ini komik kedua yang aku baca. Komik ini lebih pendek hanya 49 chapters. Ia adalah kisah percintaan remaja sekolah. Seronok pula membaca komik kan. Maklumlah selepas berpuluh tahun hidup atas dunia ni baru sekarang baca komik. 😂
Kisah komik ini ringkas saja tentang seorang remaja perempuan bernama Yoshioka Futaba. Seorang gadis yang comel dan menarik namun berpewatakan unladylike. Dia juga mempunyai dua orang rakan baik.
Alkisahnya si Futaba pernah menyimpan perasaan kepada rakan lelakinya semasa di jr high school - Tanaka Kou. Namun sebelum sempat meluahkan perasaan, Tanaka kun telah berpindah. Sejak itu Futaba seolah-olah menjauhi lelaki. Kecewalah ni.
Konflik bermula bila Seorang pelajar baru berpindah ke Sekolahnya. Pelajar itu kelihatan seperti Tanaka kun. Tetapi mempunyai nama berbeza iaitu Mabuchi Kou. Dalam masa yang sama Futaba bergaduh dengan dua orang Rakan baiknya bila Futaba menegur mereka dan mempertahankan seorang lagi rakan sekelas.
Akibatnya mereka tidak berkawan lagi. Futaba rasa sangat tertekan dan sunyi. Dia akhirnya cuba berbaik-baik semula dengan rakan-rakannya semula tetapi tidak diendahkan. Kou melihat Futaba sebagai seorang pathetic.
Pada penggal persekolahan yang seterusnya, Futaba ditempatkan satu kelas dengan Kou. Ini mengubah kehidupannya. Di kelas baharu itulah Futaba belajar erti persahabatan, percintaan dan merasai keseronokan hidup sebagai pelajar sekolah. Malah dia juga berjaya mengatasi masalah inferior complex yang dihadapinya.
Siapa Mabuchi Kou? bacalah sendiri 😜 i wont steal the excitment from you all.
Komik yang ringan sahaja. Jalan cerita pon mudah dijangka.,tapi seronok dibaca. Lukisan pun comel-comel.
Ao Haru Ride
Related Posts:
The Forgotten garden by Kate MortonThis is one of my favorite, old one, i found it recently, in fact 3 days ago. covered with dust, hahaha very the favorite la konon... i bought it back… Read More
Platun Harimau oleh Mohd Radzi Abd HamidISBN: 978-983-0415-8 Penerbt: Dewan Bahasa dan Pustaka Ia adalah sebuah novel perang yang agak menarik. Berkisar ketika tahun-tahun 1980 ketika ATM m… Read More
Sejarah 25 Rasul oleh Luqman HakimISBN: 967-5115-65-3 Penerbit: Al Hidayah Publication Sama seperti buku-buku tentang sejarah rasul-rasul yang lain buku ini juga sama. Ia bercerita te… Read More
Berani Gagal oleh Billi P.S.LimISBN: 983-9323-42-3 Penerbit: Hardknocks Factory Sdn Bhd Seperti tajuknya... buku ini adalah cerita tentang kegagalan yang pernah dilalui oleh penuli… Read More
Perangai bergantung pada diri sendiri. Buku yang mengambil pendekatan jelas dengan tajuk yang tidak berselindung atau berpuitis iaitu 'Perangai bergantung kepada diri sendiri'. sepastinya… Read More
0 comments:
Post a Comment