Sunday, December 18, 2011

Tercabarnya Maruah Bangsa

ISBN: 967-99964-1-7
Penerbit: Penerbitan Lajmeidakh Sdn Bhd
Penulis/Pengarang: Zakiah Hanum



Bagaimana saya terbeli buku ini saya sudah lupa, Puas juga saya membelek dari halaman ke halaman pada dada buku ini, tiada satu nota yang saya tinggalkan pada buku ini tentang bila saya membelinya. Tidak pasti sama ada saya membelinya di pesta buku Kuala Lumpur atau di kedai buku lama. Malah sudah lama betul rasanya saya tidak membaca buku ini hingga bulan lepas ketika memunggah almari buku.

Buku ini antara kesukaan saya. Suka tapi dah lama x baca? malah tempat dan bila dibeli juga lupa! Saya ada terlalu banyak buku yang saya suka, buku ini salah satu darinya.

Buku ini adalah himpunan tulis oleh wartawan akhbar Majlis yang mana ia mencatat sejarah perjuangan Melayu menentang Malayan Union. Tidak seperti banyak buku dipasaran ketika ini. Buku ini benar-benar membawa pembacanya ke zaman kebangkitan Melayu melawan Malayan Union. Dengan lenggok bahasa lama, catatan dari kaca mata wartawan yang mengalami sendiri semangat yang mendasari perjuangan menentang Malayan Union ketika itu.

Bukan buku tentang Malayan Union yang lain tidak baik cuma buku ini bukan ditulis oleh pemerhati atau ahli sejarah. Tetapi buku ini mengumpul tulisan dan catatan oleh wartawan yang mengharungi sendiri jerih perit menentang Malayan Union.

Antara yang terkandung dalam buku ini ialah sejarah penubuhan Akhbar Majlis serta kronologi perjuangan menentang Malayan Union seperti yang di dapati dari  rencana lidah pengarang akhbar ini dari Oktober 1945 hingga Januari 1948.

Sangat mencadangkan buku ini dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Sebab bertitik tolak dari Malayan Unionlah Kemerdekaan Tanah Melayu menjadi impian segenap masyarakat pada ketika itu. Dek kejayaan menbatalkan Malayan Union lah Masyarakat Tanah Melayu yakin dan berusaha sepenuh tenaga serta bersama-sama menuntut kemerdekaan.

Friday, October 28, 2011

Thursday, July 14, 2011

Monday, July 11, 2011

Sejarah 25 Rasul oleh Luqman Hakim

ISBN: 967-5115-65-3
Penerbit: Al Hidayah Publication

Sama seperti buku-buku tentang sejarah rasul-rasul yang lain buku ini juga sama. Ia bercerita tentang kesemua 25 orang rasul dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cara penceritaan yang bersahaja mudah untuk difahami tanpa terlalu banyak terma-terma Islam. Saya katakan sedemikian kerana terdapat buku-buku agama yang menggunakan terma-terma dalam Islam yang sarat dan mendalam maksudnya. Buku-buku jenis ini sangat sukar dihadam dan memerlukan kajian yang mendalam dan merujuk kepada buku tambahan yang lain. Tetapi buku tulisan saudara Luqman Hakim ini mudah difahami dengan menggunakan bahasa yang biasa dan ringkas.

Namun begitu buku ini bercerita secara ringkas sahaja. Ia sangat sesuai sebagai bahan bacaan ringan. Juga untuk remaja dan pelajar sekolah. Bagus untuk 'recall' pengetahuan yang kian melusuh.:D

Berani Gagal oleh Billi P.S.Lim

ISBN: 983-9323-42-3
Penerbit: Hardknocks Factory Sdn Bhd

Seperti tajuknya... buku ini adalah cerita tentang kegagalan yang pernah dilalui oleh penulis. Ia satu buku yang sangat bagus. Tapi apa yang paling saya suka tentang buku ini ialah 'quote' dari pemikir, pemimpin dan mereka yang terkenal. sangat banyak dan saya sangat suka.

Tuesday, March 8, 2011

The Forgotten garden by Kate Morton

This is one of my favorite, old one, i found it recently, in fact 3 days ago. covered with dust, hahaha very the favorite la konon... i bought it back to year 2009 from times bookstore, BSC KL. I love it, i suggest to all to read, its not lovey dovey one but if you like book about love, tragedy, family. you shud read this and it will surprise you, the story, the ending is out of expectation. Read it, I will not summarize it for you.

Title: The Forgotten Garden
Author: Kate Morton
Price: RM 35.90 (in year 2009)
ISBN: 978-0-330-45696-8
Publisher: Allen and Unwin, Australia and PanMacmillan Ltd