Ini adalah kumpulan sajak pertama yang saya baca dari penerbit indie. Saya saja jalan-jalan di MPH dan terjumpa buku-buku sajak yang diterbitkan oleh Selut Press. Kagum sekejab. Terdapat 91 buah sajak dikumpulkan dalam buku ini. Banyak juga untuk ditulis dari 2012 hingga 2016.
Membaca sajak yang ditulis oleh Arafat Hambali menarik saya keluar dari sajak-sajak Melayu yang biasa saya baca. Tapi itulah karya indie, mereka sering berbeza berbanding dengan karya-karya arus perdana.
Dari segi bahasa dan topik yang diketengahkan oleh kumpulan ini agak
lemah. Sajak-sajaknya banyak berkisar tentang kehidupan peribadi penulis
seperti kisah ibunya, isterinya, cintanya dan beberapa isu yang
mengocak politik tanahair.
Seni dan sastera tetap seni dan sastera, Ia perlu dirai, diperkaya dan pelbagai.
Tapi saya perlu juga mengambil kira ini sebagai sajak orang biasa (orang kebanyakkan) bukan sajak ahli sastera. Saya percaya kalau peluang diberikan secara berterusan tidak mustahil orang-orang berbakat ini akan cemerlang sebagai sasterawan satu hari nanti.
Penerbitan buku ini satu cubaan yang baik.
Tuesday, May 2, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment