Sebuah antologi cerpen Usman Awang oleh penerbit indie. Cubaan untuk menunjukkan sisi nakal karya Sasterawan Negara kita. Memang ada beberapa karya Usman Awang yang nakal tetapi tetap sopan dan dengan bahasa dan budaya Melayu yang kuat. Cerpen Usman Awang sentiasa segar, tajam dan ideal.
Yang nakal-nakal menghimpunkan 17 cerpen dan 8 sajak Usman Awang. Antaranya ialah Betisnya Bunting Padi, Koktel, Pertemuan dan Budi. Menurut penerbit Buku ini, cerpen yang diterbitkan mereka bukanlah karya bercitra murni atau karya sastera yang digunakan untuk subjek sastera di sekolah. (Saya tidak tahu kalau2 ini ayat orang meniaga 😊- maklumlah generasi muda hari ini suka terlihat berbeza dan berada disisi kiri jalan)
Jika anda biasa membaca karya Usman Awang, carpen-cerpen yang disajikan dalam buku ini tidaklah asing. Ia cerpen dan sajak yang kerap diulang cetak oleh DBP dalam antologi-antologi cerpen Usman Awang.
Apa yang menarik dalam carpen tulisan Usman Awang adalah gaya bahasa yang digunakan dan pembendaharaan kata yang tinggi. Saya kira ia karya yang perlu dirujuk oleh ramai penulis muda hari ini. Ia harus dijadikan sebagai panduan dan penanda aras.
Bagi saya tiada karya Usman Awang yang picisan. Yang nakal seperti ditajukkan pada antologi ini memang ada. Itulah yang menjadikan Usman Awang sasterawan kita yang penuh warna. Beliau bukan sekadar menulis karya sastera tinggi, kisah biasa-biasa pun ditulisnya, tetapi bila dibaca, kita terpesona dan hanyut dalam tulisan beliau. Itulah karya sastera.
Satu lagi yang perlu dipelajari oleh penulis muda ialah pemilihan tajuk karya. Saya sudah bosan dengan novel bertajuk 'Si Tongong Itu Suamiku' atau 'Kekasihku Bodoh-Bodoh Alang'. Begitu juga dengan subjek yang diutarakan. Sudah-sudahlah dengan kisah kahwin paksa atau jatuh cinta selepas kahwin atau cerita-cerita datuk datin serta dunia korporat khayalan yang penuh imaginasi.
Cuba lihat cerpen Usman Awang, subjek yang diutarakan sangat pelbagai. Dari perihal.rakyat kecil hingga kepada urusan pemimpin negara. Dari kisah masyarakat kampung berkelahi kepada hal perpaduan kaum dalam negara. Juga kisah nasib si penoreh getah, nasib polis berpangkat rendah sampai nasib banduan ISA juga dijadikan subjek karya. Tak cukup memperjuangkan manusia nasib haiwan dan pokok juga ditulis oleh Usman Awang. Belajarlah.
Bagus dan saya sangat suka bila karya Usman Awang diterbitkan semula. Ia memberi peluang penulis muda belajar apa itu karya bermutu tinggi. Bakat saja kadang-kadang tidak cukup. Ilmu itu penting. Selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia membaca karya yang bermutu dan baik.
Mungkin boleh difikirkan untuk menerbitkan semula antologi sajak Usman Awang yang sangat banyak itu. Antologi sajak beliau kini tiada dipasaran, hanya boleh dibaca diperpustakaan. 😭.
P/s Al-Fatihah buat allahyarham Dato' Usman Awang.
Yang Nakal-Nakal
Related Posts:
Perlumbaan Kedua oleh Marwilis YusufISBN: 983-62-3038-6Penerbit: Marwilis Publisher & DistributerBuku ini adalah sindiran tajam terhadap kelaku dan kelakah Manusia dalam lakunan haiw… Read More
Cerpen Sastera.Sejak di bangku sekolah saya memang sukakan cerpen yang disiarkan pada ruangan Sastera Utusan Malaysia. Tapi sejak kebelakangan ini saya agak ketingga… Read More
Kenapa Allah murka oleh Mohammad Qayyum A BadaruddinISBN: 978-983-44177-0-3Penerbit: Ecportal Dot BizCuba mengupas bencana alam yang kian menjadi-jadi mutahir ini sebagai tanda kemurkaan Allah kepada um… Read More
Budaya Yang TercabarISBN: 978-983-62-9372-5 Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Penulis: Shamsul Amri Baharuddin Ini adalah himpunan tulisan oleh Shamsul Amri yang disiar… Read More
Into the 21st Century Selenggaraan Ahmad Faiz Abdul RahmanISBN: 983-9099-27-2Penerbit: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)Ia merupakan sebuah buku yang menghimpunkan tulisan-tulisan bernahu Islam oleh be… Read More
0 comments:
Post a Comment