ISBN: 978-983-0415-8
Penerbt: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ia adalah sebuah novel perang yang agak menarik. Berkisar ketika tahun-tahun 1980 ketika ATM menentang Komunis di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada pasukan 2 RAMD yang menentang kumpulan Komunis yang dikenali sebagai Black Jacket.
2 RAMD telah dibahagikan kepada 4 kompeni untuk menjejak musuh. Malangnya tiada komunis yang berjaya ditangkap atau dibunuh, sebaliknya 16 nyawa melayang dipihak ATM.
Keadaan ini merisaukan Penghuni Kem Batu Lima Mentakab. Mereka tercari-cari Platun Harimau. Kumpulan askar elit yang cukup hebat dari Kem Batu Lima. Pada tanggap seluruh kem jika Platun Harimau bersama-sama menjejak Komunis pasti nasib mereka tidak seburuk itu.
Akhirnya Platun Harimau kembali ke Kem dan dalam tempoh 2 hari Platun itu hilang semula, tapi kali ini Platun Harimau menhilang ke dalam hutan menjejak Black Jacket yang bertanggungjawab membunuh 16 askar dalam tempoh kurang 1 bulan.
Ada hutang yang ingin dituntut mereka.
Penulis novel ini adalah askar sebenar, jadi buku ini sangat askar dan penuh rujukan, sekali pandang ia seolah bukan novel rekaan sebaliknya kisah benar. Bahasa yang digunaan, gerakan-gerakan isyarat, arahan-arahan semuanya sangat askar. Bagi orang awam agak sukar menghadam buku ini.
Kisahnya terlalu ringkas, sepatutnya ia boleh ditambah dan dihias agar ia lebih rilek, segar, penuh aksi dan debar serta takut, juga kisah airmata sedikit, sedikit sahaja tapi cukup untuk menyentuh perasaan. Sebaliknya ia terlalu cepat tetapi tidak padat. Sekali baca tak ubah seperti laporan askar selepas balik bertugas yang lapor diri di kem.
Satu usaha yang baik. Tidak banyak makalah perang berbentuk fiksyen yang dihasilkan dalam bahasa Melayu. Sungguh buku ini satu usaha yang dibanggakan.
Saturday, May 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih kerana memberi pandangan yang bernas kepada novel saya. Komen ini sangat berharga kerana saya sedang menyiapkan siri berikutnya. Kalau ada komen bagi menambah pembaikan sila email pada saya
ReplyDeleteradzi_hamid@yahoo.com
Terbaik kisah platun harimau ini&Saya sudah tengok kisah platun harimau sebentar tadi yang disiarkan di rtm 2&memang sedih bila teringat bagaimana kehidupan zaman2 dulu yang begitu susah untuk teruskan hidup,makan,tidur&bila tengok,kisah nie hampir sama dengan perjuangan ayah kandung saya yang dulu pernah bertempur dengan komunis dimana pada masa itu dalam platun 4 kompeni B@1RAMD,ayah dulu adalah Sek 1,Riki scout Riffleman 1,pada masa itu juga ayah hampir terkorban masa bertempur,masa itu zaman komunis betul2 nak serah diri&senjata&pernah juga menyertai misi pengaman PBB Malbatt 1 di Namibia.
ReplyDeleteApa2 pun diharap kisah nie dijadikan 1 movie penuh supaya semua orang boleh muatturun&tengok.