Wednesday, April 21, 2010

Sejarah kehidupan Nabi Muhammad by Dr. Muhammad Hussein Haykal

ISBN: 983-0610255-4
Penerbit: Crescentnews (KL) Sdn Bhd
Penterjemah: Dr Mohamad Firdaus Norul Huda & Dr. Mohd Nor Ngah
(Terbitan Asal dikeluarkan atas judul - Hayat Muhammad, 1935)

Buku setebal 849 ms ini mengambil masa 7 bulan untuk dihabiskan. Ia adalah salah satu buku biografi tentang Nabi Muhammad yang menarik untuk dibaca. Sementelah ia adalah sebuah buku yang amat lama usianya dan masih diterbitkan hingga kini. Kali pertama diterbitkan di Mesir pada tahun 1935.

Buku ini menceritakan perihal tanah arab semasa zaman Rom, Yunani, dan jahiliah hinggalah kedatangan Islam sebagai penyelamat Semenanjung Arab.

Kemudian barulah ia bercerita tentang kelahiran dan sirah rasullullah. dari kehidupan sebagai anak yatim kepada kematian Ibunya pula, setelah itu dipelihara oleh Datuknya dan setelah Datuknya meninggal beliau dibela oleh Bapa saudaranya.Kehidupan zaman remaja Nabi turut diperhalusi hinggalah kepada perkahwinan baginda.

Turut diceritakan ialah perihal baginda sebelum menerima wahyu dan selepas kenabian. Ini termasuklah perjuangan baginda di Tanah Suci Mekah, kemudian Hijrah ke Madinah dan juga rentetan perang-perang yang di ketuai oleh baginda atau pun diarahkan oleh nabi.

Makalah ini berusaha untuk memberi sepenuh maklumat tentang ketokohan dan perjuangan Nabi Muhammad yang penuh dengan liku-liku. Selain menyerlahkan pesonaliti beliau yang tidak ada tandingan sebagai pemimpin Agama, negara, masyarakat dan keluarga.

Di dalam buku ini turut membuat perbandingan dengan cerita-cerita rekaan yang ditulis oleh para orientalis yang menokok tambah atau mengurang kisah dan kebenaran sirah hidup baginda. Penulis sedaya mungkin menempelak dan menampakan kesalahan fakta cerita rekaan yang mahu memburukan imej Rasullullah sekaligus imej Islam.

PS- Bak kata Ghandi selepas membaca sirah Nabi Muhammad- "selepas meletakkan buku ini saya tidak akan dapat membaca sebarang buku biografi manusia lain dalam dunia ini yang sehebat kisah Muhammad ."

0 comments:

Post a Comment