Friday, June 29, 2012

Air mata raja.


Saya baru balik dari forum bicara karya di Dewan Bahasa dan Pustaka, membincangkan proses pengarangan Air Mata Raja. dan saya beli buku tersebut selepas itu. Ia menjadi buku paling tebal yang pernah saya beli. 1000 mukasurat. Tapi harga yang ditawarkan sangat bagus dgn diskaun 20%. Buku ini bukan buku baru, ia diterbitkan tahun 2011. Jadi saya congak diskaun 20% memang sangat berbaloi, dari jika saya ingin beli kemudian pada harga asal RM55.00.

Hmmm rupa-rupanya DBP sedang menyambut ulang tahun ke 59 penubuhannya, jadi mereka sedang lelong buku DBP di Kedai Buku DBP, dengan harga pemula serendah RM1.00. wah hebatnya!!!!! saya dah tahu bagaimana nak menghabiskan hujung minggu saya. Tp adakah Kedai Buku DBP buka pada hujung minggu? hmmm lupa periksa la pulak.......

hmmmm.... online je. ;p

Kepada DBP, selamat hari jadi!

0 comments:

Post a Comment