"hai banyaknya baca..." ini komem dr seorang rakan. Saya senyum. Sebenarnya saya memang punya banyak buku, selama ini saya tsekadar susun buku-buku saya di almari dan biarkan ia berhabuk di situ. Jadi saya ambil inisiatif untuk katalogkan buku-buku saya dalam bentuk digital. Cewah, jadi saya buatkan blog ini juga secara tidak langsung saya dapat kongsikan buku-buku yang pernah saya baca.
Tapi kadang-kadang saya tidak punyai banyak masa untuk kemas kini blog ini. Jadi bila tiba-tiba punya masa yang banyak saya 'pulun' la... Masukkan sebanyak mungkin buku yang sempat. Sebab itu macam banyak sangat buku yang saya baca dalam bulan Jan 2012. Padahal ia adalah buku-buku yang telah dibeli dan dibaca.
Bagus juga begini kerana rupa-rupanya saya punya banyak sekali buku dibeli tapi belum dibaca. Contohnya 'Sharing the Nation' saya beli buku itu semasa masih berkerja di CT sekitar 2008, tahun ini baru jumpa semula dan nampak masih baru padahal buku lama. Ada juga buku-buku yang sangat 'best' saya fikir ahhh aku tahu buku-buku itu, tapi bila ingin mengulas mereka, rupanya saya sudah terlupa, apa yang ditulis dalam buku-buku tersebut sudah samar dalam ingatan saya. Jadi ia perlu dibaca semula.
Tak kurang juga rupanya sepanjang tahun 2011, saya amat sibuk mengisi jadual kerja yang amat padat. 2011 adalah tahun paling kurang membaca juga membeli buku saya kira-kira di almari buku saya hanya beli sekitar 6 buah buku sahaja tahun lepas. Rugi ilmu sungguh!
Wednesday, January 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment