Masih ingat lagi masa kecil.dahulu saya dibesarkan dgn majalah karton yang berkualiti seperti Majalah Gila-Gila, Majalah Ujang. hari ini majalah seperti itu tiada lagi dipasaran, kalau pon ade hidup segan mati tak mahu.
Melalui majalah seperti itulah melahirkan rakyat kita yang bijak menegur dalam tawa. masyarakat yang sopan, bukan seperti hari ini yang menulis bukan-bukan dalam media sosial. yang tukang tulis pula bukan pakar bidang, maka kita melahirkan Al Ruwaibidoh dalam kalangan masyarakat kita. Malah golongan ini saling menyokong antara satu sama lain. sekaligus memaksa kita semua menerima apa yang ditulis mereka. paling tidak memperlihatkan seolah-olah kita menyokong apa yg ditulis mereka.
Kembali kepada buku komik yang saya beli ini, sudah lama tidak melihat membaca komik begini menyebabkan saya rasa segar kembali. pelbagai isu semasa dikupas dalam lenggok komik yg kelakar dan seronok dibaca. walaupon apa yg ditulis kadang kala ketuk batang hidung sendiri.
komik begini mendidik tanpa sengaja para pembacanya. harap bahan begini dibanyak dalam negara. rakyat kita ni suka pada hiburan jadi bahan ilmiah juga perlulah menghiburkan. #20sensaya
0 comments:
Post a Comment