Notes To The Prime Minister
Buku ini saya baca beberapa tahun yang lalu. Tapi bila tiba-tiba kes forex BNM meletup di media massa, saya teringat dan terfikir untuk menulis tentangnya. Dalam buku ini ada menyentuh tentang kes tersebut serta kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara pada ketika itu. Untuk nota, si perlaku telah meletakkan jawatan dari BNM selepas kerugian tersebut.
Saya pasti ramai yang tidak pernah baca buku ini. Namun saya tidak mahu bercerita perihal yang hangat dimainkan dikaca tv atau akhbar. Sebaliknya mahu memberi sedikit sinopsis buku dan pendapat peribadi.
Sejujurnya ini adalah buku yang bagus untuk belajar ilmu ekonomi. Lebih tepat untuk belajar ilmu dagangan mata wang dan untuk mengetahui Mengapa Kerajaan menentang arus dunia dan mengambil keputusan untuk menambat ringgit.
Kisah buku ini dimulakan dari cerita Tan Sri Nor Mohamed tentang bagaimana beliau dilibatkan oleh Tun Dr Mahathir, perdana menteri ketika itu untuk mencari kaedah bagi menyelamatkan ringgit dan ekonomi negara.
Menurut Tan Sri Nor Mohamed, semasa Tun Dr Mahathir dalam perjalanan ke Argentina beliau ternampak Tan Sri Nor sedang berjalan. Tun Mahathir terfikir mungkin Tan Sri Nor boleh menerangkan kepada beliau tentang perdaganganan mata wang dan mungkin cara untuk menangani nya. Tun kemudian meminta setiausaha peribadi nya menghubungi Tan Sri Nor dan meminta beliau datang menemuinya di Argentina .
Untuk beliau pergi menemui Tun Mahathir bukanlah mudah. Sejam selepas setiausaha Tun menghubunginya, Tan Sri Nor dihubungi pula oleh pegawai dari MOF yang menasihatkan beliau supaya tidak pergi berjumpa dengan Tun Mahathir di Buenos Aires . Tetapi selepas membuat pertimbangan akhirnya beliau terbang ke Argentina.
Sesampai di Argentina, Tun memberikan Tan Sri Nor masa selama dua jam untuk menerangkan tentang spekulator mata wang, bagaimana perdagangan mata wang dijalankan, tentang bagaimana mata wang dipinjam dan dijualkan, bagaimana Dana Boleh dipindahkan dari sebuah negara ke negara yang lain dengan satu klik sahaja dan cara-cara untuk mengaut untung.
Selepas itu Tun Mahathir telah meminta Tan Sri Nor untuk menuliskan nota tentang segala yang mana dijelaskan itu dan harus diberikan kepada Tun pada keesokan paginya. Itu adalah nota pertama dari Tan Sri Nor kepada Tun Mahathir.
Nota-nota seterusnya disediakan untuk Tun sehingga beliau mahir dalam selok belok perdagangan mata wang, menurut Tan Sri pertemuan di Argentina telah membuka jalan kepada sesi beliau bersama Tun Mahathir secara berkala, serta meerkats berdialog hampir setiap hari. Walaupun ramai tidak bersetuju dengan cadangan beliau tetapi Tun Mahathir bertegas untuk mencuba cadangan yang diberikan oleh Tan Sri Nor Mohamed.
Menurut penulis buku ini, Wong Sulong, hasil dari nota-nota itu (ditambah pula Tun M adalah Pelajar yang rajin dan Bijak) PM nampak sangat tahu dan mahir tentang ekonomi semasa ditemubual oleh sebuah stesen tv bagi menjelaskan tentang spekulasi mata wang dan kenapa penambatan ringgit harus dilaksanakan oleh kerajaan. Saya juga salah seorang penonton ketika itu dan saya sangat setuju ✌️.
Menurut Tan Sri Nor, nota-nota tersebut disediakan secara percuma untuk Tun Mahathir 🤣. Saya tahu kenapa, sebab kerajaan tidak ade punca kuasa untuk bayar LO pada Tan Sri. LO tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya. Tan Sri ketika itu hanyalah penasihat ekonomi tidak rasmi kepada Perdana Menteri.
Saya yakin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Tun Mahathir boleh terfikir yang Tan Sri Nor mampu membantunya menangani spekulator mata wang. Jawapannya ialah kerana Tan Sri Nor adalah salah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerugian dagangan mata wang yang dijalankan oleh BNM. Boleh dikatakan beliau adalah pakar dari BNM dalam urusan dagangan mata wang, dan beliau terlibat secara langsung untuk berada dipihak yang salah semasa peristiwa serangan ke atas mata wang Pound Sterling oleh speculator mata wang tahun 1992. Keputusan yang menyebabkan BNM dan negara kerugian billion ringgit. Maknanya, he knows how bitter forex is.
Tun Mahathir pernah katakan, " it is indeed a strange twist of history that this costly experience in the foreign exchange market provided Malaysia with knowledge and skill required to implement the selective exchange control regime to frustrate the currency trader and help the country's economic recovery"
Menurut Tan Sri Nor, 'costly experience' itu merujuk kepada kerugian yang ditanggung oleh negara dalam kesilapan berdagang mata wang oleh BNM. Tapi buku ini tidak pernah beritahu berapakah kerugian yang dialami oleh BNM ketika itu 🤢. Namun Tun Mahathir pernah beri tahu dalam buku beliau yang lain bahawa negara mengambilan masa 10 tahun untuk pulih dari kerugian BNM itu.
Buku ini sangat bagus untuk dibaca seluruh rakyat Malaysia. Supaya anda tahu:-
1. Tiada jalan mudah untuk berjaya.
2. Ilmu adalah penting jika mahu berjaya
3. jika anda ingin memenangi sesuatu pertandingan, anda harus belajar ilmu, cara dan syarat2 untuk pertandingan tersebut dan dan berlawan lebih baik dari orang lain
4. penting untuk tahu tidak salah untuk mengambil keputusan berbeza dari orang lain atau tidak popular.
5. Buatlah cara Kita. Inikan negara kita, buat je cara kite. ( lagu faizal tahir)
<-- faizal="" lagu="" p="" tahir="">
Dilema orang Malaysia ialah kita tidak gemar membaca, lebih suka kepada gosip. Oleh itu mereka mudah diperlekehkan dan mudah sangat terbeli cerita sensasi. My two cent.
#startreadingmalaysian
-->
0 comments:
Post a Comment