ISBN: 9793330333
Penerbit : LP3ES
Merupakan diari seorang lelaki bernama Soe Hok Gie. Beliau merupakan seorang mahasiswa Universiti Indonesia dari fakulti Sastera yang giat dalam bidang politik. Juga salah seorang tulang belakang dalam demonstrasi jalanan mahasiswa Indonesia yang berjaya menjatuhkan Presiden Soekarno pada masa itu.

Catatan diari ini bermula dari zaman Gie masih dibangku sekolah. Menurut abang beliau Arief Budiman, menulis dan membaca memang menjadi hobi Gie. Hobi ini menjadikan Gie seorang yang sangat kritis dan analitik.
Dan mungkin kerana itulah buku ini sangat menarik dibaca dan mudah dihadam. Kadang terlupa yang ia adalah sebuah diari.
Dalam diari ini Gie bukan sekadar menulis tentang kehidupan harian dan rakan-rakan beliau. Malah juga dipenuhi dengan pendapat peribadi, idea dan harapan untuk bangsa Indonesia yang lebih baik.
Sayang banyak catatan asal dari diari ini dikatakan hilang. Ada juga yang terpaksa dikeluarkan bagi mendiamkan beberapa perkara yang mungkin akan menjejaskan mereka yang masih hidup.
Iya betul, Soe Hok Gie sudah meninggal dunia. Beliau meninggal pada usia yang sangat muda akibat terhidu gas beracun di Gunung Semeru. Kalau beliau masih ada masakan diari ini boleh dibukukan.
Sebuah buku yg sangat baik. Saya cadangkan dibaca. Ikhlas dan pedas. Baca buku ini dan lihat Indonesia yang hari ini, saya kira banyak yg ditulis oleh Gie masih sgt relevan.
Bukan di Indonesia saja, kita di Malaysia pun boleh belajar banyak dari diari ini.
Ps --> Buku ini telah difilemkan. Pelakonnya Nikolas Saputra. Tapi sejujurnya dinasihatkan baca buku ini terlebih dahulu sebelum menonton filem Gie. Tak berbaloi melihat Gie dari sudut pandang sutradara. Dia lebih dari itu (saya kira).

0 comments:
Post a Comment