Buku ini aku beli hujung tahun lepas selepas balik dari Indonesia. Lama dah target nak beli. Tapi buku yang satu ni habis stok kata MPH. Jadi kenalah tunggu. Nak ke kedai buku Dubook Press di Bangi memang tak lah!
Buku ini adalah hasil selenggaraaan penulis muda Mat Rodi. Ia adalah kompilasi petikan ucapan Tun Dr Mahathir mengenai pelbagai isu. Juga terdapat catatan atau ulasan ringkas dari Mat Rodi mngenai topik yang dikumpulkan.
Antara topik yang dimasukkan dalam buku ini ialah:
Jati Diri Melayu
Sistem Nilai
Agama
Kepimpinan
Visi dan Pembangunan
Ekonomi
Pendidikan
Media
Antarabangsa
Demokrasi; dan
Sajak: Malaysia Tanahairku
Bagi aku Tun dan ucapannya tetap sama - Tun sentiasa cerdik, tajam, bernas dan berani. 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya' mmmm tun adalah ikon membaca Perpustakaan Negara Malaysia.
Dan inilah yang aku baca dalam buku ini. Tun yang berterus terang. Jika ada seorang pemimpin yang aku sentiasa kagum beliau semestinya Tun Dr Mahathir. Tidak kisahlah apa pun yang dilemparkan pada tokoh ini. Pujian atau cercaan.
His a genuine politician, a very good leader. Almost everything that Malaysia and Malaysian owned today is because of him. He did it without rethoric 'Malaysia for Malaysian'. Jika kita benar-benar berjiwa Malaysia, dan ikhlas pada tanah air ini pasti kita tidak mudah dibodohkan oleh rasa tamak dan dengki hati sesama rakan senegara.
#mytwocentagain
Aku ni suka belanja kawan-kawan 😀✌️ so here we go again, a quote from Tun:
"Saya tidak suka berselindung, saya tidak suka menjadi begitu diplomatik, saya kata apa yang saya fikir benar, kalau orang kata tidak benar, tidak apalah. Tapi ini adalah apa yang saya rasa dan lihat"
Dr. M: Apa Habaq Orang Muda
Related Posts:
Melihat Api BerkerjaSaya beli buku ini selepas dicadangkan oleh seorang rakan, tahun lepas, di Pesta Buku Antarabangsa (sila baca - Kampung) Kuala Lumpur, yang diadakan d… Read More
Kumpulan puisi Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan DewasaSaya tidak ingat bila saya membeli buku ini. tapi jika tidak silap sekitar tahun lepas di MPH. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustakasebag… Read More
Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang Selepas menulis pasal Yang Nakal-Nakal aku teringat sebuah buku yang pernah aku baca. Puisi -Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang. Buku ini … Read More
Kepak-Kepak Malam dari SorgaIni adalah kumpulan sajak pertama yang saya baca dari penerbit indie. Saya saja jalan-jalan di MPH dan terjumpa buku-buku sajak yang diterbitkan oleh … Read More
Tidak Ada New York Hari IniIni adalah koleksi sajak yang ditulis oleh M Ann Mansyur untuk watak Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. 2. Aku beli tahun lepas di PBAKL, dan pe… Read More
0 comments:
Post a Comment