ISBN: 977600508X
Penerbit: Dar Al Manarah
Penulis: Ibn Katheer
Terjemahan: Tamir Abu As -Suood Muhammad
Buku ini ditulis untuk memberi pencerahan mengenai Jesus p.b.u.h (disebut Nabi Isa a.s selepas ini) dari kacamata Islam. Ia sesuai untuk bacaan orang Islam dan Kristian untuk memberi lebih pemahaman mengenai insan yang amat tinggi kedudukannya disisi Allah ini.
Islam memandang tinggi pada Nabi Isa a.s sebagai rasul Allah (pesuruh Allah) dan nabi yang akan turun menyelamatkan umat akhir zaman sebelum dunia ini kiamat.
Melalui buku ini diterangkan ayat-ayat Al Qur'an yang mana Allah S.W.T menegaskan berkali-kali bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang manusia, seorang pesuruh Allah yang dihantar untuk memberi peringatan kepada manusia zamannya.
Antaranya di dalam surah Maryam dan Ali Imran Allah S.W.T menerangkan penciptaan Nabi Isa a.s yang dilahirkan tanpa bapa. Tiada apa yang mustahil bagi Allah S.W.T, Jika Allah S.W.T boleh menciptakan bumi dan seisinya, mencipta Nabi Isa a.s tanpa kehadiran seorang bapa adalah amat mudah bagi Allah S.W.T. Malah Allah S.W.T yang menciptakan Nabi Adam a.s tanpa kehadiran bapa atau ibu dan menciptakan Hawa (eve) tanpa kehadiran perempuan.
Turut diterangkan salasilah Nabi Isa a.s yang datang dari keturunan Nabi Yaakub-Nabi Daud-Nabi Sulaiman iaitu keluarga Imran. Ibu Nabi Isa a.s, Maryam adalah anak kepada Imran, saudara Nabi Zakaria a.s. Selepas Maryam dilahirkan beliau telah diserahkan bawah jagaan Nabi Zakaria a.s. Maryam telah dibesarkan dan dididik oleh Nabi Zakaria a.s di Masjid Al-Aqsa dan menjadi seorang yang amat alim dan beriman dikalangan kaumnya.
Buku ini juga menceritakan kasih sayang Allah S.W.T kepada Maryam, hingga setiap kali Nabi Zakaria a.s datang melawat Maryam di tempatnya akan sentiasa ada makanan dan buah-buahan (termasuk yang off season) disampingnya. Apabila ditanya dari mana kamu dapati makanan ini? Maryam menjawab ia daripada Allah S.W.T, Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Kemudian Malaikat Jibrail datang menemui Maryam dan memberi khabar mengenai anaknya Nabi Isa a.s. Selepas Nabi Isa a.s dilahirkan beliau dikurniakan beberapa mukjizat, antaranya Nabi Isa a.s boleh berkata-kata semasa masih bayi, mukjizat inilah yang melindungi ibunya dari menjadi mangsa umpat masyarakat yahudi. Ayat pertama yang dituturkan oleh Nabi Isa a.s ialah "I am indeed a servant of Allah" Nabi Isa a.s juga memberitahu "Allah s.w.t is my lord and your lord, Him therefore serves ye, this is a way that is straight".
Al Qur'an menegaskan berkali-kali tentang kesucian dan keimanan Maryam adalah tidak diragui. Terdapat juga beberapa riwayat yang menceritakan tentang kebijaksaan Maryam dalam menjawab mereka yang mempertikaikan perihal bagaimana beliau bunting.
Dalam buku ini juga dijelaskan tentang fahaman ahli kitab tentang Nabi Isa a.s:
1. Sebahagian menyakini Nabi Isa a.s adalah anak haram kepada Maryam - golongan Yahudi
2. Sebahagian lagi meyakini Nabi Isa a.s adalah jelmaan tuhan - golongan Jacobites
3. Sebahagian meyakini Nabi Isa a.s adalah anak tuhan - golongan Nestorians
4. Sebahagian mempercayai Nabi Isa a.s adalah salah satu dari tuhan konsep Trinity - golongan Kristian
5. Sebahagian mempercayai Nabi Isa a.s adalah pesuruh Allah - Golongan Muslim
Dalam buku ini juga membincangkan ayat-ayat Allah di dalam Al Qur'an yang menegaskan bahawa Allah adalah tuhan yang esa (tuhan yang satu). Allah tidak beranak dan tidak diperanakan. Juga disenaraikan maukjizat dab bantuan yang diberikan Allah kepada pada nabi dan pesuruhnya.
Juga diceritakan mengenai kisah Nabi Isa a.s akan diturunkan ke bumi dan menjadi hakim yang adil dalam membantu orang Islam dan membunuh dajjal. Turut diterangkan ciri-ciri atau sifat Nabi Isa a.s seperti yang ceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w supaya dapat dikenal oleh orang-orang Islam.
Ini adalah buku yang sangat baik dan jelas mengenai Nabi Isa a.s. worth reading.