Saya sebenarnya tidak tahu tentang Sonnet. Kali pertama saya baca tentang sonnet ialah di Perpustakaan Negara di bahagian Koleksi Nadir. Nadir tu apa? Menurut pustakawan bertugas Nadir adalah koleksi yang tidak lagi dicetak, sukar dijumpai dan mestilah berusia lebih dari 50 tahun, dalam bahasa Inggeris Rare Collection.
Di situlah kali pertama saya lihat sebuah buku terjemahan pantun Melayu ditajukkan sebagai Malays Sonnets. Sonnet tu pantun kah? Bukan... sonnet bukan pantun, sonnet juga bukan gurindam, walau pun sesekali ia kelihatan seperti gurindam. Ini bukan nota sastera, jadi saya ingin tulis tentang 35 sonnets sahaja.
Tapi sebelum itu sedikit definisi sonnet mengikut Poets.org. Sonnet adalah sejenis puisi tradisional yang mesti ditulis sebanyak 14 baris dan secara beritma. Terdapat dua jenis sonnet yang menjadi model kepada sonnet-sonnet yang lain iaitu Petrarchan dan Shakespearean. ia diambil sempena dua pemuisi tersohor iaitu Petrarch (pemuisi Italy) dan Shakespeare yang terkenal itu.
Baiklah, 35 Sonnets adalah buku yang ditulis oleh Fernando Antonio Nogueira Pessoa, atau lebih terkenal sebagai Fernando Pessoa. Sejelasnya terdapat 35 buah sonnet di dalam buku ini. Senang org dulu bagi tajuk buku ehh... org sekarang punye berfikir sampai terhasillah buku bertajuk kekasih aku pondan, Lelaki itu dudaku wooowwww..... (mata pandang atas).
Sebenarnya ini kali pertama saya baca sonnet jadi saya tak boleh nak tulis apa-apa, jadi belanja korang sonnet di Pessoa ni sajalah...
Sonnet VI (ko bayang, tajuk untuk setiap sonnet pun xde anyway ini yang saya paling suka)
As a bad orator, badly o'er-book-skilled,
Doth overflow his purpose with made heat,
and, like a clock, wind with withoutness willed
what should have an inner instinct's feat;
Or as a prose-wit harshly poet turned,
Lacking the subtler music in his measure,
Courting in alien speech the Muse's pleasure;
I study how to love or how to hate,
Estranged by consciouness from sentiment,
With a thought feeling forced to be sedate
Even when the feeling's nature is violent;
As who wouldlearn to swim without the river
when nearest to the trick, as far as ever.
Baca sonnet ini membuatkan saya cari2 di internet makna sebenar2nya sonnet2 ini. hurmm jadi kerja.
Wednesday, June 21, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment