Banyak tahun saya tidak mengemaskini buku-buku disini. Kadang-kadang terlupa pula pada blog yang satu ini. Hujung tahun 2019 sementelah kerja di pejabat pun tidak banyak maka saya cuba untuk kemaskini apa-apa yang patut yang telah selesai dibaca.
Kebelakangan ini saya lebih kerap membaca buku atas talian selain faktornya lebih murah dan mudah dibawa. Satu IPad boleh diisi dengan puluhan buah buku. Skrol saja buku mana menjadi pilihan hati, klik dan baca.
Cuma buku atas talian kurang memberi kepuasan pada pembacaan. Pernah sekali saya direnung oleh seorang barista di Coffee Beans gara-gara mencium lama ipad. Tiada sesiapa akan pelik jika orang menciumi buku tapi mencium ipad secara terbuka mungkin impaknya berbeza. Kadar imaginasi manusia kan berbeza. Tapi imaginasi saya tidak ditokok dengan mencium ipad, tidak seperti buku fizikal.
Terdapat dua applikasi yang saya gemari iaitu Google Play Books dan Any Books. Masalahnya applikasi buku ini memiliki hampir segala jenis buku. Google Play boleh dikawal, ada parental control, tetapi Any Books tidak. Jadi pandai-pandailah menggunakannya.
Google Play Book menawarkan buku percuma dan berbayar sementara Any Books menyediakan buku percuma. kedua-duanya boleh diambil dari Play Store. Untuk pengguna Apple, hanya Google Play Book boleh dimuat turun dari App Store dengan kemampuan terhad. Anda tidak boleh membeli buku, sekadar boleh membaca buku yang telah dibeli dan disimpan.
dua tiga tahun belakangan ini saya banyak membaca buku keagamaan, sastera, sejarah dan novel nanti saya cuba kemaskini disini. Till then, ciao...
zaid
Monday, December 9, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment