Wednesday, May 26, 2010

Into the 21st Century Selenggaraan Ahmad Faiz Abdul Rahman

ISBN: 983-9099-27-2
Penerbit: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Ia merupakan sebuah buku yang menghimpunkan tulisan-tulisan bernahu Islam oleh beberapa tokoh akademik. Di mana tulisan-tulisan ini tersiar di dada-dada akhbar. Buku ini turut mengkelaskan tulisan-tulisan ini mengikut beberapa bab antaranya ialah;
  • Nilai dan pemgurusan Islam
  • Undang-undang. politik dan perhubungan antarabangsa
  • Sains, teknologi dan alam sekitar
  • Islam dan rancangan pembangunan sosio-economi

Antara tokoh-tokoh yang dimasukkan tulisannya ialah

  • Dr Syed Othman Ahabshi
  • Ahmad Faiz Abdul Rahman
  • Anuar Abdul Razak

Terus terang saya katakan saya jatuh cinta dengan tulisan-tulisan Dr Syed Othman Alhabshi yang bersahaja dan lenggok bahasa yang sopan.

Walaupun buku ini dicetak pada tahun 1993 dan saya baru saja membelinya ketika jualan lelong IKIM di Pesta Buku Kuala Lumpur 2010, baru-baru ini tetapi saya rasa amat berbaloi. Kerana adalah amat merugikan terlepas peluang membaca satu bahan bacaan yang baik dan indah seperti buku ini sementelah isu-isu yang dikedepankan masih lagi menjadi isu-isu yang terus melingkari hidup kita.

Tidak wajar buku ini dilelong pada harga RM2.00, yang pasti saya salah seorang yang bertuah kerana membeli buku ini. ;D

Saturday, May 8, 2010

Platun Harimau oleh Mohd Radzi Abd Hamid

ISBN: 978-983-0415-8
Penerbt: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ia adalah sebuah novel perang yang agak menarik. Berkisar ketika tahun-tahun 1980 ketika ATM menentang Komunis di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada pasukan 2 RAMD yang menentang kumpulan Komunis yang dikenali sebagai Black Jacket.

2 RAMD telah dibahagikan kepada 4 kompeni untuk menjejak musuh. Malangnya tiada komunis yang berjaya ditangkap atau dibunuh, sebaliknya 16 nyawa melayang dipihak ATM.

Keadaan ini merisaukan Penghuni Kem Batu Lima Mentakab. Mereka tercari-cari Platun Harimau. Kumpulan askar elit yang cukup hebat dari Kem Batu Lima. Pada tanggap seluruh kem jika Platun Harimau bersama-sama menjejak Komunis pasti nasib mereka tidak seburuk itu.

Akhirnya Platun Harimau kembali ke Kem dan dalam tempoh 2 hari Platun itu hilang semula, tapi kali ini Platun Harimau menhilang ke dalam hutan menjejak Black Jacket yang bertanggungjawab membunuh 16 askar dalam tempoh kurang 1 bulan.

Ada hutang yang ingin dituntut mereka.

Penulis novel ini adalah askar sebenar, jadi buku ini sangat askar dan penuh rujukan, sekali pandang ia seolah bukan novel rekaan sebaliknya kisah benar. Bahasa yang digunaan, gerakan-gerakan isyarat, arahan-arahan semuanya sangat askar. Bagi orang awam agak sukar menghadam buku ini.

Kisahnya terlalu ringkas, sepatutnya ia boleh ditambah dan dihias agar ia lebih rilek, segar, penuh aksi dan debar serta takut, juga kisah airmata sedikit, sedikit sahaja tapi cukup untuk menyentuh perasaan. Sebaliknya ia terlalu cepat tetapi tidak padat. Sekali baca tak ubah seperti laporan askar selepas balik bertugas yang lapor diri di kem.

Satu usaha yang baik. Tidak banyak makalah perang berbentuk fiksyen yang dihasilkan dalam bahasa Melayu. Sungguh buku ini satu usaha yang dibanggakan.