Penerbit: Marwilis Publisher & Distributer
Buku ini adalah sindiran tajam terhadap kelaku dan kelakah Manusia dalam lakunan haiwan rimba. Ia berkisar tentang kekalutan yang dicetuskan oleh si Kancil yang memang terkenal dengan sikapnya yang suka membuat onar dan menggunakan kebijaksaan untuk memanipulasi keadaan agar hanya memihak kepadanya.
Angkara Si Kancil memberikan komen sinis pada ketangkasan arnab menyebabkan berlakunya cabar-mencabar antara arnab dan kancil. Kerana sakit hati dengan hinaan kancil yang mengelak-gelakkan kekalahan nenek moyangnya pada si Kura-kura Arnab yang terkenal dengan kesombongannya telah mencabar untuk mengadakan perlumbaan kedua dengan kura-kura. tetapi jika kura-kura enggan maka si kancil harus menjadi galang gantinya. Syarat si Arnab telah menakutkan Kancil kerana dia tahu si Arnab memang binatang yang lebih handal jika dibanding dengan dirinya.
Maka kelang kabutlah si Kancil mencari Arnab. Hingga akhirnya dia bertembung dengan si Murai. melalui si Murai kancil berjaya bertemu dengan si Kura-kura. Setelah dipujuk oleh si Kancil dan diperdengarkan syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan dek si arnab, Kura-kura akhirnya bersetuju untuk bertemu arnab dengan syarat seluruh warga rimba dipanggil menjadi saksi pada pertandingan itu.
Dengan bantuan si Murai yang terkenal dengan becoknya berita itu berjaya dihebahkan kepada seluruh warga rimba yang luas itu. Pada hari pertemuan Arnab menghebahkan lagi syarat-syarat pertandingan iaitu;
- Selepas pertandingan kedua antara arnab dan kura-kura maka tidak akan ada pertandingan lagi antara keduanya hingga kiamat.
- Pertandingan harus diadakan di darat bukan di paya, sungai atau tasik.
- Kura-kura berhak memilih tempat bertandingan
- Pertandingan boleh dilakukan dengan apa cara sekali pun sama ada berlari, berjalan atau bergolek.
Setelah berpuas hati Kura-kura telah memilih kawasan bukit berbatu sebagai tempat pertandingan.
Dikeranakan arnab mengetahui yang si Kura-kura adalah pintar dia telah mengupah sang Ular untuk mengintip pergerakan kura-kura. Malah arnab juga melabur banyak apabila turut mengupah si tikus untuk membarsihkan tempat perlawanan untuk mengelak si kura-kura menipu. Masalah mula timbul di kem arnab apabila keluarga arnab berebut tentang siapa yang sepatutnya bertanding.
Dikelompok kura-kura pula yang terbahagi kepada banyak jenis mula bertekak antara satu sama lain kerana kura-kura paya memberi persetujuan bertandingan tanpa merujuk pada yang lain. Namun begitu latihan dalam keluarga Kura-kura tetap diteruskan. Masalah makin memuncak apabila kumpulan kura-kura yang terpilih memberontak dan menuduh kepada keluarga kura-kura paya membuli kura-kura lain dengan corak latihan yang keras. Keluarga kura-kura yang lain telah bertindak balas dengan memaksa kura-kura paya yang berumur hampir 200 tahun itu melakukan perkara yang sama.
Segala yang terjadi pada kura-kura dilaporkan oleh Sang Ular pada si Arnab. dan hasilnya Sang Ular mendapat telur segar setiap hari. Oleh itu Ular telah mendesak Arnab untuk terus mengupahnya melakukan kerja-kerja pengintipan. Terdesak dan terbelit dek kata-kata Sang Ular, Si Arnab tidak punya pilihan dan terus menyuap Sang Ular.
Akhirnya tibalah hari pertandingan. Keluarga kura-kura berkumpul dengan ramainya. Mereka mahu menunggu kekalahan Kura-kura paya dan kemudian menghukumnya. Mereka pasti dan yakin benar yang kura-kura paya akan kalah kali ini kerana Si Arnab tidak mungkin akan melakukan kesalahan yang sama iaitu tidur dipertengahan jalan.
Tetapi kura-kura paya telah menggunakan akalnya dengan baik iaitu melantunkan dirinya dari atas bukit hinggalah kegarisan penamat. Akhirnya si Arnab kalah buat kali kedua dengan si Kura-kura.
Maka gembiralah seluruh keluarga Kura-kura dan mereka terlupa perbuatan mereka yang telah melukakan hati kura-kura paya sebelum itu. Si Arnab pula terkedu dek kesombongan dan juah yang akhirnya memakan diri.
Ketua keluarga Kura-kura paya kemudian berpesan 'Jika nama dan harta yang kamu cari kamu terpaksa menjaganya dikemudian hari tetapi jika ilmu yang dicari, ia akan menjagamu di kemudian hari. Percayalah kata ku.'
Kaedah penulisan kritis Marwilis mengadun cerita kanak-kanak antara si Arnab dan Si Kura-kura, menjadi begitu menarik. Huraian yang tajam dan sindiran sinis dianyam bersama bahasa indah menjadikan buku ini tidak dapat diletakkan.
PS: buku ini menyedarkan kita bertapa *binatangnya* perangai manusia. ;)
0 comments:
Post a Comment