ISBN: 967-5115-65-3
Penerbit: Al Hidayah Publication
Sama seperti buku-buku tentang sejarah rasul-rasul yang lain buku ini juga sama. Ia bercerita tentang kesemua 25 orang rasul dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cara penceritaan yang bersahaja mudah untuk difahami tanpa terlalu banyak terma-terma Islam. Saya katakan sedemikian kerana terdapat buku-buku agama yang menggunakan terma-terma dalam Islam yang sarat dan mendalam maksudnya. Buku-buku jenis ini sangat sukar dihadam dan memerlukan kajian yang mendalam dan merujuk kepada buku tambahan yang lain. Tetapi buku tulisan saudara Luqman Hakim ini mudah difahami dengan menggunakan bahasa yang biasa dan ringkas.
Namun begitu buku ini bercerita secara ringkas sahaja. Ia sangat sesuai sebagai bahan bacaan ringan. Juga untuk remaja dan pelajar sekolah. Bagus untuk 'recall' pengetahuan yang kian melusuh.:D
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment