Wednesday, May 17, 2017

Suara Orang Berbangsa

Ini buku kumpulan puisi yang saya beli di PBAKL baru-baru ini. Hebatnya buku ini #SayaSangatSuka. Dah lama x baca buku sastera yang begitu membelai jiwa hingga seolah bila dibaca terasa amat merdu ditelinga. hahaha #gila.

Kumpulan puisi ini bukan sekadar menawarkan sajak malah juga beberapa gurindam. Terus terang menulis gurindam bukan mudah. Hanya mereka yang mahir dan punyai pembendaharaan bahasa yang tinggi sahaja boleh menulis gurindam.

Saya jatuh cinta dan tak dapat bangkit-bangkit lagi selepas membaca buku ini muka demi muka. Syahdunya.

Ramle Wahab memberi harapan baharu kepada pemuisi-pemuisi muda/baharu di Malaysia. Saya kira jika penulis-penulis indie penulis-penulis baharu ingin ambil sari pedoman inilah orangnya yang boleh ditanda aras. selain deretan sasterawan negara yang sedia ada. Bagaimana beliau sebagai penulis generasi sekarang boleh menggubah karangan baru kelihatan seperti karangan orang lama-lama. Susunan katanya beritma dan indah.

Saya suka, belum tentu orang lain pun suka. Tapi saya kira ini satu buku yang baik, patut dibaca semua. Subjek yang diketengahkan juga baik, ada nasihat, ada politik , ada pendidikan, ada kasih sayang, sedikit kisah kenegaraan dan juga isu sosial. Penulis yang baik boleh mentuturkan pelbagai bidang.

Sebab saya suka, saya belanja satu gurindam, bertajuk Bijaksana Melayu;

Pandai kayu ketamnya mutu
Pandai batu ukirnya jitu
Pandai besi leburnya serasi
Pandai emas canainya kemas
Pandai benang anyamnya tegang
Pandai kain tenunnya tulen
Pandai sulam tekatnya rimbun
Pandai solek andamnya molek
Pandai bahasa susunnya sekata
Pandai lagu gubahnya merdu
Pandai tari lenggongnya seri
Pandai silat tangkasnya kilat
Pandai tilik renungnya makrifat
Pandai tabib rawatnya mujarab
Pandai dagang labanya gemilang
Pandai kitab kuliahnya lengkap
Pandai tadbir arahnya mahir

Noblesse

Kalau di Jepun komik dipanggil manga, di Korea komik dipanggil Manhwa. kalau di Malaysia komik tempatan dipanggil M-Komik. Saja buat sedikit perkongsian. Sebetulnya nak cerita tentang komik Noblesse dari Korea yang amat menarik.

Konon-nya dunia dihuni oleh 3 komuniti utama iaitu manusia, noble dan serigala jadian. Manusia adalah kaum yang terlemah dan selalu dibela oleh Nobles, sementara Nobles dan Serigala Jadian sama kuat, tetapi Serigala Jadian suka membuli manusia. Nobles tinggal di Segitaga Bermuda di satu kawasan yang dikenali sebagai Lukedonia. Serigala Jadian tinggal di Werewolfland sementara manusia tinggal diserata dunia. ketiga-tiga kamuniti hidup aman dalam satu sosial kontrak.

Kisah bermula dengan Cadis Etrama Di Raizel telah bangun dari dalam sebuah keranda yang terkunci rapi. Dia merupakan seorang Noble yang berpengaruh yang telah tidur selama 820 tahun. Raizel sangat terperanjat dengan perubahan yang berlaku di dunia. Dia kemudiaanya diselamatkan oleh seorang pengikut yang setia bernama Frankenstein. Melalui Frankenstein Raizel belajar menyesuaikan diri dengan dunia baharu itu.

Raizel mendaftar diri di sekolah yang dibuka oleh Frankenstein. Disana dia berkenalan dengan empat orang manusia yang akhirnya menjadi kawan baiknya. Mereka ialah Han Shin Woo, Woo Ik Khan, Im Soo Yi dan Song Yoo Na.

Masalah bermula apabila makhluk tidak dikenali menyerang Hospital di Korea. Sebagai Noble, Raizel tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku, dia dan Frankenstein mula menyiasat perkara tersebut. Apatah lagi penyerang itu mula mengganggu kawan-kawan yang baru dikenalinya.

Yang tidak diketahui oleh Raizel ialah disebalik semua perubahan yang berlaku di dunia telah muncul satu kumpulan yang menggelar diri mereka Union. kumpulan ini menguasai dunia tanpa disedari oleh sesiapa.Kumpulan inilah yang bertanggungjawab kepada segala kekacauan yang berlaku. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Manusia, Noble dan Serigala Jadian.

Union selepas 800 tahun sudah menjadi satu organisasi yang kuat, merupa mempunyai teknologi yang tinggi melebihi yang lain, malah Union mencipta makhluk baru melalui penemuan sains. Makhluk inilah yang dihantar keseluruh dunia untuk membuat kerja-kerja kotor untuk Union.

Komik ini sangat bagus, lukisan pon cantik2 yang penting ia berwarna, tidak seperti kebanyakan komik Jepun. Ceritanya masih belum habis kena tunggu setiap minggu untuk dapat updet chapter baharu.

Yang saya suka pada komik ini ialah imaginasi penulis dan pelukisnya. seperti Manga Naruto saya amat kagum bagaimana mereka2 ini sangat berbakat hingga boleh mengeluarkan idea-idea seperti ini. Hebat!! Kesimpulannya bacalah KOMIK hahaha....



Thursday, May 11, 2017

Perempuan Anggerik

Ini adalah kumpulan cerpen oleh Faizal Tehrani, saya sedikit teragak-agak untuk membaca buku tulisan beliau sementelah Faizal Tehrani ini terkenal dengan buku-buku berunsur Syiah dan banyak buku-bukunya yang telah diharamkan oleh JAKIM dan KDN.

Tetapi pesan seorang rakan dia sudah selalu membaca buku-buku Faizal Tehrani, kata rakan saya itu dia tidak pernah jumpa sebarang yang Syiah dalam buku Faizal ini. Hati dan akal saya bisikkan, masakan JAKIM buat silap. Tapi saya senyum dan kata baiklah, nanti aku beli dan baca sendiri. Betul juga nasihat dia jangan mudah percaya tanpa mencuba.

Berbalik pada buku Perempuan Anggerik, Jujur saya akui Faizal Tehrani seorang penulis yang hebat, sudah lama tidak membaca karya baharu dengan pembendaharaan kata yang mewah. Silap hari bulan baca cerpen sebelah kamus, sebab ada beberapa perkataan yang tidak pernah saya dengar sebelum ini. Beginilah baru satu-satu karya itu mendidik pembacanya.

Jujur cerpen-cerpen dalam kumpulan ini segar dan berbeza dari banyak cerpen yang pernah saya baca sebelum ini. Buku ini menghimpunkan 17 cerpen tulisan Faizal yang pernah diterbitkan dalam pelbagai majalah antaranya Utusan Zaman, Dewan Budaya dan saksi.com. Antara cerpen yang dimasukkan ialah Perempuan Anggerik, Galau seorang Guru, Surat Untuk Gabe 1 dan 2 juga Ayu Prastika. Saya gemar cerpen Galau Seorang Guru, sebab pernah jadi guru di kawasan elit Kuala Lumpur, jadi saya faham betapa risau, rimas dan lemas menjadi guru mereka..

Faizal juga suka menyentuh perihal sosial yang sering terlepas pandang oleh arus perdana. Juga bercerita dari sudut pandang orang ketiga dalam menyentuh peristiwa-peristiwa sejarah. Sama ada dia berpihak pada yang kiri atau kanan  tak perlu diungkit bangkit, saya kira karya Faizal itu sendiri kaya dan tinggi nilai sasteranya.

Tidak adil membandingkan Faizal dengan Usman Awang, mereka hidup pada era berbeza dan mendepani isu sosial yang berlainan. (ini nasihat untuk diri sendiri -->; saya pengagum Usman Awang).

Memang betul kata kawan saya tidak ada yang Syiah dalam kumpulan cerpen ini. Tapi ia tetap tidak mengubah pendapat saya, yang Faizal ini condong kepada Syiah. Sebab realitinya saya pernah baca pendahuluan yang sangat Syiah yang ditulis oleh Faizal Tehrani untuk buku berjudul "sekolah bukan penjara, IPT bukan kilang" jika tidak salah begitulah judulnya.

Betul! Saya bila baca buku akan dari Kulit ke Kulit, malah CIP pada buku pun saya akan lihat untuk ambil tahu maklumatnya. Maklumat seperti tahun terbitan, terbitan siapa dan kategori apakah buku itu dikelaskan dalam katalog antarabangsa. 

Isa Al Masih Rasul Bukan Anak Tuhan

Tidak ada apa yang kontroversi dalam buku ini. Ia adalah buku pendidikan Islam yang diterbitkan oleh Utusan (M) Sdn Bhd. Walau pun saya dikerling berkali-kali kerana membaca buku ini tempat awam.

Agama Islam dari dahulu menegaskan bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang manusia yang diangkat martabatnya oleh Allah sebagai Rasul. Semua orang Islam wajib menghormati dan menyayangi Nabi Isa a.s seperti mana Nabi Muhamad dan nabi-nabi yang lain. Tetapi adalah haram untuk menyembah beliau atau mana-mana nabi Allah yang lain.

Buku ini ditulis oleh saudara Ahmad Muhammad Abd. Ghaffar. Diterbitkan pada tahun 2010. Kecil sahaja dan dibahagikan kepada enam bab iaitu tentang Maryam ibu kepada Nabi Allah Isa a.s, Kelahiran Nabi Isa a.s, Kerasulan Nabi Isa a.s, bagaimana Nabi Isa a.s dinaikkan ke langit, bila dan dimana Nabi Isa a.s akan diturunkan ke bumi dan Kewafatan Nabi Isa a.s.

Turut dimuatkan kisah Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yahya a.s yang merupakan saudara kepada Maryam dan Nabi Isa a.s. Juga kisah Imam Mahdi yang akan berjuang bersama-sama Nabi Isa a.s di akhir zaman untuk mempertahankan agama Islam dan menyelamatkan orang-orang muslim.

 Menurut buku ini nama dan gelaran Nabi Isa Al Masih adalah berasal dari perkataan Ibrani iaitu Yasyu' Masyikha. Yasyu' membawa maksud Juru Selamat. Juru Selamat dalam bahasa Arab ialah Isa dan dalam bahasa Yunani ialah Yesus. Masyikha atau Massiah bermaksud 'yang disapu dengan minyak'. Yang mana dalam bahasa Arab Masyikha bermaksud Masih dan dalam bahasa Yunani disebut Khritos.

Oleh itu dapat disimpulkan Yasyu' Masyikha atau Isa Al Masih atau Yesus Khritos (yang juga disebut sebagai Jesus Christ dalam loghat Inggeris) membawa maksud Juru Selamat yang disapu dengan minyak dan merujuk kepada orang yang sama. Malah gelaran Al Masih juga digunakan dalam firman Allah dalam Surah Ali Imran 3: 45 yang bermaksud "Nama anak itu ialah Al Masih Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat"

Kenapakah Nabi Isa digelar Al Masih atau disapu dengan minyak? Menurut Bani Israel raja-raja mereka akan disapu dengan minyak suci. Mereka juga tahu bahawa selepas kematian raja-raja mereka iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman akan lahir seorang lagi nabi atau raja dalam kalangan Bani Israel yang akan mengembalikan kegemilangan Bani Israel. Menurut agama Kristian Nabi Isa Al Masih adalah raja yang ditunggu-tunggu oleh Bani Israel itu.

Buku ini turut menjelaskan tentang Kaum Hawariyyun. Mereka adalah penolong Nabi Allah Isa a.s. Mereka juga kaum yang memperjuangkan ajaran Nabi Isa a.s hingga tibanya Nabi Muhammad dan pengikut Kaum Hawariyyin adalah golongan ahli kitab yang apabila menerima perkhabaran tentang Nabi Muhammad dan Islam mereka pun memeluk Islam seperti yang diajarkan oleh Nabi Isa a.s.

Al Quran tidak pernah memberitahu berapakah bilangan kaum Hawariyyun tetapi menurut kitab Injil bilangan mereka ialah 13 orang iaitu Sam'un bin Batris, Andrayus, Yohanna, Yakkub, Matta, Tomas, Philipus, Petrus, Yakkub bin Halfi, Labawas, Sam Al'Qanun dan Yahuza Ascariot.

Di dalam Islam Kaum Hawariyyun diangkat martabatnya dan orang muslimin harus menuruti teladan yang ditunjukkan oleh mereka. Di dalam Al Quran Allah berfirman dalam Surah As-Saff 61:14 "Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu sebagai pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa bin Maryam (ketika dia) berkata kepada kaum Hawariyyin (para penyokongnya): 'Siapakah akan menjadi penolonh-penolongkukepada jalan Allah? para penolong itu menjawab: 'Kamilah para pembela agama Allah' Maka segolongan  Bani Israil beriman dan segolongan lagi menjadi kafir. Maka kami memberikan pertolongan kepada orang-orang yang berimam untuk mengalahkan musuh mereka, maka jadilah mereka sebagai orang-orang yang menang'"

Mereka terus menyebarkan ajaran asal Nabi Isa selepas Nabi Isa diangkat Allah ke langit apabila Kaum Yahudi dalam kalangan Bani Israil  menangkap dengan niat untuk membunuh Nabi Allah. Allah berfirman dalam Surah An Nisaa' 4:147 "Dan juga (disebabkan) perkataan mereka "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa ibni Maryam, Rasulullah" Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya., tetapi orang yang diserupakan seperti Nabi Isa"

Kaum Muslimin wajib meyakini dan menunggu ketibaan Nabi Allah Al Masih Isa ibni Maryam yang akan menjadi penyelamat kita semua seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam Al Quran Surah Az Zukhuf 43:61 "Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu dan ikutlah (petunjuk) Ku; inilah jalan yang lurus"

Nabi Muhammad juga memberitahu keinginannya untuk bertemu Nabi Isa a.s marfumnya "Sesungguhnya aku berharap agar umurku panjang agar dapat berjumpa dengan Isa bin Maryam. Tetapi jika maut lebih dahulu menjemputku, maka barang siapa yang berjumpa baginda, sampaikanlah salamku kepadanya" (Riwayat Imam Ahmad).

Juga diterangkan tentang asal usul Triniti. Tapi pasal ini saya malas mahu tulis, sila baca sendiri. Tak rugi membaca buku-buku yang baik dan menambah ilmu dan penjelaskan kekeliruan. Semoga kita semua berada dalam pertolongan Allah SWT dan mati dalam agama Islam insyaAllah.


Thursday, May 4, 2017

First Love Canvas

Setelah penat membaca komik online, akhirnya saya mengalah, saya beli buku komik, betapa gajet tidak dapat memuaskan nafsu pembacaan saya. Orang kata kaki baca buku mestilah cium buku, setiap buku pula baunya berbeza-beza. tapi kalau cium gajet hurmmm..... bunuh perasaan aje.

First Love Canvas adalah hasil karya Akaza Samamiya dan diterbitkan oleh Kadokawa Corporation dan dulang cetak dalam bahasa Inggeris oleh Gempak Starz. Saya tak jumpa gerai Gempak Starz di pesta buku kelmarin dan semalam. Nasib baik tak jumpa, sekarang pun dah dok congak-congak bila gaji....

Sedih orang makan gaji sahaja faham benda begini. Harapnya ekonomi negara dapat dipulihkan. Nak salahkan pm Najib sorang pun tak boleh, kalau salah maka ia adalah salah keputusan kolektif yang dibuat oleh mereka-mereka dan kita-kita. Whatever!!! Esok g Sabah ada program Ekspresi Negaraku.

Berbalik pada komik ini, ia berkisar tentang kehidupan Kagawa Sakurako yang menjadi mangsa buli di sekolah rendah hingga beliau tidak punya kawan dan sering rasa rendah diri. Dia juga percaya bakat lukisan yang dimilikinya membawa nasib malang kepada sesiapa yang melihat hasil seninya itu. Tapi ia tidak membuat Sakurako berhenti melukis, dia terus melukis tetapi disoroknya supaya dia sesiapa ditimpa nasib malang jika terlihat lukisan itu.

Bila dia mencapai umur 15 tahun Sakurako berpindah ke sekolah yang jauh supaya masalah dibuli kawan-kawan berakhir. Disana dia bertemu Hayama Akiharu. Secara tidak sengaja Akiharu terlihat lukisan-lukisan Sakurako dan terus mempelawa Sakurako menyertai kumpulan lukisannya. Kata Akiyama, Sakurako sgt berbakat.

Pada mulanya Sakurako teragak-agak untuk meyertai kumpulan itu, tetapi selepas bertemu dengan ahli kumpulan yang lain dia memberanikan diri untuk mencuba. Disitu kehidupan baharu Sakurako bermula.

Akiyama sebenarnya jatuh cinta pada Sakurako, tetapi tak berani nak luahkan... nampak tak kisah budak sekolah sgt!!! masalahnya aku ni dah tak terbuai lagi dengan cerita2 begini. Huh tayah sombong sagtlah Zait, ko baca komik sampai abis dalam tempoh kurang 24 jam. Blueksss....

Backpack Pusing Jerman dan Belanda, Denmark, Sweden, Republic Czech, Austria

Saya amik masa 2 hari untuk habiskan bacaan buku ini. Sebab ini buku travelog pertama yang dibaca, saya tak ada sebarang komen. Saya cuma enjoy setiap momen yang dilalui oleh penulis. Sekejab serius, sekejab gelak - penulisnya pandai cuit perasaan saya.

Tapi, bagi sayalah kalau buku travel perlu banyak gambar dan kurang tulisan, begitu lebih meriah. Barulah pembaca boleh tumpang cuci mata. Macam saya yang tak pernah jejak kaki di Eropah, teringin sangat menikmati pemandangan cantik negara-negara tuh.

Gambar pula tolong bg yang jelas level poster yang digunakan pada kalendar :) bila gambar kecil dan tak jelas, ditempek pada buku pun tak ada gunanya. Penulis kata cantik saya tak rasa apa... Ini bukan komplen, tapi beritahu hahaha.... over roll saya enjoy buku ini. Kepada penulisnya good luck untuk solo travel yang seterusnya.

Apa pun buku ini buat saya mesej geng cuti-cuti saya ajak mereka tulis pengalaman mengembara ke negeri orang sebelum ini. Alah umpama hangat-hangat tahi ayam saja kami berdua. Lagi-lagi pulak sekarang dia sudah dipindahkan ke Sabah, makin susah berjumpa, makin tak menjadi idea ini.

Yang paling saya setuju dengan penulis iyalah geng melancong, saya sendiri ada dua geng, satu untuk backpack, satu lagi geng melancong ala-ala dewa-dewi. Yang penting dua geng ini penting bagi saya, walaupun kenyataannya mereka tak boleh bertemu muka... mereka tak sebulu.

Satu kate kau pelik cane boleh kawan dgn dia, satu lg pon tanya benda yang sama. Jawapan saya mudah.... aku lagi pelik cane aku boleh kawan dgn korang yang pelik nih!!! 






Tuesday, May 2, 2017

Kepak-Kepak Malam dari Sorga

Ini adalah kumpulan sajak pertama yang saya baca dari penerbit indie. Saya saja jalan-jalan di MPH dan terjumpa buku-buku sajak yang diterbitkan oleh Selut Press. Kagum sekejab. Terdapat 91 buah sajak dikumpulkan dalam buku ini. Banyak juga untuk ditulis dari 2012 hingga 2016.

Membaca sajak yang ditulis oleh Arafat Hambali menarik saya keluar dari sajak-sajak Melayu yang biasa saya baca. Tapi itulah karya indie, mereka sering berbeza berbanding dengan karya-karya arus perdana.

Dari segi bahasa dan topik yang diketengahkan oleh kumpulan ini agak lemah. Sajak-sajaknya banyak berkisar tentang kehidupan peribadi penulis seperti kisah ibunya, isterinya, cintanya dan beberapa isu yang mengocak politik tanahair.

Seni dan sastera tetap seni dan sastera, Ia perlu dirai, diperkaya dan pelbagai.

Tapi saya perlu juga mengambil kira ini sebagai sajak orang biasa (orang kebanyakkan) bukan sajak ahli sastera. Saya percaya kalau peluang diberikan secara berterusan tidak mustahil orang-orang berbakat ini akan cemerlang sebagai sasterawan satu hari nanti.

Penerbitan buku ini satu cubaan yang baik.

Kumpulan puisi Siang Tak Pernah Mungkir dan Kau Akan Dewasa

Saya tidak ingat bila saya membeli buku ini. tapi jika tidak silap sekitar tahun lepas di MPH. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustakasebagai Edisi Khas Sasterawan Negara. Buku ini adalah antologi puisi Baha Zain atau nama sebenar beliau Dato' Dr. Baharudin Zainal. Buku ini mengumpulkan 81 buah ppuisi hasil nukilan Baha Zain dan dibahagikan kepada 5 segmen iaitu:

1. Perempuan dan bayang-bayang
2. Dari kertas catatan tengah malam
3. tiga catatan perjalanan
4. Jalan desa ke kota
5. Menangguhkan perjalanan dan sajak-sajak lain

Ia merupakan tajuk bagi kumpulan sajak Baha Zain yang pernah diterbitkan sebelum ini. Sebagai penyajak era 70-an saya kira Baha Zain tidak terikat dengan lenggok bahasa lama seperti Usman Awang. Sajak beliau lebih terus terang dan tidak diikat oleh rangkap beritma. Contohnya boleh diambil dari satu rangkap sajak bertajuk Anak Asia:-

Meski hitam atau kuning warna kulitnya
bayi itu tak berdosa untuk diwariskan keganasan
atau diajar apa ertinya kehidupan dengan cara pembunuhan
atau dibesarkan dengan susu berbau mesiu
di bawah bayang-bayang sepatu perang

Sajak-sajak Baha juga melambangkan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan kesedaran sosial yang kuat seperti Sajak Kalau Kita Tak Berasa Hina, Kita Tak Pula Berasa Mulia,  Cerita Sepasang Kaki dan Pahlawan Kuda Kepang dan Maharaja.

Saya pilih sajak ini untuk dikongsikan. Tajuknya Kebijaksanaan dan Wajah Manusia.

Seperti cinta, kebijaksanaan memerlukan waktu
Matang dalam kesepian dan renungan
Seperti cinta, tidak memerlukan paksaan
Berakar dikalbu dan berwajah kemanusiaan

Benci, cemburu dan dengki berkubu dalam hati
Menusia memerlukanwaktu untuk memusuhinya
Memerangi perasaan yang mambakar diri
Benci, cemburu dan dengki dalam hati

Tidak ada kehidupan
Tanpa cinta
Tanpa kebijaksanaan
Bagaimana wajah manusia?



Tidak Ada New York Hari Ini

Ini adalah koleksi sajak yang ditulis oleh M Ann Mansyur untuk watak Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta. 2. Aku beli tahun lepas di PBAKL, dan pesta buku KL sedang bertamu di PWTC 😅. Masih cari-cari waktu untuk pergi.

Selesai baca, aku rumuskan ia sebagai sebuah buku yang menarik dan boleh tahan. Kenapa? Sajaknya tak bebas dan seperti dipaksa-paksa dan pada masa-masa tertentu seperti ditahan-tahan. Mungkin sebab aku pernah baca sajak tulisan Ann Mansyur yang lain jadi antologi kali ini biasa-biasa saja.

Aku kira kerana sajak -sajak di dalam kumpulan ini terlalu mahu memceritakan Rangga dan Cinta. Ia sangat terikat pada AADC2.  Apa yang menarik dalam antologi ini ialah gambar-gambar menarik kota New York ia gambar hitam putih sepenuhnya nampak elegant  tapi tak semua gambar boleh dihitam-putihkan.

Namun bagi peminat-peminat filem AADC 2 mereka pasti suka saja dengan sajak2 dalam kumpulan ini. Ini bukan sacarsm, sebab sajak2 ini sgt berusaha untuk menggambarkan Cinta dan Rangga. Sajak-sajak yg dipilih untuk dimasukkan dalam filem pun okay walaupun boleh dilihat sajak asal lebih panjang dan ada yang meleret, malah ada beberapa sajak yang kaku dalam antologi ini. keseluruhannya ia percubaan yang baik. 🤓

Meh kongsikan sedikit sajak yang aku suka dari antologi ini, tajuknya Ketika Ada Yang Bertanya Tentang Cinta.

ketika aku bertanya kepadamu tentang cinta
kau melihat langit membentang lapang
menyerahkan diri untuk dinikmati
menolak untuk dimiliki

ketika kau bertanya kepadaku tentang cinta
aku melihat nasib manusia
terkutuk hidup dibumi bersama jangkauan lengan mereka yang pendek dan kemauan mereka yang panjang

ketika aku bertanya kepadamu tentang cinta,
kau bayangkan aku seekor burung kecil yang murung
bersusah payah terbang mencari tempat sembunyi dari mata peluru para pemburu

ketika kau bertanya kepadaku tentang cinta
aku bayangkan kau satu-satunya pohon yang tersisa
kau kesepian dan mematahkan cadang-cabang sendiri

ketika ada yang bertanya tentang cinta
apakah sungguh yang dibutuhkan adalah kemewahan kata-kata atau cukup ketidaksempurnaan kita?