ISBN : 9789674304249
Penerbit : ITBM
Ini adalah buku tulisan George Orwell yang sangat popular itu - The Animal Farm. Ia adalah satira politik yang ditulis dengan meletakkan haiwan sebagai pelakon dan pelakunya. Selepas berdekad-dekad apa yang dikarang oleh encik Orwell adalah masih sangat relevan (buku ini dikarang pada tahun 1943-1944). Ia masih berlaku.
Dua saja sebabnya, mungkin,
1. Manusia tidak belajar dari sejarah - seperti kata George Santayana
2. Manusia lebih haiwan dari haiwan
Kisahnya bermula di Ladang Manor, apabila haiwan-haiwan disitu tidak mahu lagi bertuankan manusia. Maka mereka mula merangka perang untuk menuntut hak mereka. Haiwan-haiwan ini akhirnya berjaya mengusir manusia dari ladang itu.
Maka bermulalah episod pemerintahan sendiri. Pada mulanya semua baik-baik belaka, hinggalah wujudnya puak elitis (dilakonkan oleh babi) dikalangan haiwan-haiwan itu yang memegang tampuk pemerintahan.
Kumpulan elit ini mula bertindak sesuka hati hingga ada haiwan yang merasa babi lebih teruk dari manusia. Tanpa pengetahuan haiwan lain, babi berhubung dengan manusia dan mula melakukan urus niaga sama seperti yang dilakukan oleh manusia yang menjadi ketua Ladang Manor sebelum digulingkan.
Pengkhianatan paling teruk yang dilakukan babi ialah bila mengubah penjanjian setia yang ditulis pada pelembagaan Ladang Manor selepas haiwan berjaya merampas kuasa. Namun haiwan marhain di Ladang Manor tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka tidak punya kuasa, ketua dan tidak pandai membaca.
Novel satira ini diakhiri dengan rangkap ini:-
"Dua suara berteriak-teriak marah dan semuanya mirip. Tiada persoalan lagi kini apa yang telah terjadi pada wajah-wajah babi. Makhluk-makhluk di luar beralih melihat daripada babi kepada manusia, kemudian dari pada manusia kepada babi, dan kemudian sekali lagi daripada babi kepada manusia; namun mustahil kini untuk membezakan antara kedua-duanya."
Saya kira buku ini diakhiri dengan baik.

0 comments:
Post a Comment