Friday, June 29, 2012

Air mata raja.


Saya baru balik dari forum bicara karya di Dewan Bahasa dan Pustaka, membincangkan proses pengarangan Air Mata Raja. dan saya beli buku tersebut selepas itu. Ia menjadi buku paling tebal yang pernah saya beli. 1000 mukasurat. Tapi harga yang ditawarkan sangat bagus dgn diskaun 20%. Buku ini bukan buku baru, ia diterbitkan tahun 2011. Jadi saya congak diskaun 20% memang sangat berbaloi, dari jika saya ingin beli kemudian pada harga asal RM55.00.

Hmmm rupa-rupanya DBP sedang menyambut ulang tahun ke 59 penubuhannya, jadi mereka sedang lelong buku DBP di Kedai Buku DBP, dengan harga pemula serendah RM1.00. wah hebatnya!!!!! saya dah tahu bagaimana nak menghabiskan hujung minggu saya. Tp adakah Kedai Buku DBP buka pada hujung minggu? hmmm lupa periksa la pulak.......

hmmmm.... online je. ;p

Kepada DBP, selamat hari jadi!

Sunday, April 15, 2012

Menjana Pendapatan Melalui Blog

ISBN: 978-967-5541-01-8
Pengarang: Laura Maya
Penerbit: Fortress Publication

Tajuk buku ini sebenarnya sangat panjang 'Bagaimana Generasi Muda Menjana Pendapatan Melalui Blog, Komited Sepenuhnya Dengan Tugasan Semasa Tanpa Mengganggu Kerjaya Mereka'. Boleh masuk World Book of Record untuk judul buku terpanjang.

Sama seperti buku tentang pembloggan yang lain ia bercerita mengenai pemasaran internet, Tentang rekaan dan penciptaan blog, Mengatur laman web E-Commerce, Bagaimana menjana wang malalui blog dan bagaimana Blog berhubung dengan rangkaian sosial yang lain untuk menjana keuntungan.

Buku ini sangat bagus bagi mereka yang telah punyai asas dalam pemblogan. Jika tidak bahasa yang diguna sukar hadam dan penjelasan yang diberikan tidak mendalam.

Thursday, March 8, 2012

The Malays Par Excellence.. Warts and All: An Introspection

ISBN: 967-978-735-4
Author: Ismail Noor and Muhammad Azaham
Publisher: Pelanduk Publication

Not all written in this book are agreeable but still it is a worth reading after all. As taken from the back cover ~this book is an efforts to takes a close look at how far the Malays as a race have come after 5000 years of civilisational history.~

Published at year 1999, many current issue are not covered (or foreseen) - have to admit many issue played currently is recycle. Nowadays Malays facing many other challenges that cost the race pride and ummah unity.

This book claimed Malays mindset is in a circle of  Ad-din and culture embrace. Unfortunate now Islam and Malays is separated by political power. Malays was asked to choose between Islam or being Malay. If Islam you are Pas and UMNO supporter accused for neglecting Islam thought and pursue  for Malay survival alone!

I afraid if this thinking pattern continues, Malays will lose their political power in Malaysia. With low attainment in economic and education, their will fall far behind the non Malays. Will Malays lose another piece of Malay land in South East Asia like Singapore Island to Chinese? or Champa Kingdom to Viet and Khmer clan (now better known as Vietnam and Kampuchea/Kemboja)? or Pattani to Siamnese?

Do we not learn anything from history? The Malays in said area remain there but they were suppressed at every turn. The last fortresses of Malays kingdom is Malaysia, Indonesia and Brunei, but how long we can endure?

Tuesday, February 28, 2012

Sunday, January 22, 2012

Edisi Khas Sasterawan Negara: Kami Yang Terlibat (kumpulan cerpen pilihan - Usman Awang)

SBN: 983-62-9368-X
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Penulis: Datuk Usman Awang
Editor: Abdul Ahmad
Ia adalah himpunan 20 cerpen yang ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Usman Awang. Ia sangat menarik, Usman Awang sentiasa hebat dan segar. Ceritanya sentiasa sangat berbeza dari banyak sasterawan yang lain. Saya amat kagumi beliau.
Buku ini menyentuh beberapa isu tetapi dalam sindiran dan gaya bercerita yang bersahaja. Dari tentang budaya orang putih yang melular dalam masyarakat tempatan kelas atasan dalam ‘Untuk Menjadi Isteri Orang Bangsawan’ dan ‘Haslina’, kepada peritnya hidup pegawai kerajaan yang bergaji kecil dalam ‘Surat Seorang Mata-Mata’.Turut disentuh Isu tentang Alam sekitar pada ‘Rimbaku, Air Mataku’. Juga tentang politik dalam ‘koktel’ dan ‘Setelah 1948’. Juga banyak yang lain-lain.
Sekarang sastera cenderung ditulis dengan berat, konon amat sastera jika ditulis sedemikian. Padahal Datuk Usman Awang menulis dengan bahasa mudah tapi sangat mendalam. Lebih baik dari sekarang, ditulis dalam bahasa yang sukar dihadam tapi kisahnya tidak berisi.

Melayu Perlu Berubah (wawancara khas bersama Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz, mengenai RMK-9)

Teks asal: Mingguan Malaysia (9 April 2009)
Suntingan: Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia.
Pak Ungku bercerita tentang koridor ekonomi yang dibentangkan oleh Datuk Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9). Beliau turut menekankan akan peri pentingnya perlaksaan koridor iu harus penting dan menjaga kepentingan Melayu di kawasan luar bandar yang ingin dibangunkan.
Mengambil analisis yang dibuat oleh beliau sendiri dalam bukunya ‘Jejak-Jejak Di Pantai Zaman’ (1987) dan buku tulisan Pendeta Zaa’ba ‘Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri’, Pak Ungku menekankan bertapa pentingkany Melayu untuk berubah. Juga tentang tanggungjawab kerajaan untuk membantu dengan cara memaksa Melayu mengikut perubahan. Tambah beliau lagi ia bukan mengenai pendekatan tetapi tentang perlaksanaan. Pendekatan tidak perlu baharu jika masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu adalah masalah dan hal-hal yang sama sejak dari dahulu lagi.
Kata Pak Ungku “…. Kita mesti tegas dan berani mengatakan bahawa kita orang Melayu, dan kita mahu menakluki dunia. Kenapa harus segan? Kenapa malu mengaku Melayu dan mengatakan kita orang Malaysia. Kalau Melayu, Melayulah.”
Jadi Melayu, ayuh berubah!!!

Wednesday, January 18, 2012

Hai banyaknye baca...

"hai banyaknya baca..." ini komem dr seorang rakan. Saya senyum. Sebenarnya saya memang punya banyak buku, selama ini saya tsekadar susun buku-buku saya di almari dan biarkan ia berhabuk di situ. Jadi saya ambil inisiatif untuk katalogkan buku-buku saya dalam bentuk digital. Cewah, jadi saya buatkan blog ini juga secara tidak langsung saya dapat kongsikan buku-buku yang pernah saya baca.

Tapi kadang-kadang saya tidak punyai banyak masa untuk kemas kini blog ini. Jadi bila tiba-tiba punya masa yang banyak saya 'pulun' la... Masukkan sebanyak mungkin buku yang sempat. Sebab itu macam banyak sangat buku yang saya baca dalam bulan Jan 2012. Padahal ia adalah buku-buku yang telah dibeli dan dibaca.

Bagus juga begini kerana rupa-rupanya saya punya banyak sekali  buku dibeli tapi belum dibaca. Contohnya 'Sharing the Nation' saya beli buku itu semasa masih berkerja di CT sekitar 2008, tahun ini baru jumpa semula dan nampak masih baru padahal buku lama. Ada juga buku-buku yang sangat 'best' saya fikir ahhh aku tahu buku-buku itu, tapi bila ingin mengulas mereka, rupanya saya sudah terlupa, apa yang ditulis dalam buku-buku tersebut sudah samar dalam ingatan saya. Jadi ia perlu dibaca semula.

Tak kurang juga rupanya sepanjang tahun 2011, saya amat sibuk mengisi jadual kerja yang amat padat. 2011 adalah tahun paling kurang membaca juga membeli buku saya kira-kira di almari buku saya hanya beli sekitar 6 buah buku sahaja tahun lepas. Rugi ilmu sungguh!

Tuesday, January 17, 2012

Cerpen Sastera.

Sejak di bangku sekolah saya memang sukakan cerpen yang disiarkan pada ruangan Sastera Utusan Malaysia. Tapi sejak kebelakangan ini saya agak ketinggalan. Dikeranakan semangat tahun baharu saya ialah 'membaca lebih banyak' tahun ini saya pun buka lembaran atas talian dan temui dua cerpen yang baik ini. Sebenarnya ada dua saja disiarkan dalam halaman Utusan>Pendidikan> Sastera. Mungkin selebihnya dalam capaian Arkib Utusan.

Saya sediakan link-nya disini:

  1. Alkisah Tuan dan Saksi ( http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm )                                                             HARAPNYA bukanlah tuan - pelaku itu.                                                                                                                                  Atau barangkali memang tuan yang melakukannya - tetapi dek keberanian tuan menafikannya berkali-kali dan tidak peduli akan dakwaan saksi - maka tuan berjaya mengkaliskan bukti.                                                                         Atau sebenarnya, dek kerana ramainya saksi yang ghairah mengemukakan bukti - lalu ditokok cerita sana-sini - maka akhirnya bukti pun tercemar dan menjadikan saksi tidak boleh dipercayai!
  2. Masjid Tua Berwarna Hijau ( http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm)                                            "Kadang-kadang orang Melayu kita kena disogokkan dengan benda yang pelik-pelik. Barulah mereka ambil perhatian. Kita laung azan banyak kali pun mereka buat endah tak endah. Tapi kalau buat sejadah berdiri, satu Malaysia heboh," ujar Azha tersenyum simpul. Mereka yakin tekad bersungguh-sungguh Pak Kassim dan Wak Kastom akan menghidupkan kembali masjid tua berwarna hijau yang sepi kerana menjadi medan pertelagahan dua parti politik.

Sunday, January 15, 2012

Saturday, January 14, 2012

Perlembagaan Malaysia

Diterbit dan dicetak: MDC Publisher Printers Sdn Bhd

Ini adalah satu buku penting yang harus dibaca oleh semua rakyat Malaysia. Buku ini saya beli pada tahun 2001, daripada pensyarah subjek Perlembagaan Malaysia En Athmad Hassan (bagaimana saya ingat? Nama beliau tertulis pada buku ini). Perlembagaan Malaysia ialah subjek pilihan dalam salah satu gugusan di PPIB (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa), UMS. Saya ambil subjek ini pada semester ke dua.

Buku ini saya habis kaji dalam tempoh 3 bulan (bersamaan 1 semester). Kemudian ia menjadi bahan rujukan yang amat baik sepanjang saya bertanding debat dan mengambil peperiksaan memasuki perkhidmatan kerajaan.

Nasihat saya, anda wajib baca buku ini. Ia tidak mahal ketika saya membelinya ia berharga RM8.00 sahaja, dalam setahun dua yang lalu saya lihat harganya RM12.00. Ia penting untuk kita memahami bagaimana negara Malaysia ditadbir. 

Menurut ulasan mengenai Perlembagaan Malaysia dari buku 'Sharing The Nation' mengatakan
  1. Malaysia adalah sebuah Persekutuan
  2. Sebuah negara Raja Berperlembagaan
  3. Mengamalkan Demokrasi Berparlimen
  4. Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi ia bukan sebuah negara theokrasi, dimana agama selain Islam bebas diamalkan
  5. Menyediakan 'supremacy of constitution' dan kedaulatan undang-undang
  6. Menggariskan dengan jelas bahawa badan kehakiman adalah bebas mempunyai kuasa asing dan diluar kawalan badan eksekutif dan parlimen.
Bagi saya di dalamnya juga jelas dinyatakan tentang
  1. Hak masyarakat Bumiputra di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
  2. Perihal Majlis Raja-Raja

Things I want my daughters to know.


ISBN: 978-0-141-03698-4
Publisher: Penguin Books
Author: Elizabeth Noble

This is a very good novel. I have to admit that I am not so good at picking a good novel, but I love to recommend this one. The novel wasn't one of my favourites genres. I'm more into heavy reading such as literations or histories, not fictional books.

But this one is different, it caught my eyes, first because of the cover are so beautiful and second is the title of cause.

The story started with Barbara, a final stage cancer sufferer. She is married to a nice man and a mother of four well-grown women. Her life seem perfect to outsiders.  realising her time is coming to end make her sadder because she believes there’s a lot of things need to be settled with her four daughters.

The eldest Lisa; who is anti-commitment, Jennifer; suffered of unhappy marriage, Amanda; a traveller and the teenage Hannah. She ends up writing each of them a letter. To share with them her hope, dream and something that she cannot voice out before or have no courage to tell them in person.

Everyone has a secret, some should be buried with them, some need to be told.

This novel will makes you laugh and cry.

Budaya Yang Tercabar

ISBN: 978-983-62-9372-5
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Penulis: Shamsul Amri Baharuddin

Ini adalah himpunan tulisan oleh Shamsul Amri yang disiarkan oleh Dewan Budaya. Saya sukakan gaya penulisan professor yang seorang ini. Ada yang sangat menyeronokan bila dibaca, ada juga yang biasa-biasa sahaja. Tapi gaya tulisan dan cara beliau menyentuh dan mengulas isu yang diketengahkan amat baik.

Siri Pengetahuan Am: Madah Perdana Penggerak Bangsa

ISBN: 983-54-0349-X
Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia
Penyunting: Amidah Hamim
Pemadah: Tun Dr Mahathir Mohamad

Ini adalah nyawa saya, ketika saya gila berdebat dulu. Buku ini adalah nashkah percuma yang diberikan oleh JPM. Di dalamnya terdapat madah-madah yang dipetik dari siri ucapan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia  yang ke empat dari tahun 1981 hingga 2000.

Saya tidak tahu jikab buku ini masih boleh didapatkan dari JPM. Tapi ia memang sangat menarik. Kerana Dr Mahathir memang terkenal sebagai tukang cakap yang sangat hebat.

Friday, January 13, 2012

Angel of Honour

ISBN: 1-8651-5631-0
Publisher: Pan Macmillan Publishers Australia
Author: Jennifer Bacia

One of few novels I read.

The story is about the youngest daughter of President of Martiguay, Noella' De Bartez. It's not a very good novel anyway Not very fun, just so so. I bought this piece at Eaton Bookstore back to year 2001 or 2002.

Revolusi Istana dan Rakyat.

ISBN: Tidak ada
Penerbit: Al Shuhaimi
Penulis: S.H.Alattas

Ini adalah buku plitik pertama yang saya baca. Saya membacanya ketika masih di sekolah rendah. Taksangka langsung yang ia masih berada di dalam simpanan saya. Sebenarnya ia dibeli oleh Abah, buku Abah-lah sepatutnya. Selain akhbar Utusan dan Berta Harian buku-buku seperti inilah pencetus minat saya terhadap 'Analisis Politik'.

Saya harus membacanya semula. Tapi jika tidak silap buku ini ditulis untuk mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.Saya tak sangka buku ini tiada ISBN.

Dari Berantakan Menuju Pembangunan; Politik Melayu 1990-2000

ISBN: 967-61-0832-4
Penerbit: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd
Penulis: Ahmad Atory Hussain

Sudah lama tidak membaca buku ini. saya tidak ingat lagi isi kandungan yang ditulis. Tunggu saya baca semula. Buku ini dibeli semasa saya di Kolej PTPL ketika mengambil Matrikulasi KPM.

Ternyata saya benar-benar telah melupakan kandungan buku ini. Ia sangat meleset dari jangkaan awal saya tentang kandungannya. Saya sangkakan ia tentang politik UMNO-Pas yang ketika itu menguasai arena politik Melayu Malaysia. Tetapi buku ini benar-benar mengisi tajuknya iaitu Politik Melayu 1990-2000. Buku ini bukan sekadar tentang Melayu di Malaysia tapi juga banyak menyentuh poltik bangsa Nusantara di Indonesia. Ia menjelaskan nilai-niali yang membezakan Malaysia dan Indonesia dari kaca politik serta bagaimana politik mengasingkan dua daerah yang akrab ini.

Namun semakin lama buku ini semakin menjurus kepada budaya politik Malaysia yang berpaksikan politik ala UMNO, juga menerangkan mengapa politik Pas kurang mendapat tempat dipersekitaran politik tahun-tahun 90-an. Ia satu analisis yang banyak berpihak kepada UMNO, tetapi juga jujur dengan memberikan beberapa teguran serta tidak sentiasa melihat tindakan parti Melayu tertua di Malaysia itu betul.

The Definitive Edition: The Diary Of A Young Girl; Anne Frank

ISBN: 0-553-57712-3
Publisher: Bantam Books
Writer/Editor: Anne Frank / Otto Frank and Mirjam Pressler

I came cross to this book at Eaton Book store in KK while study there. No date written but there's a short note saying 'The best way to understand is reading'.

This book was written by Anne Frank it is a diary. By a young  teenager that live during second world war at Amsterdam. She's a Jew. Her life must have been very hard.  She wrote them while in hiding from Nazi. unfortunately they was found on August 4, 1944. All of them confirmed death except her farther Otto Frank. Anne Frank believed dead because of typhus endemic during winter 1945.

 To those who want to read this book. Do not emotional, do not judge and don't prejudice.  It is a good book. And the message that shared is invaluable, so sad that no many learn from it, and we keep doing the same mistakes. Kosovo, Palestine, Uighur in Xinjiang China, Kashmir border of India and Pakistan, just named few. How many life's needed?

Thursday, January 12, 2012

Wawancara Bersama Perdana Menteri : Kerajaan Perlukan Sokongan Padu Rakyat.

ISBN: 983-54-0163-2
Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia
Disunting oleh: Devaraj a/l Subramaniam
Wawancara Bersama : Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir b Mohamad
Panel: 1. Tuan Syed Amin Al-Jefri
          2. Prof. Hamdan b Adnan
          3. En Chua Yew Kay

Buku ini saya dapatkan ketika aktif berdebat diperingkat kebangsaan. Ini buku yang amat lama. diterbitkan pada tahun 1999 atau 2000. Tak sangka sudah berbelas tahun buku ini terselit di almari buku. Buku ini kecil sahaja. Tapi kandungannya amat besar. Ia menjawab persoalan yang menjadi pokok masalah ekonomi, politik dan sosial Malaysia hari ini. Mahu tidak mahu, kita harus akui rentetan peristiwa sepanjang 1997 menjadi punca kepada banyak masalah yang kian membiak dan berakar dalam masyarakat kita hari ini.

Jadi kita harus kembali kepada tempoh masa asal masalah itu bermula. kerana seorang bijak pandai bernama George Santayana pernah berpesan 'Jika kamu melupakan sejarah, kamu akan dihukum mengulanginya semula".

Masih ingat serangan terhadap Ringgit Malaysia pada tahun 1997? Penolakan tawaran bantuan IMF? Dasar mengikat nilai Ringgit? Dana Khas Negara, dimana rakyat Malaysia ketika itu mengumpul duit untuk didermakan kepada negara? Penubuhan MTEN dan rancangan-rancangan yang dibuat oleh MTEN utk mengatasi hambatan kejatuhan ekonomi Malaysia? Semua ini dijawab oleh Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Pada penghujung wawancara Dr Mahathir berkata "...apabila kerajaan membuat satu-satu keputusan, akan ada kritik, tetapi majoriti akan menyokong kerajaan dan dengan itu tindakan kerajaan akan lebih berkesan. Inilah harapan saya iaitu dengan meneruskan sokongan kepada kerajaan dan tidak mencetuskan huru-hara, rusuhan, mogok dan sebagainya, kita akan dapat mengatasi masalah ini yang kita hadapi ini."

Monday, January 9, 2012

Siri Ucapan Penting: "masyarakat bebas daripada rasuah" tanggungjawab bersama

ISBN: 983-54-0268
Penerbit: Jabatan Penerangan Malaysia
Penulis / Pengarang: YAB Dato Seri Dr. Mahathir b. Mohamad

Ini adalah buku kecil yang diterbitkan oleh JPN bersempena dengan ucapan bekas perdana menteri ke 4 Tun Dr Mahathir di perasmian seminar kewibawaan dalam perniagaan - langkah ke hadapan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada 20 Mac 2001.

Di dalam ucapannya Dr Mahathir menekankan bahawa rasuah adalah gejala yang serius dan betapa kerajaan memandang berat terhadap permasalahan rasuah di Malaysia, melalui pembentukkan undang-undang dan akta. Menurut Dr Mahathir lagi gejala dan amalan rasuah hanya akan memudaratkan negara dan menyebabkan negara menjadi mundur, serta menyukarkan aktiviti harian, kerana jika rasuah sudah menjadi amalan, aktiviti dan urusan akan terhad kerana rakyat akan mengeluh tentang pemberian rasuah yang perlu dilakukan sepanjang urusan dijalankan.

Akhirnya beliau berharap dapat melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bebas daripada rasuah 'A corruption-free country'.