Thursday, March 2, 2017

Masa Depan Bosnia Herzegovina

Sebuah buku yang ringkas jika anda ingin mngetahui tentang sejarah penubuhan negara-negara Balkan. walau pun tajuknya tentang Bosnia. Melalui buku ini kita memahami sejarah penubuhan negara Yugoslavia. kenapa ia dinamakan Yugoslavia. Juga tentang punca runtuhnya negara ini.

Seperti tajuknya kita tahu kecenderungan buku ini adalah tentang nasib negara islam di Balkan. Iaitu Bosnia-Herzegovina, Kosovo dan Sanjak juga tentang layanan yg diterima oleh negara-negara ini semasa masih berada di dalam kesatuan.

Buku ini tidak bercerita tentang perang antara Bosnia dan Serbia atau perang antara Kosovo dan Serbia secara terperinci, tetapi lebih kepada punca kenapa peperangan itu tercetus. Ia juga menulis serba sedikit tentang Slovakia dan Croatia yang lebih awal melepaskan diri dari cengkaman Serbia.

Turut ditulis tentang layanan berat sebelah yang diterima oleh negara-negara Islam dari negara tetangga di Eropah kerana perbezaan agama mereka.

Buku ini tidak menulis perkara yang baik-baik tentang Serbia - obviously!!! apalah zaid! tapi jujur secara peribadi ia kurang berlaku adil pada Serbia. mereka mungkin tamak hingga membawa mudarat kepada orang lain. Tetapi tidak bermakna mereka  tidak ada kebaikan langsung.

Orang Islam pula sepatutnya perlu pintar, segera, rajin berfikir, berfikir dan buat apa yang difikir juga cekap. Sikap bergantung kepada orang lain, sikap tunggu dan lihat dan tidak mahu buat keputusan, sikap mahu meniru -jika orang lain buat dan berjaya baru nak ikot. Sikap mahu jadi penurut bukan pemimpin perlu dibuang.

Dalam situasi negara Yugoslavia, yang paling ditindas adalah negara orang islam, tetapi yang buat keputusan mahu meninggalkan persekutuan ialah Croatia dan Slovakia pelik tak? Bertahun-tahun ditindas mereka rela saja. Tetapi bila lihat Croatia dan Slovakia berjaya keluar dari persekutuan barulah mahu meniru.

Sikap lemah inilah yang memudaratkan banyak negara Islam hari ini. Kepala negara kebanyakkan negara Islam dewasa ini ramai yang pengecut dan tidak suka berfikir. (yang gila harta, jual negara, korupsi dan seangkatannya saya tidak mahu sentuh) 🙄.

buku ini ditulis pada tahun 1994.

p/s
1. at the end Serbia got the punishment they deserve.

2. Bosnia and the rest of Yugoslavia except Serbia got what they want.

Pendapat aku lagi, dunia lebih baik jika manusia tidak tamak.

0 comments:

Post a Comment