Wednesday, February 15, 2017

Dari Beirut ke Jerusalem

ini sebuah buku yang sangat baik. ia ditulis oleh seorang warga Singapura yang kini hidup dalam buangan di England. Dr Ang Swee Chai merupakan penerima anugerah (apa ntah lupa lak..) dari Malaysia di atas jasa bakti beliau dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestine. Beliau juga menerima pelbagai anugerah lain diperingkat antarabangsa di atas sumbangan beliau dalam membela nasib rakyat Palestine.

Pada asalnya Dr Ang merupakan seorang doktor perubatan yang sama seperti kebanyakkan orang yang lain. Yang melihat isu Palestine dari kaca mata media barat. Yang menyangka orang-orang Palestine adalah penjenayah. Sementara Israel adalah kumpulan yang teraniaya kerana berada ditengah-tengah negara-negara Arab dan perlu mempertahankan diri dari ancaman dan bahaya dari orang Palestine khasnya dan orang Arab amnya.

Namun pandangan ini berubah 100% selepas beliau mengikuti satu ekspedisi kemanusiaan di kem pelarian orang Palestine di Lubnan. Dr Ang menyaksikan sendiri penderitaan orang Palestine dan melihat sendiri kezaliman yang dilalui mereka, menyebabkan beliau tidak menoleh kebelakang dan sehingga hari ini menjadi penyokong kuat orang Palestine.

Beliau juga berpengalaman menyaksikan sendiri serangan ke atas kem Sabra dan Syatila di Lubnan. Yang mana dia terperangkap bersama-sama orang-orang Palestine di sana. terpaksa melakukan pembedahan demi pembedahan untuk menyelamatkan nyawa dalam keadaan hospital yang daif yang telah di bom. ubat dan darah sentiasa tidak mencukupi. Ini sangat menyayat hati Dr Ang.

Buku ini adalah catatan beliau mengenai pengalaman membantu orang-orang Palestine di Kem Sabra dan Shatila. juga pengalaman berhubung dengan polis dan tentera negara Arab  dan Israel untuk membantu orang Palestine.

Membantu orang Palestine tidak mengubah agama Dr Ang. beliau tetap kekal seorang Kristian yang taat. Isu Palestine bukanlah isu agama. Ia adalah isu kemanusiaan. Jika pada binatang dan hutan kita mampu menaruh simpati, manusiakah kita jika tidak kecewa dan simpati melihat manusia dikurung dan dibunuh sewenang-wenangnya?

pendapat saya lah
:Ketahuilah negara-negara Arab itu bukanlah rakan orang Palestine. Syria, Lubnan, Mesir.... tiap tgn kepala kerajaan mereka ada darah orang Palestine. Satu-satunya pemimpin negara Islam yang konsisten dalam memperjuangkan nasib Palestine yang saya ketahui ialah Tun Dr Mahathir, bekas PM kita. Sebab itulah sewaktu Yasser Arafat diserang dan terkurung dipejabat beliau, Tun Mahathir adalah pemimpin pertama yang dihubunginya untuk meminta tolong.

Related Posts:

  • Love : The Joy That Wounds, The Love Poems of Rumi ISBN: 9780285643321 Penerbit: Souvenir Press Ini adalah buku sajak tulisan Maulana Jalal-Ud-Din Rumi, atau lebih dikenali sebagai Rumi, beliau adal… Read More
  • Panduan Qiamullail ISBN : 9789830421872 Penerbit : JAKIM Buku ini ditemui secara tidak sengaja semasa buat net/blog walking. Ia sebuah buku yang sangat baik oleh JAKI… Read More
  • Last Night I Dreamed of Peace ISBN: 9780307347381 Penerbit : Three Rivers Press Buku ini adalah sebuah diari yang ditulis oleh seorang doktor yang berkhidmat dengan pejuang komu… Read More
  • Politik Kandang ISBN : 9789674304249 Penerbit : ITBM Ini adalah buku tulisan George Orwell yang sangat popular itu - The Animal Farm. Ia adalah satira politik yang… Read More
  • Catatan seorang demonstran ISBN: 9793330333 Penerbit : LP3ES Merupakan diari seorang lelaki bernama Soe Hok Gie. Beliau merupakan seorang mahasiswa Universiti Indonesia … Read More

0 comments:

Post a Comment