Ini buku kumpulan puisi yang saya beli di PBAKL baru-baru ini. Hebatnya buku ini #SayaSangatSuka. Dah lama x baca buku sastera yang begitu membelai jiwa hingga seolah bila dibaca terasa amat merdu ditelinga. hahaha #gila.
Kumpulan puisi ini bukan sekadar menawarkan sajak malah juga beberapa gurindam. Terus terang menulis gurindam bukan mudah. Hanya mereka yang mahir dan punyai pembendaharaan bahasa yang tinggi sahaja boleh menulis gurindam.
Saya jatuh cinta dan tak dapat bangkit-bangkit lagi selepas membaca buku ini muka demi muka. Syahdunya.
Ramle Wahab memberi harapan baharu kepada pemuisi-pemuisi muda/baharu di Malaysia. Saya kira jika penulis-penulis indie penulis-penulis baharu ingin ambil sari pedoman inilah orangnya yang boleh ditanda aras. selain deretan sasterawan negara yang sedia ada. Bagaimana beliau sebagai penulis generasi sekarang boleh menggubah karangan baru kelihatan seperti karangan orang lama-lama. Susunan katanya beritma dan indah.
Saya suka, belum tentu orang lain pun suka. Tapi saya kira ini satu buku yang baik, patut dibaca semua. Subjek yang diketengahkan juga baik, ada nasihat, ada politik , ada pendidikan, ada kasih sayang, sedikit kisah kenegaraan dan juga isu sosial. Penulis yang baik boleh mentuturkan pelbagai bidang.
Sebab saya suka, saya belanja satu gurindam, bertajuk Bijaksana Melayu;
Pandai kayu ketamnya mutu
Pandai batu ukirnya jitu
Pandai besi leburnya serasi
Pandai emas canainya kemas
Pandai benang anyamnya tegang
Pandai kain tenunnya tulen
Pandai sulam tekatnya rimbun
Pandai solek andamnya molek
Pandai bahasa susunnya sekata
Pandai lagu gubahnya merdu
Pandai tari lenggongnya seri
Pandai silat tangkasnya kilat
Pandai tilik renungnya makrifat
Pandai tabib rawatnya mujarab
Pandai dagang labanya gemilang
Pandai kitab kuliahnya lengkap
Pandai tadbir arahnya mahir
Wednesday, May 17, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment