Friday, September 22, 2017

Lawak Orang Malaysia

Masih ingat lagi masa kecil.dahulu saya dibesarkan dgn majalah karton yang berkualiti seperti Majalah Gila-Gila, Majalah Ujang. hari ini majalah seperti itu tiada lagi dipasaran, kalau pon ade hidup segan mati tak mahu.

Melalui majalah seperti itulah melahirkan rakyat kita yang bijak menegur dalam tawa. masyarakat yang sopan, bukan seperti hari ini yang menulis bukan-bukan dalam media sosial. yang tukang tulis pula bukan pakar bidang, maka kita melahirkan Al Ruwaibidoh dalam kalangan masyarakat kita. Malah golongan ini saling menyokong antara satu sama lain.  sekaligus memaksa kita semua menerima apa yang ditulis mereka. paling tidak memperlihatkan seolah-olah kita menyokong apa yg ditulis mereka.

Kembali kepada buku komik yang saya beli ini, sudah lama tidak melihat membaca komik begini menyebabkan saya rasa segar kembali. pelbagai isu semasa dikupas dalam lenggok komik yg kelakar dan seronok dibaca. walaupon apa yg ditulis kadang kala ketuk batang hidung sendiri.

komik begini mendidik tanpa sengaja para pembacanya. harap bahan begini dibanyak dalam negara. rakyat kita ni suka pada hiburan jadi bahan ilmiah juga perlulah menghiburkan. #20sensaya

Related Posts:

  • Yang Nakal-Nakal Sebuah antologi cerpen Usman Awang oleh penerbit indie. Cubaan untuk menunjukkan sisi nakal karya Sasterawan Negara kita. Memang ada beberapa karya … Read More
  • Catatan pendek untuk cinta yang panjang. Senyum dulu. Manis betul buku ini.  Kadang-kadang terketuk batang hidung sendiri. Tapi cinta memang begitu adanya. Tak tahulah kenapa saya mem… Read More
  • Aku Ini Binatang Jalang Aku ini binatang jalang Dari kumpulannya terbuang Biar peluru menembusi kulitku Aku tetap meradang menerjang Berlari hingga hilang pedih peri Dan … Read More
  • Naruto Komik pertama aku baca. Di Jepun ia lebih terkenal sebagai manga. Bagi ramai peminat kartun Naruto memang terkenal sebab itulah terdapat beberapa … Read More
  • Transformasi Nasional 2050 Saya yakin ramai antara kita tidak memahami apa itu Transformasi Nasional 2050  atau  lebih&nb… Read More

0 comments:

Post a Comment