Sunday, January 22, 2012

Melayu Perlu Berubah (wawancara khas bersama Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz, mengenai RMK-9)

Teks asal: Mingguan Malaysia (9 April 2009)
Suntingan: Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia.
Pak Ungku bercerita tentang koridor ekonomi yang dibentangkan oleh Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9). Beliau turut menekankan akan peri pentingnya perlaksaan koridor iu harus penting dan menjaga kepentingan Melayu di kawasan luar bandar yang ingin dibangunkan.
Mengambil analisis yang dibuat oleh beliau sendiri dalam bukunya ‘Jejak-Jejak Di Pantai Zaman’ (1987) dan buku tulisan Pendeta Zaa’ba ‘Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri’, Pak Ungku menekankan bertapa pentingkany Melayu untuk berubah. Juga tentang tanggungjawab kerajaan untuk membantu dengan cara memaksa Melayu mengikut perubahan. Tambah beliau lagi ia bukan mengenai pendekatan tetapi tentang perlaksanaan. Pendekatan tidak perlu baharu jika masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu adalah masalah dan hal-hal yang sama sejak dari dahulu lagi.
Kata Pak Ungku “…. Kita mesti tegas dan berani mengatakan bahawa kita orang Melayu, dan kita mahu menakluki dunia. Kenapa harus segan? Kenapa malu mengaku Melayu dan mengatakan kita orang Malaysia. Kalau Melayu, Melayulah.”
Jadi Melayu, ayuh berubah!!!

0 comments:

Post a Comment