Saya beli buku ini selepas dicadangkan oleh seorang rakan, tahun lepas, di Pesta Buku Antarabangsa (sila baca - Kampung) Kuala Lumpur, yang diadakan di tapak pasar buah-buahan, pokok-pokok dan sayur-sayuran MAEPS Serdang.
Saya pergi ke MAEPS utk pesta buku 2 kali. Kali pertama untuk tugas rasmi dan kali kedua saya pergi untuk membeli. Saya pilih waktu malam hari Jumaat, dari pejabat di KL saya drive dalam kesesakan lalu lintas. Saya sanggup bersusah-susah begini, daripada terseksa dibakar garing oleh matahari. Selalunya saya lepak pesta buku sehari semalam, tp tahun lepas saya tunggu sejam setengah saja. Kenapa? Semua yang pergi pesta tahun lepas tahu kenapa 😏😏😏.
Thanks god this year the organizer got their sense back! PBAKL return to PWTC.
Berbalik pada buku melihat api berkerja, buku ini adalah karya M Ann Mansyur seorang pemuisi terkenal di Indonesia. Kali pertama saya baca errr.... ok saya baca kali kedua, mungkin sebab perbezaan bahasa dan dialek saya baca beberapa kali. Dan bila saya faham wow puisi-puisi beliau bagus. Saya suka. Gaya tulisannya berbeza dari Usman Awang atau Chairil Anwar. Ini dua pemuisi yang sentiasa jadi penanda aras saya dalam memilih puisi.
Tapi M Ann Mansyur berbeza, sajak beliau banyak yang menarik, sangat panjang dan kadang-kadang seperti membaca anekdot hahaha. Karya yang baik kenapa mahu dinafikan. Setelah hadam gaya tulisan beliau saya baca buku ini sampai habis dan saya ada beberapa puisi yang sangat saya suka dari kumpulan ini.
Antaranya ialah:
Sejam Sebelum Matahari Tak Jadi Tenggelam
Catatan Seorang Pedagang Di Pasar Terong Makasar; dan
Mengingat Pesan Ibu
Saya belanja anda puisi Mengingat Pesan ibu, sebab sajak ini pendek berbanding yang lain... 😂🤣
Mengingat Pesan Ibu
Setelah sampai di perhentian terakhir sajak ini,
Kau ingat pesan ibumu
Seluruh yang kau miliki bukan yang kau mau.
Seluruh yang kau mau bukan yang kau butuh.
Seluruh yang kau butuh bukan yang mampu kau jangkau.
Seluruh yang mampu kau jangkau luruh dan sia-sia belaka.
"berhenti, jangan berangkat sebelum tiba," katanya.
M Ann Mansyur
Friday, March 3, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment