Tuesday, December 10, 2019

Panduan Qiamullail


ISBN : 9789830421872
Penerbit : JAKIM

Buku ini ditemui secara tidak sengaja semasa buat net/blog walking. Ia sebuah buku yang sangat baik oleh JAKIM. Buku ini boleh didapatkan secara percuma dari laman web mereka.

Buku ini menerangkan apa itu amalan Qiamullail, apakah kelebihannya dan amalan-amalan sunat semasa qiamullail. Bagi yang tidak tahu qiamullail secara literi bermaksud bangun malam. Ia adalah amalan sunat yang dilakukan oleh umat Islam dengan cara bangun malam bertujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

Turut disenarai dan diajar ialah cara mengerjakan solat-solat sunat untuk dilaksanakan sepanjang berqiamullail. Solat tersebut ialah:
1. Solat Sunat Awwabin
2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat  Hajat
4. Solat Sunat Taubat
5. Solat Sunat Tasbih
6. Solat Sunat Witir

Secara peribadi saya anjurkan buku ini disimpan dalam telefon atau peranti masing-masing. Selain lakukan yang wajib ayuh buat yang sunat. Kerana yang sunat itu dapat mengangkat darjat seorang mukmin ke tempat yang terpuji di akhirat kelak.

InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment