ISBN: 983-54-0163-2
Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia
Disunting oleh: Devaraj a/l Subramaniam
Wawancara Bersama : Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir b Mohamad
Panel: 1. Tuan Syed Amin Al-Jefri
2. Prof. Hamdan b Adnan
3. En Chua Yew Kay
Buku ini saya dapatkan ketika aktif berdebat diperingkat kebangsaan. Ini buku yang amat lama. diterbitkan pada tahun 1999 atau 2000. Tak sangka sudah berbelas tahun buku ini terselit di almari buku. Buku ini kecil sahaja. Tapi kandungannya amat besar. Ia menjawab persoalan yang menjadi pokok masalah ekonomi, politik dan sosial Malaysia hari ini. Mahu tidak mahu, kita harus akui rentetan peristiwa sepanjang 1997 menjadi punca kepada banyak masalah yang kian membiak dan berakar dalam masyarakat kita hari ini.
Jadi kita harus kembali kepada tempoh masa asal masalah itu bermula. kerana seorang bijak pandai bernama George Santayana pernah berpesan 'Jika kamu melupakan sejarah, kamu akan dihukum mengulanginya semula".
Masih ingat serangan terhadap Ringgit Malaysia pada tahun 1997? Penolakan tawaran bantuan IMF? Dasar mengikat nilai Ringgit? Dana Khas Negara, dimana rakyat Malaysia ketika itu mengumpul duit untuk didermakan kepada negara? Penubuhan MTEN dan rancangan-rancangan yang dibuat oleh MTEN utk mengatasi hambatan kejatuhan ekonomi Malaysia? Semua ini dijawab oleh Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika itu.
Pada penghujung wawancara Dr Mahathir berkata "...apabila kerajaan membuat satu-satu keputusan, akan ada kritik, tetapi majoriti akan menyokong kerajaan dan dengan itu tindakan kerajaan akan lebih berkesan. Inilah harapan saya iaitu dengan meneruskan sokongan kepada kerajaan dan tidak mencetuskan huru-hara, rusuhan, mogok dan sebagainya, kita akan dapat mengatasi masalah ini yang kita hadapi ini."
Thursday, January 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment