ISBN: 983-54-0163-2
Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia
Disunting oleh: Devaraj a/l Subramaniam
Wawancara Bersama : Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir b Mohamad
Panel: 1. Tuan Syed Amin Al-Jefri
2. Prof. Hamdan b Adnan
3. En Chua Yew Kay
Buku ini saya dapatkan ketika aktif berdebat diperingkat kebangsaan. Ini buku yang amat lama. diterbitkan pada tahun 1999 atau 2000. Tak sangka sudah berbelas tahun buku ini terselit di almari buku. Buku ini kecil sahaja. Tapi kandungannya amat besar. Ia menjawab persoalan yang menjadi pokok masalah ekonomi, politik dan sosial Malaysia hari ini. Mahu tidak mahu, kita harus akui rentetan peristiwa sepanjang 1997 menjadi punca kepada banyak masalah yang kian membiak dan berakar dalam masyarakat kita hari ini.
Jadi kita harus kembali kepada tempoh masa asal masalah itu bermula. kerana seorang bijak pandai bernama George Santayana pernah berpesan 'Jika kamu melupakan sejarah, kamu akan dihukum mengulanginya semula".
Masih ingat serangan terhadap Ringgit Malaysia pada tahun 1997? Penolakan tawaran bantuan IMF? Dasar mengikat nilai Ringgit? Dana Khas Negara, dimana rakyat Malaysia ketika itu mengumpul duit untuk didermakan kepada negara? Penubuhan MTEN dan rancangan-rancangan yang dibuat oleh MTEN utk mengatasi hambatan kejatuhan ekonomi Malaysia? Semua ini dijawab oleh Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika itu.
Pada penghujung wawancara Dr Mahathir berkata "...apabila kerajaan membuat satu-satu keputusan, akan ada kritik, tetapi majoriti akan menyokong kerajaan dan dengan itu tindakan kerajaan akan lebih berkesan. Inilah harapan saya iaitu dengan meneruskan sokongan kepada kerajaan dan tidak mencetuskan huru-hara, rusuhan, mogok dan sebagainya, kita akan dapat mengatasi masalah ini yang kita hadapi ini."
Wawancara Bersama Perdana Menteri : Kerajaan Perlukan Sokongan Padu Rakyat.
Related Posts:
Perlembagaan Malaysia Diterbit dan dicetak: MDC Publisher Printers Sdn Bhd Ini adalah satu buku penting yang harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Buku ini saya beli… Read More
Revolusi Istana dan Rakyat.ISBN: Tidak ada Penerbit: Al Shuhaimi Penulis: S.H.Alattas Ini adalah buku plitik pertama yang saya baca. Saya membacanya ketika masih di sekolah ren… Read More
Siri Pengetahuan Am: Madah Perdana Penggerak BangsaISBN: 983-54-0349-X Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia Penyunting: Amidah Hamim Pemadah: Tun Dr Mahathir Mohamad Ini adalah nyawa saya, ketika say… Read More
Melayu Perlu Berubah (wawancara khas bersama Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz, mengenai RMK-9) Teks asal: Mingguan Malaysia (9 April 2009) Suntingan: Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia. Pak Ungku bercerita tentang k… Read More
Dari Berantakan Menuju Pembangunan; Politik Melayu 1990-2000ISBN: 967-61-0832-4 Penerbit: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd Penulis: Ahmad Atory Hussain Sudah lama tidak membaca buku ini. saya tidak … Read More
0 comments:
Post a Comment