Sunday, April 18, 2010

MIsteri perenza oleh Abg Saifullah Abg Bokari

ISBN: 983-62-5804-3
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ini mengisahkan kehidupan nadya yang baru berpindah ke rumah baru di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Rumah tersebut milik seorang jurutera gila yang baru sahaja meninggal dunia. Banglo besar itu dikenali sebagai Villa Perenza.

Tiada sesiapa mengetahui apa maksud Perenza, termasuklah anak kepada jurutera gila tersebut. Nadya yang selalu ditinggalkan oleh ibubapanya yang sibuk bekerja secara tidak sengaja telah menjumpai bilik bawah tanah yang mana terdapat sebuah pesawat yang dinamakan Perenza.

Menggunakan Perenza, Nadya telah menjelajah ke masa hadapan. Nadya telah menemui Kuala Lumpur yang telah musnah dan hidupan yang telah terubah genetiknya, angkara kesilapan manusia masa lampau. Kini Nadya terpaksa mendepani kebencian melampau penghuni Kuala Lumpur abad ke 23 itu.

** cubaan yang baik untuk penulisan novel sains fiksyen

2 comments: