Setelah penat membaca komik online, akhirnya saya mengalah, saya beli buku komik, betapa gajet tidak dapat memuaskan nafsu pembacaan saya. Orang kata kaki baca buku mestilah cium buku, setiap buku pula baunya berbeza-beza. tapi kalau cium gajet hurmmm..... bunuh perasaan aje.
First Love Canvas adalah hasil karya Akaza Samamiya dan diterbitkan oleh Kadokawa Corporation dan dulang cetak dalam bahasa Inggeris oleh Gempak Starz. Saya tak jumpa gerai Gempak Starz di pesta buku kelmarin dan semalam. Nasib baik tak jumpa, sekarang pun dah dok congak-congak bila gaji....
Sedih orang makan gaji sahaja faham benda begini. Harapnya ekonomi negara dapat dipulihkan. Nak salahkan pm Najib sorang pun tak boleh, kalau salah maka ia adalah salah keputusan kolektif yang dibuat oleh mereka-mereka dan kita-kita. Whatever!!! Esok g Sabah ada program Ekspresi Negaraku.
Berbalik pada komik ini, ia berkisar tentang kehidupan Kagawa Sakurako yang menjadi mangsa buli di sekolah rendah hingga beliau tidak punya kawan dan sering rasa rendah diri. Dia juga percaya bakat lukisan yang dimilikinya membawa nasib malang kepada sesiapa yang melihat hasil seninya itu. Tapi ia tidak membuat Sakurako berhenti melukis, dia terus melukis tetapi disoroknya supaya dia sesiapa ditimpa nasib malang jika terlihat lukisan itu.
Bila dia mencapai umur 15 tahun Sakurako berpindah ke sekolah yang jauh supaya masalah dibuli kawan-kawan berakhir. Disana dia bertemu Hayama Akiharu. Secara tidak sengaja Akiharu terlihat lukisan-lukisan Sakurako dan terus mempelawa Sakurako menyertai kumpulan lukisannya. Kata Akiyama, Sakurako sgt berbakat.
Pada mulanya Sakurako teragak-agak untuk meyertai kumpulan itu, tetapi selepas bertemu dengan ahli kumpulan yang lain dia memberanikan diri untuk mencuba. Disitu kehidupan baharu Sakurako bermula.
Akiyama sebenarnya jatuh cinta pada Sakurako, tetapi tak berani nak luahkan... nampak tak kisah budak sekolah sgt!!! masalahnya aku ni dah tak terbuai lagi dengan cerita2 begini. Huh tayah sombong sagtlah Zait, ko baca komik sampai abis dalam tempoh kurang 24 jam. Blueksss....
First Love Canvas
Related Posts:
Edisi Khas Sasterawan Negara: Kami Yang Terlibat (kumpulan cerpen pilihan - Usman Awang) SBN: 983-62-9368-X Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Penulis: Datuk Usman Awang Editor: Abdul Ahmad Ia adalah himpunan 20 cerpen yang ditulis ol… Read More
Hai banyaknye baca..."hai banyaknya baca..." ini komem dr seorang rakan. Saya senyum. Sebenarnya saya memang punya banyak buku, selama ini saya tsekadar susun buku-buku sa… Read More
Melayu Perlu Berubah (wawancara khas bersama Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz, mengenai RMK-9) Teks asal: Mingguan Malaysia (9 April 2009) Suntingan: Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia. Pak Ungku bercerita tentang k… Read More
1Malaysia Book Expo 2012 - Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara. Jom! Jom kita serbu. Beli buku dan jadi orang yang berilmu. … Read More
Najib Transformations by Akmar Hisham MokhlesISBN: 978 967 5702 04 4 Script by: Akmar Hisyam Mokles Publisher: Qalif Umar Creative A simple biography about Prime Minister Najib Razak.… Read More
0 comments:
Post a Comment