Diterbit dan dicetak: MDC Publisher Printers Sdn Bhd
Ini adalah satu buku penting yang harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Buku ini saya beli pada tahun 2001, daripada pensyarah subjek Perlembagaan Malaysia En Athmad Hassan (bagaimana saya ingat? Nama beliau tertulis pada buku ini). Perlembagaan Malaysia ialah subjek pilihan dalam salah satu gugusan di PPIB (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa), UMS. Saya ambil subjek ini pada semester ke dua.
Buku ini saya habis kaji dalam tempoh 3 bulan (bersamaan 1 semester). Kemudian ia menjadi bahan rujukan yang amat baik sepanjang saya bertanding debat dan mengambil peperiksaan memasuki perkhidmatan kerajaan.
Nasihat saya, anda wajib baca buku ini. Ia tidak mahal ketika saya membelinya ia berharga RM8.00 sahaja, dalam setahun dua yang lalu saya lihat harganya RM12.00. Ia penting untuk kita memahami bagaimana negara Malaysia ditadbir.
Menurut ulasan mengenai Perlembagaan Malaysia dari buku 'Sharing The Nation' mengatakan
- Malaysia adalah sebuah Persekutuan
- Sebuah negara Raja Berperlembagaan
- Mengamalkan Demokrasi Berparlimen
- Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi ia bukan sebuah negara theokrasi, dimana agama selain Islam bebas diamalkan
- Menyediakan 'supremacy of constitution' dan kedaulatan undang-undang
- Menggariskan dengan jelas bahawa badan kehakiman adalah bebas mempunyai kuasa asing dan diluar kawalan badan eksekutif dan parlimen.
- Hak masyarakat Bumiputra di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
- Perihal Majlis Raja-Raja
0 comments:
Post a Comment