Wednesday, December 11, 2019

Harry Potter and the Cursed Child

ISBN : 9781338099133
Penerbit: Arthur A. Levine Books

Ini adalah buku Harry paling mahal yang saya beli, lama juga saya tunggu harganya turun, tapi buku ini tak turun harga ia kekal dalam buku kulit tebal dibungkus kertas nipis warna kuning. They should make a paperback version. Hingga saya jumpa buku ini di Big Bad Wolf tahun lepas pada harga RM70.00, pejam mata beli sajalah.

Untuk buku ini saya berikan sinopsis. Buku ini bukan novel biasa sebaliknya ia adalah naskhah screenplay atau bahasa mudah ia ditulis dalam bentuk skrip. Screenplay ini tidak dibawa ke layar perak sebaliknya dipentas di panggung teater.

Dalam buku ini membawa kisah Harry yang telah dewasa, berkerja, berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Fokus buku ini bukan pada Harry sebaliknya pada anak kedua Harry, Albus Severus Potter. Albus adalah berbeza dari anak-anak Harry yang lain. Semasa mendaftar masuk ke Hogwart, Albus ditempatkan dalam rumah Slytherin. Malah sahabat baik Albus ialah Scorpius Malfoy. Perkembangan ini menjadikan Albus sering tertekan dan menjauhkan diri dari keluarga.

Harry yang terlalu sibuk dengan pekerjaannya terlepas pandang hal-hal ini. sementelah wujudnya satu ramalan the cursed child, iaitu anak Voldemort yang dikatakan masih hidup dan merancang untuk mengembalikan kuasa Voldermort. Ia menambahkan kesibukan Harry di kementerian. Ramai menuduh Scorpius sebagai anak Voldemort. Ia menyebabkan hubungan Harry dan Draco tidak baik.

Masalah mula timbul apabila Albus terdengar pertengkaran diantara Amos Diggory yang menuduh Harry punca kematian anaknya, Amos mahu Harry berikan padanya time turner supaya dia boleh menyelamatkan Cedric.  Atas dasar kesian dan tidak suka pada Harry, Albus merancang untuk membantu Amos Diggory. Albus menyangka  dengan menggunakan time turner dia boleh menghidupkan kembali Cedric. Dia menyakinkan Scorpius untuk membantu dalam misinya. Semasa berada di atas keretapi untuk kembali ke sekolah  Albus dan Scorpius melarikan diri.

Misi pertama mereka ialah kembali ke london mencuri time turner dari pejabat Hermione yang ketika itu adalah Menteri Magik dan kembali ke masa Triwizard Tournament di cabaran pertama. Albus dan Scopius telah mensabotaj Cedric hingga kalah. Mereka berharap itu akan menghalang kematian Cedric.

Malangnya apabila mereka kembali ke masa asal berlaku perubahan besar, Harmione dan Ron tidak berkahwin sebaliknya Ron berkahwin dengan Padma Patil dan memiliki seorang anak bernama Panju. Albus pula kini adalah ahli rumah Griffyndor. Cedric pula kekal mati. Hasilnya Scopius dan Albus bergaduh dan hampir putus kawan.

Albus dan Scopius seterusnya merancang untuk membetulkan keadaan dan  menyelamatkan Cedric dari mati. Di misi kedua mereka pergi ke cabaran kedua di Triwizards Tournament dan memalukan Cedric di situ hingga Cedric tidak meneruskan cabaran ketiga. Selepas percaya misi mereka berjaya keduanya kembali ke masa asal. Tetapi Scopius mendapati dia balik seorang diri tanpa Albus.

Di masa asal Scorpius mendapati Voldemort kini hidup dan  menguasai dunia magik. Cedric yang mereka selamat telah menjadi seorang Death Eater selepas tidak dapat menerima dimalukan pada Triwizards Tournament dan telah membunuh Nevile Longbottom. Harry Potter pula mati dibunuh oleh Voldemort. Ini menjawab misteri kehilangan Albus. Albus bukan hilang, tetapi tidak lahir.

Scorpius kemudian bertemu dengan Prof. Snape yang masih hidup dan mengajar di Hogwarts. Melalui bantuan Prof. Snape, Scorpius bertemu dengan Harmione dan Ronald yang kini hidup dalam buangan dan menjadi pemberontak. Scorpius menceritakan apa yang terjadi, dengan bantuan mereka Scorpius dihantar kembali kepada Albus. Semasa membantu Scorpius ketiga mereka dibunuh oleh dementors yang diketui oleh Augurey. Scorpius berjaya kembali kepada Albus dan menghentikan Albus darimemalukan Cedric dan terus membawa Albus kembali ke masa asal. Scorpius memberitahu risiko yang akan berlaku jika mereka memalukan Cedric kepada Albus,

Seterusnya mereka merancang untuk menghapus time turner yang ada pada mereka supaya tiada sesiapa dapat kembali ke masa lampau. Malangnya sebelum sempat berbuat demikian Augurey muncul dan menculik mereka.

Harry dan Draco pada mulanya  bergaduh bila mengetahui anak-anak mereka hilang dari sekolah sekali lagi. Tapi kemudian dengan bantuan Harmione dan Ron mereka duduk bersama dan berusaha untuk menyelamatkan Albus dan Scorpius dari Augurey.

Harry being Harry, bila dia masuk campur semua masalah pun selesai. Malas nak taip dah sebenarnya. Kalau nak tahu siapa the cursed child dan siapa Augurey boleh beli buku ini. Saya baru tahu di Lazada buku ini dijual pada harga RM 40 sahaja. Sekarang pula jualan akhir tahun makinlah sakit hati saya. Ok Bye!

Zaid

Related Posts:

  • Puisi Zaman Jepun Aku terjumpa buku ni waktu belek-belek buku di PNM. Buku kecil ini menarik perhatian aku. Ia diterbitkan pada tahun 1978 oleh Dewan Bahasa dan Pusta… Read More
  • Transformasi Nasional 2050 Saya yakin ramai antara kita tidak memahami apa itu Transformasi Nasional 2050  atau  lebih&nb… Read More
  • Masa Depan Bosnia HerzegovinaSebuah buku yang ringkas jika anda ingin mngetahui tentang sejarah penubuhan negara-negara Balkan. walau pun tajuknya tentang Bosnia. Melalui buku ini… Read More
  • Yang Nakal-Nakal Sebuah antologi cerpen Usman Awang oleh penerbit indie. Cubaan untuk menunjukkan sisi nakal karya Sasterawan Negara kita. Memang ada beberapa karya … Read More
  • Dari Beirut ke Jerusalemini sebuah buku yang sangat baik. ia ditulis oleh seorang warga Singapura yang kini hidup dalam buangan di England. Dr Ang Swee Chai merupakan penerim… Read More

0 comments:

Post a Comment