Sunday, April 18, 2010

MIsteri perenza oleh Abg Saifullah Abg Bokari

ISBN: 983-62-5804-3
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ini mengisahkan kehidupan nadya yang baru berpindah ke rumah baru di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Rumah tersebut milik seorang jurutera gila yang baru sahaja meninggal dunia. Banglo besar itu dikenali sebagai Villa Perenza.

Tiada sesiapa mengetahui apa maksud Perenza, termasuklah anak kepada jurutera gila tersebut. Nadya yang selalu ditinggalkan oleh ibubapanya yang sibuk bekerja secara tidak sengaja telah menjumpai bilik bawah tanah yang mana terdapat sebuah pesawat yang dinamakan Perenza.

Menggunakan Perenza, Nadya telah menjelajah ke masa hadapan. Nadya telah menemui Kuala Lumpur yang telah musnah dan hidupan yang telah terubah genetiknya, angkara kesilapan manusia masa lampau. Kini Nadya terpaksa mendepani kebencian melampau penghuni Kuala Lumpur abad ke 23 itu.

** cubaan yang baik untuk penulisan novel sains fiksyen

Related Posts:

  • Suara Orang BerbangsaIni buku kumpulan puisi yang saya beli di PBAKL baru-baru ini. Hebatnya buku ini #SayaSangatSuka. Dah lama x baca buku sastera yang begitu membelai ji… Read More
  • Lawak Orang MalaysiaMasih ingat lagi masa kecil.dahulu saya dibesarkan dgn majalah karton yang berkualiti seperti Majalah Gila-Gila, Majalah Ujang. hari ini majalah seper… Read More
  • 35 SonnetsSaya sebenarnya tidak tahu tentang Sonnet. Kali pertama saya baca tentang sonnet ialah di Perpustakaan Negara di bahagian Koleksi Nadir. Nadir tu apa?… Read More
  • NoblesseKalau di Jepun komik dipanggil manga, di Korea komik dipanggil Manhwa. kalau di Malaysia komik tempatan dipanggil M-Komik. Saja buat sedikit perkongsi… Read More
  • First Love CanvasSetelah penat membaca komik online, akhirnya saya mengalah, saya beli buku komik, betapa gajet tidak dapat memuaskan nafsu pembacaan saya. Orang kata … Read More

2 comments: