Tuesday, December 10, 2019

Last Night I Dreamed of Peace


ISBN: 9780307347381
Penerbit : Three Rivers Press

Buku ini adalah sebuah diari yang ditulis oleh seorang doktor yang berkhidmat dengan pejuang komunis di Vietnam. Jangan sensitif dengan perkataan 'pejuang komunis'.

Harus dihadami setiap negara mempunyai sejarah dan kisahnya sendiri. Bagi Vietnam komunis adalah ideologi yang datang menyelamatkan mereka dari kezaliman dan penindasan Amerika. Komunis adalah hero mereka. Berbeza dengan kita di Malaysia, komunis hadir sebagai musuh yang merosakkan negara. Disini komunis adalah pengkhianat dan akan kekal seperti itu selamanya. Sejarah tidak boleh diubah.

Diari ini adalah kepunyaan Dr Dang Thuy Tram, gadis muda lulusan perubatan yang mengambil keputusan untuk turut berjuang dengan rakyat Vietnam lain didalam hutan bagi menentang Amerika yang ketika itu melancarkan perang ke atas Vietnam. Motivasi utama doktor muda ini didakwa kerana ingin menuruti kekasihnya yang telah menjadi pejuang komunis lebih awal.

Melalui diari ini dirakam bagaimana pejuangan komunis di Vietnam direkod melalui kacamata berbeza. Beliau bukan seorang askar yang berperang sebaliknya beliau adalah doktor yang bertugas menyelamatkan nyawa askar-askar yang cedera. Ia menunjukkan kerakusan perang bukan sahaja dipihak Amerika, juga dipihak Vietnam.

Permulaan diari ini penuh dengan semangat yang berkobar-kobar. semakin ke hujung didapati doktor muda ini semakin penat dengan perang. Namun beliau seorang yang sangat berdedikasi dan menyayangi perkerjaan serta pesakit-pesakitnya.

Last night i dreamed of peace adalah antara emtri terakhir didalam diari beliau. Mungkin rindu kepeda keluarga, mungkin juga ada sedikit kesal kerana menurut hati ikut masuk berjuang dalam hutan. Kisah cinta doktor ini gagal, kekasihnya memilih untuk meninggalkan doktor muda ini, sebabnya tidak jelas dalam diari cuma terdapat beberapa sajak dan entri ditulis tentang kekecewaannya.

Kesudahan hidup doktor muda ini tidak baik, beliau terbunuh dalam perang terdapat dua versi bagaimana doktor ini meninggal. satu dari cerita Amerika dan satu lagi dari cerita Vietnam. Menurut versi Amerika, pasukan perubatan telah ditinggalkan bersama-sama askar yang cedera oleh komunis Vietnam setelah mendapat berita lokasi mereka berjaya dikesan oleh tentera Amerika. Versi Vietnam pula mengatakan Doktor Dang enggan meninggalkan pesakit beliau dan pejuang Vietnam terpaksa bergerak dahulu dan tidak sempat menghantar pasukan untuk memindahkan lokasi pasukan perubatan.

Apa pun versinya doktor muda ini dibunuh dengan kejam oleh pasukan tentera Amerika yang menemui mereka. Dalam perang anda tidak boleh membunuh pasukan perubatan dan media. Tetapu perang bukanlah perbuatan manusia bertamadun. Perang membunuh akal waras manusia.

Buku diari beliau diselamatkan oleh seorang veteran perang Amerika, dibawa pulang ke Amerika dan puluhan tahun selepas itu barulah veteran ini berani membuka mulut bahawa salah satu barang milik pejuang komunis Vietnam ada didalam simpanan beliau dan tidak dilupuskan seperti yang diarahkan.

Akhirnya buku ini diterbitkan dan salinan diari asal Doktor Dang dihantar pulang kepada keluarganya di Vietnam. Sebenarnya kisah disebalik buku ini sedih.

"War should be made illegal" - Tun M 

Monday, December 9, 2019

Buku-buku atas talian

Banyak tahun saya tidak mengemaskini buku-buku disini. Kadang-kadang terlupa pula pada blog yang satu ini. Hujung tahun 2019 sementelah kerja di pejabat pun tidak banyak maka saya cuba untuk kemaskini apa-apa yang patut yang telah selesai dibaca.

Kebelakangan ini saya lebih kerap membaca buku atas talian selain faktornya lebih murah dan mudah dibawa. Satu IPad boleh diisi dengan puluhan buah buku. Skrol saja buku mana menjadi pilihan hati, klik dan baca.

Cuma buku atas talian kurang memberi kepuasan pada pembacaan. Pernah sekali saya direnung oleh seorang barista di Coffee Beans gara-gara mencium lama ipad. Tiada sesiapa akan pelik jika orang menciumi buku tapi mencium ipad secara terbuka mungkin impaknya berbeza. Kadar imaginasi manusia kan berbeza. Tapi imaginasi saya tidak ditokok dengan mencium ipad, tidak seperti buku fizikal.

Terdapat dua applikasi yang saya gemari iaitu Google Play Books dan Any Books. Masalahnya applikasi buku ini memiliki hampir segala jenis buku. Google Play boleh dikawal, ada parental control, tetapi Any Books tidak. Jadi pandai-pandailah menggunakannya.

Google Play Book menawarkan buku percuma dan berbayar sementara Any Books menyediakan buku percuma. kedua-duanya boleh diambil dari Play Store. Untuk pengguna Apple, hanya Google Play Book boleh dimuat turun dari App Store dengan kemampuan terhad. Anda tidak boleh membeli buku, sekadar boleh membaca buku yang telah dibeli dan disimpan.

dua tiga tahun belakangan ini saya banyak membaca buku keagamaan, sastera, sejarah dan novel nanti saya cuba kemaskini disini. Till then, ciao...

zaid

Friday, September 22, 2017

Lawak Orang Malaysia

Masih ingat lagi masa kecil.dahulu saya dibesarkan dgn majalah karton yang berkualiti seperti Majalah Gila-Gila, Majalah Ujang. hari ini majalah seperti itu tiada lagi dipasaran, kalau pon ade hidup segan mati tak mahu.

Melalui majalah seperti itulah melahirkan rakyat kita yang bijak menegur dalam tawa. masyarakat yang sopan, bukan seperti hari ini yang menulis bukan-bukan dalam media sosial. yang tukang tulis pula bukan pakar bidang, maka kita melahirkan Al Ruwaibidoh dalam kalangan masyarakat kita. Malah golongan ini saling menyokong antara satu sama lain.  sekaligus memaksa kita semua menerima apa yang ditulis mereka. paling tidak memperlihatkan seolah-olah kita menyokong apa yg ditulis mereka.

Kembali kepada buku komik yang saya beli ini, sudah lama tidak melihat membaca komik begini menyebabkan saya rasa segar kembali. pelbagai isu semasa dikupas dalam lenggok komik yg kelakar dan seronok dibaca. walaupon apa yg ditulis kadang kala ketuk batang hidung sendiri.

komik begini mendidik tanpa sengaja para pembacanya. harap bahan begini dibanyak dalam negara. rakyat kita ni suka pada hiburan jadi bahan ilmiah juga perlulah menghiburkan. #20sensaya

100 tangisan

novel komik ini adalah karya Kou Nakamura yg dilukiskan oleh Ai Mizutani. sebuah karya kasih sayang yg meruntun jiwa. sesuai dgn tajuknya. Ia berkisar tentang kehidupan seorang lelaki muda. bermula dari hari dia bertemu dgn seekor anak anjing yang di nama kan Book dan kisah percintaannya dgn seorang gadis yg baik, memahami dan comel hingga maut memisahkan dia dgn Book dan kekasih hatinya.

Komik ini menceritakan sisi sedih dan kekuatan seorang lelaki dalam menghadapi kehilangan. Juga tentang bagaimana untuk move on dan menerima hakikat walaupon ia menuntut 100 tangisan. tangisan tanpa bunyi hanya dalam hati.

bak kata kulit komik ini, 100 tangisan adalah kisah dari kita kepada kamu.

Wednesday, June 21, 2017

35 Sonnets

Saya sebenarnya tidak tahu tentang Sonnet. Kali pertama saya baca tentang sonnet ialah di Perpustakaan Negara di bahagian Koleksi Nadir. Nadir tu apa?  Menurut pustakawan bertugas Nadir adalah koleksi yang tidak lagi dicetak, sukar dijumpai dan mestilah berusia lebih dari 50 tahun, dalam bahasa Inggeris Rare Collection.

Di situlah kali pertama saya lihat sebuah buku terjemahan pantun Melayu ditajukkan sebagai Malays Sonnets. Sonnet tu pantun kah? Bukan... sonnet bukan pantun, sonnet juga bukan gurindam, walau pun sesekali ia kelihatan seperti gurindam. Ini bukan nota sastera, jadi saya ingin tulis tentang 35 sonnets sahaja.

Tapi sebelum itu sedikit definisi sonnet mengikut Poets.org. Sonnet adalah sejenis puisi tradisional yang mesti ditulis sebanyak 14 baris dan secara beritma. Terdapat dua jenis sonnet yang menjadi model kepada sonnet-sonnet yang lain iaitu Petrarchan dan Shakespearean. ia diambil sempena dua pemuisi tersohor iaitu Petrarch (pemuisi Italy) dan Shakespeare yang terkenal itu.

Baiklah, 35 Sonnets adalah buku yang ditulis oleh Fernando Antonio Nogueira Pessoa, atau lebih terkenal sebagai Fernando Pessoa. Sejelasnya terdapat 35 buah sonnet di dalam buku ini. Senang org dulu bagi tajuk buku ehh...  org sekarang punye berfikir sampai terhasillah buku bertajuk kekasih aku pondan, Lelaki itu dudaku wooowwww..... (mata pandang atas).

Sebenarnya ini kali pertama saya baca sonnet jadi saya tak boleh nak tulis apa-apa, jadi belanja korang sonnet di Pessoa ni sajalah...

Sonnet VI (ko bayang, tajuk untuk setiap sonnet pun xde anyway ini yang saya paling suka)

As a bad orator, badly o'er-book-skilled,
Doth overflow his purpose with made heat,
and, like a clock, wind with withoutness willed
what should have an inner instinct's feat;
Or as a prose-wit harshly poet turned,
Lacking the subtler music in his measure,
Courting in alien speech the Muse's pleasure;
I study how to love or how to hate,
Estranged by consciouness from sentiment,
With a thought feeling forced to be sedate
Even when the feeling's nature is violent;

As who wouldlearn to swim without the river
when nearest to the trick, as far as ever.

Baca sonnet ini membuatkan saya cari2 di internet makna sebenar2nya sonnet2 ini. hurmm jadi kerja.

Wednesday, May 17, 2017

Suara Orang Berbangsa

Ini buku kumpulan puisi yang saya beli di PBAKL baru-baru ini. Hebatnya buku ini #SayaSangatSuka. Dah lama x baca buku sastera yang begitu membelai jiwa hingga seolah bila dibaca terasa amat merdu ditelinga. hahaha #gila.

Kumpulan puisi ini bukan sekadar menawarkan sajak malah juga beberapa gurindam. Terus terang menulis gurindam bukan mudah. Hanya mereka yang mahir dan punyai pembendaharaan bahasa yang tinggi sahaja boleh menulis gurindam.

Saya jatuh cinta dan tak dapat bangkit-bangkit lagi selepas membaca buku ini muka demi muka. Syahdunya.

Ramle Wahab memberi harapan baharu kepada pemuisi-pemuisi muda/baharu di Malaysia. Saya kira jika penulis-penulis indie penulis-penulis baharu ingin ambil sari pedoman inilah orangnya yang boleh ditanda aras. selain deretan sasterawan negara yang sedia ada. Bagaimana beliau sebagai penulis generasi sekarang boleh menggubah karangan baru kelihatan seperti karangan orang lama-lama. Susunan katanya beritma dan indah.

Saya suka, belum tentu orang lain pun suka. Tapi saya kira ini satu buku yang baik, patut dibaca semua. Subjek yang diketengahkan juga baik, ada nasihat, ada politik , ada pendidikan, ada kasih sayang, sedikit kisah kenegaraan dan juga isu sosial. Penulis yang baik boleh mentuturkan pelbagai bidang.

Sebab saya suka, saya belanja satu gurindam, bertajuk Bijaksana Melayu;

Pandai kayu ketamnya mutu
Pandai batu ukirnya jitu
Pandai besi leburnya serasi
Pandai emas canainya kemas
Pandai benang anyamnya tegang
Pandai kain tenunnya tulen
Pandai sulam tekatnya rimbun
Pandai solek andamnya molek
Pandai bahasa susunnya sekata
Pandai lagu gubahnya merdu
Pandai tari lenggongnya seri
Pandai silat tangkasnya kilat
Pandai tilik renungnya makrifat
Pandai tabib rawatnya mujarab
Pandai dagang labanya gemilang
Pandai kitab kuliahnya lengkap
Pandai tadbir arahnya mahir

Noblesse

Kalau di Jepun komik dipanggil manga, di Korea komik dipanggil Manhwa. kalau di Malaysia komik tempatan dipanggil M-Komik. Saja buat sedikit perkongsian. Sebetulnya nak cerita tentang komik Noblesse dari Korea yang amat menarik.

Konon-nya dunia dihuni oleh 3 komuniti utama iaitu manusia, noble dan serigala jadian. Manusia adalah kaum yang terlemah dan selalu dibela oleh Nobles, sementara Nobles dan Serigala Jadian sama kuat, tetapi Serigala Jadian suka membuli manusia. Nobles tinggal di Segitaga Bermuda di satu kawasan yang dikenali sebagai Lukedonia. Serigala Jadian tinggal di Werewolfland sementara manusia tinggal diserata dunia. ketiga-tiga kamuniti hidup aman dalam satu sosial kontrak.

Kisah bermula dengan Cadis Etrama Di Raizel telah bangun dari dalam sebuah keranda yang terkunci rapi. Dia merupakan seorang Noble yang berpengaruh yang telah tidur selama 820 tahun. Raizel sangat terperanjat dengan perubahan yang berlaku di dunia. Dia kemudiaanya diselamatkan oleh seorang pengikut yang setia bernama Frankenstein. Melalui Frankenstein Raizel belajar menyesuaikan diri dengan dunia baharu itu.

Raizel mendaftar diri di sekolah yang dibuka oleh Frankenstein. Disana dia berkenalan dengan empat orang manusia yang akhirnya menjadi kawan baiknya. Mereka ialah Han Shin Woo, Woo Ik Khan, Im Soo Yi dan Song Yoo Na.

Masalah bermula apabila makhluk tidak dikenali menyerang Hospital di Korea. Sebagai Noble, Raizel tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku, dia dan Frankenstein mula menyiasat perkara tersebut. Apatah lagi penyerang itu mula mengganggu kawan-kawan yang baru dikenalinya.

Yang tidak diketahui oleh Raizel ialah disebalik semua perubahan yang berlaku di dunia telah muncul satu kumpulan yang menggelar diri mereka Union. kumpulan ini menguasai dunia tanpa disedari oleh sesiapa.Kumpulan inilah yang bertanggungjawab kepada segala kekacauan yang berlaku. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Manusia, Noble dan Serigala Jadian.

Union selepas 800 tahun sudah menjadi satu organisasi yang kuat, merupa mempunyai teknologi yang tinggi melebihi yang lain, malah Union mencipta makhluk baru melalui penemuan sains. Makhluk inilah yang dihantar keseluruh dunia untuk membuat kerja-kerja kotor untuk Union.

Komik ini sangat bagus, lukisan pon cantik2 yang penting ia berwarna, tidak seperti kebanyakan komik Jepun. Ceritanya masih belum habis kena tunggu setiap minggu untuk dapat updet chapter baharu.

Yang saya suka pada komik ini ialah imaginasi penulis dan pelukisnya. seperti Manga Naruto saya amat kagum bagaimana mereka2 ini sangat berbakat hingga boleh mengeluarkan idea-idea seperti ini. Hebat!! Kesimpulannya bacalah KOMIK hahaha....