menyakinkan Scorpius untuk membantu dalam misinya. Semasa berada di atas keretapi untuk kembali ke sekolah  Albus dan Scorpius melarikan diri.

Misi pertama mereka ialah kembali ke london mencuri time turner dari pejabat Hermione yang ketika itu adalah Menteri Magik dan kembali ke masa Triwizard Tournament di cabaran pertama. Albus dan Scopius telah mensabotaj Cedric hingga kalah. Mereka berharap itu akan menghalang kematian Cedric.

Malangnya apabila mereka kembali ke masa asal berlaku perubahan besar, Harmione dan Ron tidak berkahwin sebaliknya Ron berkahwin dengan Padma Patil dan memiliki seorang anak bernama Panju. Albus pula kini adalah ahli rumah Griffyndor. Cedric pula kekal mati. Hasilnya Scopius dan Albus bergaduh dan hampir putus kawan.

Albus dan Scopius seterusnya merancang untuk membetulkan keadaan dan  menyelamatkan Cedric dari mati. Di misi kedua mereka pergi ke cabaran kedua di Triwizards Tournament dan memalukan Cedric di situ hingga Cedric tidak meneruskan cabaran ketiga. Selepas percaya misi mereka berjaya keduanya kembali ke masa asal. Tetapi Scopius mendapati dia balik seorang diri tanpa Albus.

Di masa asal Scorpius mendapati Voldemort kini hidup dan  menguasai dunia magik. Cedric yang mereka selamat telah menjadi seorang Death Eater selepas tidak dapat menerima dimalukan pada Triwizards Tournament dan telah membunuh Nevile Longbottom. Harry Potter pula mati dibunuh oleh Voldemort. Ini menjawab misteri kehilangan Albus. Albus bukan hilang, tetapi tidak lahir.

Scorpius kemudian bertemu dengan Prof. Snape yang masih hidup dan mengajar di Hogwarts. Melalui bantuan Prof. Snape, Scorpius bertemu dengan Harmione dan Ronald yang kini hidup dalam buangan dan menjadi pemberontak. Scorpius menceritakan apa yang terjadi, dengan bantuan mereka Scorpius dihantar kembali kepada Albus. Semasa membantu Scorpius ketiga mereka dibunuh oleh dementors yang diketui oleh Augurey. Scorpius berjaya kembali kepada Albus dan menghentikan Albus darimemalukan Cedric dan terus membawa Albus kembali ke masa asal. Scorpius memberitahu risiko yang akan berlaku jika mereka memalukan Cedric kepada Albus,

Seterusnya mereka merancang untuk menghapus time turner yang ada pada mereka supaya tiada sesiapa dapat kembali ke masa lampau. Malangnya sebelum sempat berbuat demikian Augurey muncul dan menculik mereka.

Harry dan Draco pada mulanya  bergaduh bila mengetahui anak-anak mereka hilang dari sekolah sekali lagi. Tapi kemudian dengan bantuan Harmione dan Ron mereka duduk bersama dan berusaha untuk menyelamatkan Albus dan Scorpius dari Augurey.

Harry being Harry, bila dia masuk campur semua masalah pun selesai. Malas nak taip dah sebenarnya. Kalau nak tahu siapa the cursed child dan siapa Augurey boleh beli buku ini. Saya baru tahu di Lazada buku ini dijual pada harga RM 40 sahaja. Sekarang pula jualan akhir tahun makinlah sakit hati saya. Ok Bye!

Zaid

Tuesday, December 10, 2019

Harry Potter Saga

Saya telah baca kesemua tujuh buah buku Harry Potter, malah telah ulang baca beberapa kali. Jangan tanya, tak ingat. Memang peminat tegar Harry. Tapi tak sekali pun pernah saya tuliskan kisah buku-buku ini di sini. Sebab saya kira buku-buku Harry sudah sangat popular dan tidak perlu di riviu.

Tapi mungkin perlu direkod di sini betapa kagumnya saya pada penulis buku ini. J.K Rowling. Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana seseorang itu dapat ilham yang begitu hebat hingga dapat menulis sesuatu yang sangat details dan impactful.

Jika dilihat pada kemasan cerita, gaya bahasa, perkembangan karektor dalam setiap novel ia sangat hebat. Setiap penghargaan yang diterima oleh novel ini sememangnya wajar. Sebab itu juga Harry sangat terkenal dan tidak lapuk oleh masa.

Bagi mereka yang tidak pernah membaca Harry di buku fizikal, sekadar menonton di layar perak. Mungkin anda perlu mencabar diri untuk membacanya. Apa yang difilemkan tidak sama dengan apa yang ada didalam buku. Anda akan lebih memahami Harry dan kekacauan yang berlaku dalam fikirannya.

Bagi saya Harry adalah karektor yang kuat secara dalaman. Qolbunya kuat. Kekuatan aqal diwakili oleh Hermione. Ronald adalah watak pengimbang. His a complementary character, because two strong people can't stay together, you need a lenient one to cool them down. Sebab itu tanpa Ronald these two can't function well.

Watak ke empat yang penting adalah Prof. Snape. Kisah Harry bermula dengan Snape. Kalau bukan Snape yang buka cerita Voldemort mahu membunuh anak Potter yang baru dilahirkan, Keluarga Potter tidak akan bersembunyi dan kemudian dibunuh. Ia membawa kepada misi menyelamatkan baby Harry dan kemudian ditinggalkan di rumah ibu saudaranya hinggalah Harry masuk sekolah di Hogwart dan bertemu semula dengan Snape. Beliau juga kunci terakhir yang memberitahu kepada Harry apakah misi terakhir yang dirancangkan oleh Prof Dumbledore untuk membunuh Voldemort.

The rest saya kira semua orang tahu apa yang berlaku. Saya sangat sukakan buku ini. watak yang paling dissukai bukanlah Harry, saya sukakan Black dan Snape dalam cerita ini. The real heroes adalah mereka yang tidak mahu jadi hero.

zaid

Panduan Qiamullail


ISBN : 9789830421872
Penerbit : JAKIM

Buku ini ditemui secara tidak sengaja semasa buat net/blog walking. Ia sebuah buku yang sangat baik oleh JAKIM. Buku ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web mereka.

Buku ini menerangkan apa itu amalan Qiamullail, apakah kelebihannya dan amalan-amalan sunat semasa qiamullail. Bagi yang tidak tahu qiamullail secara literi bermaksud bangun malam. Ia adalah amalan sunat yang dilakukan oleh umat Islam dengan cara bangun malam bertujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Turut disenarai dan diajar ialah cara mengerjakan solat-solat sunat untuk dilaksanakan sepanjang berqiamullail. Solat tersebut ialah:
1. Solat Sunat Awwabin
2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat  Hajat
4. Solat Sunat Taubat
5. Solat Sunat Tasbih
6. Solat Sunat Witir

Secara peribadi saya anjurkan buku ini disimpan dalam telefon atau peranti masing-masing. Selain lakukan yang wajib ayuh buat yang sunat. Kerana yang sunat itu dapat mengangkat darjat seorang mukmin ke tempat yang terpuji di akhirat kelak.

InsyaAllah.

Politik Kandang


ISBN : 9789674304249
Penerbit : ITBM

Ini adalah buku tulisan George Orwell yang sangat popular itu - The Animal Farm. Ia adalah satira politik yang ditulis dengan meletakkan haiwan sebagai pelakon dan pelakunya. Selepas berdekad-dekad apa yang dikarang oleh encik Orwell  adalah masih sangat relevan (buku ini dikarang pada tahun 1943-1944). Ia masih berlaku.

Dua saja sebabnya, mungkin,
1. Manusia tidak belajar dari sejarah - seperti kata George Santayana
2. Manusia lebih haiwan dari haiwan

Kisahnya bermula di Ladang Manor, apabila haiwan-haiwan disitu tidak mahu lagi bertuankan manusia. Maka mereka mula merangka perang untuk menuntut hak mereka. Haiwan-haiwan ini akhirnya berjaya mengusir manusia dari ladang itu.

Maka bermulalah episod pemerintahan sendiri. Pada mulanya semua baik-baik belaka, hinggalah wujudnya puak elitis (dilakonkan oleh babi) dikalangan haiwan-haiwan itu yang memegang tampuk pemerintahan.

Kumpulan elit ini mula bertindak sesuka hati hingga ada haiwan yang merasa babi lebih teruk dari manusia. Tanpa pengetahuan haiwan lain, babi berhubung dengan manusia dan mula melakukan urus niaga sama seperti yang dilakukan oleh manusia yang menjadi ketua Ladang Manor sebelum digulingkan.

Pengkhianatan paling teruk yang dilakukan babi ialah bila mengubah penjanjian setia yang ditulis pada pelembagaan Ladang Manor selepas haiwan berjaya merampas kuasa. Namun haiwan marhain di Ladang Manor tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka tidak punya kuasa, ketua dan tidak pandai membaca.

Novel satira ini diakhiri dengan rangkap ini:-

"Dua suara berteriak-teriak marah dan semuanya mirip. Tiada persoalan lagi kini apa yang telah terjadi pada wajah-wajah babi. Makhluk-makhluk di luar beralih melihat daripada babi kepada manusia, kemudian dari pada manusia kepada babi, dan kemudian sekali lagi daripada babi kepada manusia; namun mustahil kini untuk membezakan antara kedua-duanya."

Saya kira buku ini diakhiri dengan baik.

Love : The Joy That Wounds, The Love Poems of Rumi


ISBN: 9780285643321
Penerbit: Souvenir Press

Ini adalah buku sajak tulisan Maulana Jalal-Ud-Din Rumi, atau lebih dikenali sebagai Rumi, beliau adalah antara penyajak cinta yang sangat terkenal dan dikagumi oleh westerner. Bagi orang Islam kita lebih mengingati beliau sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Beliau banyak menulis lagu-lagu zikir dan puisi-puisi ketuhanan yang masih dinyanyikan hingga ke hari ini.

Beliau sangat diraikan di Iran dan Turki (dua wilayah ini rajin claimed Rumi adalah milik mereka). Tapi tahukah anda Rumi adalah warga Afghanistan. Beliau berketurunan Persia (Iran) lahir di wilayah Afghanistan, keluarganya lari ke Turki sebelum kampung beliau diserang oleh tentera Monggol. Puisi-puisi Rumi sangat terkenal di Turki, Iran, Afghanistan, Iraq dan Pakistan.

Buku ini kecil sahaja, menyenaraikan 5 sajak cinta yang ditulis oleh Rumi iaitu:
1. Join us in our circle
2. You are the drop and the ocean
3. Love asks us to enjoy our life
4. To the wind shall I scatter you
5. And patience flees my heart, and reason flees my mind

ungkapan yang paling saya suka dari antara sajak-sajak ini ialah - 'cinta adalah kegembiraan yang melekakan'

Meh saya belanja sikit salah satu sajak dari buku ini.

Love asks us to enjoy our life

Love asks us to enjoy our life
for nothing good can come of death
who is alive?
I ask
Those who are born of love

Seek us in love itself
Seek love in us ourselves
Sometimes I venerate love
Sometimes it venerates me

I was dead, now I am alive
I was tear, now i can laugh
For the joy of love came to me
Happy am I for ever more

He say: you are a candle flame
The focus of the assembly's prayer
No assembly am I, nor flame
But drifting smoke is what i am

He say: you have feathers and wings
I give you no wings nor feathers
I yearn for his feathers, his wings
wingless and featherless am I

You are the source of the sun
and I am the willow's shadow
oh, you have struck me on the head
wretch that I am, on fire am I

All details of the world
Are lovers
And every detail of the face's
universe sings with life

But in no way will they
Let you know their secret
Only he who merits
The forbidden secret

Were that the sky were not
Rapturously in love
In no way would there be
Purity in its heart

Were that the sun itself
Were not full of love's fire
No shinning light would be
Glowing on its beauty

Were the earth and mountain
Not full of love's sweet glow
At the heart of neither
would any green plant grow

And what if the sea had
Never known love's desire
In the end, it would have
A place to rest somewhere

When could the lesson that love has
given at last be forgotten?
of discourse, gossip and dispute
oh yes, we have been delivered

-Rumi-