Monday, January 9, 2012

Siri Ucapan Penting: "masyarakat bebas daripada rasuah" tanggungjawab bersama

ISBN: 983-54-0268
Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia
Penulis / Pengarang: YAB Dato Seri Dr. Mahathir b. Mohamad

Ini adalah buku kecil yang diterbitkan oleh JPN bersempena dengan ucapan bekas perdana menteri ke 4 Tun Dr Mahathir di perasmian seminar kewibawaan dalam perniagaan - langkah ke hadapan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2001.

Di dalam ucapannya Dr Mahathir menekankan bahawa rasuah adalah gejala yang serius dan betapa kerajaan memandang berat terhadap permasalahan rasuah di Malaysia, melalui pembentukkan undang-undang dan akta. Menurut Dr Mahathir lagi gejala dan amalan rasuah hanya akan memudaratkan negara dan menyebabkan negara menjadi mundur, serta menyukarkan aktiviti harian, kerana jika rasuah sudah menjadi amalan, aktiviti dan urusan akan terhad kerana rakyat akan mengeluh tentang pemberian rasuah yang perlu dilakukan sepanjang urusan dijalankan.

Akhirnya beliau berharap dapat melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bebas daripada rasuah 'A corruption-free country'.

0 comments:

Post a Comment