ISBN: 978-983-44177-0-3
Penerbit: Ecportal Dot Biz
Cuba mengupas bencana alam yang kian menjadi-jadi mutahir ini sebagai tanda kemurkaan Allah kepada umat manusia. Penulis cuba turut memasukan hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al Quran sebagai rujukan.
Malangnya buku ini tidak meyakinkan. Hadis-hadis yang diberikan tidak mempunyai Isnad dan Asnaf, bagi membuktikan kesahihan hadis. Huraian dan tafsir ayat yang diberikan tidak dinyatakan rujukan kepada tafsir Quran mushaf Uthmani.
Saya tidak mahu untuk memcadangkan agar buku ini tidak dibaca, kerana saya sendiri tidak pasti andaian asal saya terhadap buku ini betul atau tidak. Yang jelasnya saya akan melakukan rujukan terhadap buku-buku agama yang lain untuk pemahaman yang lebih baik.
Tetapi bahasa penyampaian buku ini sangat tidak menarik dan membosankan sebenarnya. Ayat dan isu yang dikupas diulang-ulang sama ada dalam bab yang sama atau bab yang lain. Gaya bahasa juga tidak menarik.
Wallahualam.
Sunday, April 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment