Tuesday, December 10, 2019

Last Night I Dreamed of Peace


ISBN: 9780307347381
Penerbit : Three Rivers Press

Buku ini adalah sebuah diari yang ditulis oleh seorang doktor yang berkhidmat dengan pejuang komunis di Vietnam. Jangan sensitif dengan perkataan 'pejuang komunis'.

Harus dihadami setiap negara mempunyai sejarah dan kisahnya sendiri. Bagi Vietnam komunis adalah ideologi yang datang menyelamatkan mereka dari kezaliman dan penindasan Amerika. Komunis adalah hero mereka. Berbeza dengan kita di Malaysia, komunis hadir sebagai musuh yang merosakkan negara. Disini komunis adalah pengkhianat dan akan kekal seperti itu selamanya. Sejarah tidak boleh diubah.

Diari ini adalah kepunyaan Dr Dang Thuy Tram, gadis muda lulusan perubatan yang mengambil keputusan untuk turut berjuang dengan rakyat Vietnam lain didalam hutan bagi menentang Amerika yang ketika itu melancarkan perang ke atas Vietnam. Motivasi utama doktor muda ini didakwa kerana ingin menuruti kekasihnya yang telah menjadi pejuang komunis lebih awal.

Melalui diari ini dirakam bagaimana pejuangan komunis di Vietnam direkod melalui kacamata berbeza. Beliau bukan seorang askar yang berperang sebaliknya beliau adalah doktor yang bertugas menyelamatkan nyawa askar-askar yang cedera. Ia menunjukkan kerakusan perang bukan sahaja dipihak Amerika, juga dipihak Vietnam.

Permulaan diari ini penuh dengan semangat yang berkobar-kobar. semakin ke hujung didapati doktor muda ini semakin penat dengan perang. Namun beliau seorang yang sangat berdedikasi dan menyayangi perkerjaan serta pesakit-pesakitnya.

Last night i dreamed of peace adalah antara emtri terakhir didalam diari beliau. Mungkin rindu kepeda keluarga, mungkin juga ada sedikit kesal kerana menurut hati ikut masuk berjuang dalam hutan. Kisah cinta doktor ini gagal, kekasihnya memilih untuk meninggalkan doktor muda ini, sebabnya tidak jelas dalam diari cuma terdapat beberapa sajak dan entri ditulis tentang kekecewaannya.

Kesudahan hidup doktor muda ini tidak baik, beliau terbunuh dalam perang terdapat dua versi bagaimana doktor ini meninggal. satu dari cerita Amerika dan satu lagi dari cerita Vietnam. Menurut versi Amerika, pasukan perubatan telah ditinggalkan bersama-sama askar yang cedera oleh komunis Vietnam setelah mendapat berita lokasi mereka berjaya dikesan oleh tentera Amerika. Versi Vietnam pula mengatakan Doktor Dang enggan meninggalkan pesakit beliau dan pejuang Vietnam terpaksa bergerak dahulu dan tidak sempat menghantar pasukan untuk memindahkan lokasi pasukan perubatan.

Apa pun versinya doktor muda ini dibunuh dengan kejam oleh pasukan tentera Amerika yang menemui mereka. Dalam perang anda tidak boleh membunuh pasukan perubatan dan media. Tetapu perang bukanlah perbuatan manusia bertamadun. Perang membunuh akal waras manusia.

Buku diari beliau diselamatkan oleh seorang veteran perang Amerika, dibawa pulang ke Amerika dan puluhan tahun selepas itu barulah veteran ini berani membuka mulut bahawa salah satu barang milik pejuang komunis Vietnam ada didalam simpanan beliau dan tidak dilupuskan seperti yang diarahkan.

Akhirnya buku ini diterbitkan dan salinan diari asal Doktor Dang dihantar pulang kepada keluarganya di Vietnam. Sebenarnya kisah disebalik buku ini sedih.

"War should be made illegal" - Tun M 

0 comments:

Post a Comment