ISBN: 967-61-0832-4
Penerbit: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Penulis: Ahmad Atory Hussain
Sudah lama tidak membaca buku ini. saya tidak ingat lagi isi kandungan yang ditulis. Tunggu saya baca semula. Buku ini dibeli semasa saya di Kolej PTPL ketika mengambil Matrikulasi KPM.
Ternyata saya benar-benar telah melupakan kandungan buku ini. Ia sangat meleset dari jangkaan awal saya tentang kandungannya. Saya sangkakan ia tentang politik UMNO-Pas yang ketika itu menguasai arena politik Melayu Malaysia. Tetapi buku ini benar-benar mengisi tajuknya iaitu Politik Melayu 1990-2000. Buku ini bukan sekadar tentang Melayu di Malaysia tapi juga banyak menyentuh poltik bangsa Nusantara di Indonesia. Ia menjelaskan nilai-niali yang membezakan Malaysia dan Indonesia dari kaca politik serta bagaimana politik mengasingkan dua daerah yang akrab ini.
Namun semakin lama buku ini semakin menjurus kepada budaya politik Malaysia yang berpaksikan politik ala UMNO, juga menerangkan mengapa politik Pas kurang mendapat tempat dipersekitaran politik tahun-tahun 90-an. Ia satu analisis yang banyak berpihak kepada UMNO, tetapi juga jujur dengan memberikan beberapa teguran serta tidak sentiasa melihat tindakan parti Melayu tertua di Malaysia itu betul.
Dari Berantakan Menuju Pembangunan; Politik Melayu 1990-2000
Related Posts:
Islam Melayu Komunis oleh Strategic Information Research DevelopmentISBN: 983253574-3 Penerbit: Strategic Information Research Development Ulasan buku ini terdapat di blog utama saya www.terfikiraku.blogspot.com. Buku… Read More
Siri Ucapan Penting: "masyarakat bebas daripada rasuah" tanggungjawab bersamaISBN: 983-54-0268 Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia Penulis / Pengarang: YAB Dato Seri Dr. Mahathir b. Mohamad Ini adalah buku kecil yang diterbi… Read More
Dari Berantakan Menuju Pembangunan; Politik Melayu 1990-2000ISBN: 967-61-0832-4 Penerbit: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd Penulis: Ahmad Atory Hussain Sudah lama tidak membaca buku ini. saya tidak … Read More
Wawancara Bersama Perdana Menteri : Kerajaan Perlukan Sokongan Padu Rakyat.ISBN: 983-54-0163-2 Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia Disunting oleh: Devaraj a/l Subramaniam Wawancara Bersama : Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir b … Read More
Perangai bergantung pada diri sendiri. Buku yang mengambil pendekatan jelas dengan tajuk yang tidak berselindung atau berpuitis iaitu 'Perangai bergantung kepada diri sendiri'. sepastinya… Read More
0 comments:
Post a Comment