ISBN: 967-61-0832-4
Penerbit: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Penulis: Ahmad Atory Hussain
Sudah lama tidak membaca buku ini. saya tidak ingat lagi isi kandungan yang ditulis. Tunggu saya baca semula. Buku ini dibeli semasa saya di Kolej PTPL ketika mengambil Matrikulasi KPM.
Ternyata saya benar-benar telah melupakan kandungan buku ini. Ia sangat meleset dari jangkaan awal saya tentang kandungannya. Saya sangkakan ia tentang politik UMNO-Pas yang ketika itu menguasai arena politik Melayu Malaysia. Tetapi buku ini benar-benar mengisi tajuknya iaitu Politik Melayu 1990-2000. Buku ini bukan sekadar tentang Melayu di Malaysia tapi juga banyak menyentuh poltik bangsa Nusantara di Indonesia. Ia menjelaskan nilai-niali yang membezakan Malaysia dan Indonesia dari kaca politik serta bagaimana politik mengasingkan dua daerah yang akrab ini.
Namun semakin lama buku ini semakin menjurus kepada budaya politik Malaysia yang berpaksikan politik ala UMNO, juga menerangkan mengapa politik Pas kurang mendapat tempat dipersekitaran politik tahun-tahun 90-an. Ia satu analisis yang banyak berpihak kepada UMNO, tetapi juga jujur dengan memberikan beberapa teguran serta tidak sentiasa melihat tindakan parti Melayu tertua di Malaysia itu betul.
Friday, January 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment