Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembusi kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Berlari hingga hilang pedih peri
Dan aku Akan lebih tak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi
Saya hafal sajak ini. Ini adalah petikan dari rangkap akhir sajak bertajuk "Aku" karya Chairil Anwar. Seorang penulis sajak Indonesia dari angkatan 45. Saya peminat habis -habisan Chairil Anwar dari kali pertama terjumpa dan terbaca sajak beliau di perpustakaan UMS pada tahun 2001.
Sejak itu saya sentiasa mengagumi sajak-sajak beliau, seperti mana saya menyanjungi sajak-sajak Usman Awang. Sayang nya Chairil Anwar mati muda, jadi kumpulan sajak beliau tidak banyak. Pada pendapat saya secara peribadi karya-karya Chairil amat bermutu. Saya yakin ramai lagi yang berkongsi pandangan ini.
Bagi saya hingga kini beliau tidak ada tandingan walaupun dalam kalangan penyajak Indonesia hari ini. Saya ada baca sedikit sebanyak sajak dari penulis-penulis Indonesia semasa saya ke sana. Ada juga yang saya baca melalui internet. Boleh tahan. Tapi mungkin Chairil Anwar di hati Ku tiada tandingan. ✌️. Well Ann Mansyur boleh tahan juga, mereka berada dikelas tersendiri, tidak Advil jika dibandingkan.
Buku ini adalah kompilasi karya Chairil Anwar yang lengkap berbanding banyak lagi buku-buku beliau yang lain. Jika anda peminat sastera melayu/Indonesia saya kira anda perlu baca sajak Chairil Anwar, sajak-sajak beliau bebas dan tidak terikat dengan tatabahasa dan gaya penulisan dan nahu bahasa. Sajak beliau unik dan tersendiri.
Iya betul, saya pengagum Chairil Anwar. Titik.
"Kerna kau tidak Akan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka"
0 comments:
Post a Comment